Asuh

Doa Untuk Anak Dilindungi, Beza Cara Baca Untuk Anak Kecil & Dewasa, Moga Mustajab!

2
SHARES
doa anak

Baik anak masih kecil ataupun sudah dewasa, amalan mendoakan anak-anak agar Allah SWT sentiasa melindungi mereka boleh dilakukan dengan pelbagai cara. Tidak salah ibu bapa di luar sana untuk mencuba cara doa anak yang dikongsikan Aminah Mat Yusoff ini.

Buat anak kecil, berdoalah ketika menyentuh ubun-ubun kepalanya. Manakala, anak yang sudah dewasa boleh didoakan dengan cara melakukan solat sunat hajat atau dhuha. Semoga perkongsian ini dapat memberi manfaat kepada pembaca semua.

Baca juga: 5 Doa Suami Isteri Ketika Bersetubuh, Ingat Keluar Air Mani Kena Baca Doa No. 3!

DOA ANAK SUPAYA DILINDUNGI

doa anak

Gambar: YaqeenInstitute

Lakukan kepada anak-anak, moga Allah sentiasa menjaga keturunan kita sehingga ke hari kiamat.

Anak yang masih kecil

Rajinkan menyentuh ubun-ubun kepalanya dan sebut Asma’ Allah. Baca sebanyak 7 kali:

  1. Ya Fattah – Maha Pembuka
    Niatkan moga hatinya dibuka oleh Allah, sehingga mudah menerima nasihat agama.
  2. Ya Samii’ – Maha Mendengar
    Niatkan moga mendengar kata, kuat pendengarannya dan tajam telinganya.
  3. Ya Hakiim – Maha Bijaksana
    Niatkan moga akalnya cerdas, lancar hafalan & pelajarannya.
  4. Ya Haliim – Maha Penyantun
    Niatkan moga indah akhlaknya dan memiliki kedudukan yang istimewa.

Baca juga: Panduan Mengerjakan Solat Sunat Sebelum Subuh, Nilainya Lebih Dari Seisi Dunia!

Anak-anak yang sudah dewasa

Lakukan solat sunat hajat atau dhuha mengikut jumlah anak. Anak 3 orang, lakukan sebanyak 6 rakaat. Setiap kali selesai 2 rakaat, titipkan doa untuk anak:

  1. Minta Allah Redha,
  2. Minta Allah berkati.
  3. Minta Allah bantu semua urusan hidupnya.

Jika kita lakukan sunat dhuha, moga kehebatan daripada doa Dhuha itu menjadikan anak-anak kita rapi dalam semua urusan dunia dan akhiratnya. Paling penting, Allah memilih anak-anak kita untuk mencintai-Nya dan mencintai Rasul-Nya.

Baca juga: Manfaat Baca Surah Al-Fiil, Ikhtiar & Penawar Penyakit Manusia Terutama Kanser!

Sumber: Aminah Mat Yusoff

FT Image: QuranAcademy

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×