Nur

Amalkan Doa Ini Selepas Baca Al-Quran Agar Jadi Penyejuk Hati & Hilangkan Kesedihan Jiwa!

38
SHARES
doa selepas membaca Al-Quran

Kebiasaannya, selepas mengaji Al-Quran akan diakhiri dengan lafaz Sadaqallahul Azim. Namun, dari perkongsian Ustazah Asma’ Harun terdapat doa selepas membaca Al-Quran yang boleh diamalkan.

Menurutnya, mengamalkan doa ini agar Al-Quran dapat jadi penyejuk hati dan menghilangkan kesedihan jiwa. Semoga dengan berkat mengamalkannya, Al-Quran benar-benar menjadi pengubat kepada diri kita.

Baca juga: Amalkan Tasbih Ini Bila Penat Urus Keluarga, Insha Allah Berkesan!

DOA SELEPAS MEMBACA AL-QURAN

doa selepas membaca Al-Quran

AMALKAN DOA INI AGAR AL-QURAN MENJADI PENYEJUK HATI DAN MENGHILANGKAN KESEDIHAN JIWA 

Bacalah Al-Quran walau satu muka surat setiap hari kerana ia mengandungi petunjuk ke jalan yang benar. Bahkan, ia boleh menjadi penyejuk di dalam hati dan menghilangkan kedukaan.

Daripada Abdullah bin Mas’ud RA, bahawa Nabi SAW bersabda:

مَن قَرَأَ حَرْفًا مِنْ كِتَابِ اللَّهِ فَلَهُ بِهِ حَسَنَةٌ ، وَالْحَسَنَةُ بِعَشْرِ أَمْثَالِهَا ، لَا أَقُوْلُ آلم حَرْفٌ ، وَلَكِنْ أَلِفٌ حَرْفٌ وَلَامٌ حَرْفٌ وَمِيْمٌ حَرْفٌ

Maksudnya: “Barangsiapa yang membaca satu huruf di dalam al-Quran maka baginya satu kebaikan dan setiap kebaikan itu digandakan menjadi sepuluh kebaikan yang semisal dengannya. Aku tidak mengatakan “الم” satu huruf akan tetapi Alif satu huruf, Laam satu huruf dan Miim satu huruf” .

(HR Tirmidzi, hadis sahih)

Selepas membaca Al-Quran, amalkan membaca doa ini;

اللّٰهُمَّ اجْعَلِ الْقُرْآنَ رَبِيْعَ قُلُوْبِنَا وَنُوْرَ صُدُوْرِنَا وَجَلَاءَ أَحْزَانِنَا وَهُمُوْمِنَا

Maksudnya: Ya Allah, jadikanlah Al-Quran kesejukan bagi hati-hati kami, cahaya yang menerangi dada-dada kami, dan hilangnya kesedihan kami.

Semoga dengan berkat mengamalkannya, Al-Quran benar-benar menjadi pengubat kepada diri kita, Allahumma ameen.  Sebarkan perkongsian ini, kita berkongsi kebaikan dan ganjaran pahala.

Asma’ binti Harun & Tim Penyelidikan.

Sumber: Facebook Ustazah Asma’ Harun

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×