Asuh

11 Jenis Doa Ketika Anak Menghadapi PEPERIKSAAN & Amalan Ibu Bapa Boleh Lakukan!

69
SHARES
doa untuk peperiksaan anak

Terdapat banyak amalan boleh dilakukan oleh ibu bapa untuk anak mudah menimba ilmu dan mempunyai daya ingatan yang kuat dalam menghadapi peperiksaan sekolah. Ini termasuklah beberapa amalan seperti memberikan air minuman yang dibacakan zikir dan doa untuk peperiksaan anak.

Di bawah ini penulis sertakan beberapa amalan dan doa untuk anak-anak yang sedang menghadapi peperiksaan yang boleh dibaca seperti perkongsian Cikgu Sue Sham. Kalau ibu ayah tak pernah buat lagi amalan ini, boleh lah mula cuba dari sekarang.

Baca juga: Ini Hukum Cukur Bulu Kemaluan Lelaki & Wanita, Jangan Simpan Hingga Langgar Tempohnya!

DOA UNTUK PEPERIKSAAN ANAK

doa untuk peperiksaan anak

Gambar: pesonapengantin

Amalan ibu bapa ketika anak menghadapi peperiksaan

  • Ambil wuduk
  • Mengucap 3x
  • Baca al-Fatihah 10x
  • Baca 3 Qul 1x
  • Surah Insyiroh 1x
  • Selawat 10x
  • Baca yasin 1x
  • Surah insyiroh 100x

Niat di dalam hati agar Allah SWT memudahkan anak-anak menjawab soalan peperiksaan dengan tenang, betul, tepat dan sempurna. Selain itu, boleh amalkan juga dengan berpuasa sunat dihari anak sedang mengambil peperiksaan.

Sekiranya ibu period:

  • Beristighfar seberapa banyak yang boleh
  • Banyakkan zikir kepada Allah SWT
  • Baca Al-Mathurat
  • Berselawat ke atas Nabi
  • Berdoa apa saja untuk si anak, contoh:- Doa agar anak mudah mengingati pelajaran.

Ibu juga boleh bekalkan air minuman dengan membaca:

  • Al-Fatihah (7 kali)
  • Selawat (7 kali)
  • Subhanallah (44 kali)
  • Alhamdulillah (44 kali)
  • Allahhu Akbar (44 kali)
  • YaHayyu Ya Qayyum (21 kali)
  • Kemudian teruskan dengan bacaan doa ini:-

“Ya Allah, YaHayyu, Ya Qayyum, Ya Rahman, Ya Rahim, Ya Latif, Ya Jabbar, Ya Khaliq. Ya Allah, permudahkanlah anakku (NAMA ANAK) di dalam urusannya menimba ilmu di atas seruan dan perintah-Mu. Tenangkanlah hatinya untuk menerima ilmu-Mu, lapangkanlah jiwanya untuk mengharungi ujian-Mu dan berkatilah dirinya dengan rahmat-Mu. Amen yra.”

Segala hasilnya nanti kita serahkan kepada Allah jua. Moga Allah jayakan semua anak-anak yang sedang meduduki peperiksaan. Aamin!

Kredit: Cikgu Sue Sham

Baca juga: Ini 8 Amalan Ayat-Ayat Syifa’ Sebagai Ikhtiar, Bantu Legakan Sakit MAK AYAH!

doa untuk peperiksaan anak

Baca juga: Cara Basuh Kemaluan Lelaki & Perempuan Menurut Islam, Beribadat Pun Tak Rasa Was Was

Sumber: Che Norma

FT Image: Anastasia Shuraeva / Pixabay

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×