Nur

Panduan Mengerjakan Solat Sunat Sebelum Subuh, Nilainya Lebih Dari Seisi Dunia!

32
SHARES
solat sunat sebelum subuh

Terdapat beberapa amalan yang boleh dilakukan oleh umat Islam sebelum mengerjakan solat fardu subuh. Selain bibir mengungkapkan zikir, anda juga digalakkan untuk melakukan solat sunat sebelum subuh yang turut dikenali sebagai solat Fajar.

Di mana, solat sunat ini dilakukan selepas masuknya waktu subuh dan tidak sah jika dilakukan sebelum waktu subuh. Justeru itu, mari ikuti panduan solat sunat sebelum subuh seperti di bawah.

Baca juga: Ini 5 Peristiwa Besar Bakal Disaksikan Manusia Tanda Hampirnya Hari Kiamat!

SOLAT SUNAT SEBELUM SUBUH

solat sunat sebelum subuh

Gambar: Seekers Guidance

Solat sunat dua rakaat sebelum solat fardu Subuh dikenali sebagai Solat Fajar atau Solat Qabliyah Subuh atau Solat Sunat Subuh. Ia dikerjakan selepas azan Subuh dan sebelum solat fardu Subuh.

Nabi SAW bersabda,

“Solat fajar 2 rakaat lebih baik dari dunia dan segala isinya.” (HR. Muslim)

Nabi SAW bersabda,

“Dua rakaat solat fajar lebih aku cintai daripada dunia seluruhnya.” (HR. Muslim)

Dari Aisyah ra. bahawa beliau berkata,

“Tiada solat sunat yang paling Rasulullah SAW menjaganya, melebihi dua rakaat solat fajar.” (HR. Muslim)

“Sesungguhnya Rasulullah SAW membaca ketika solat fajar, surah Al-Kafirun dan surah Al-Ikhlas.” (HR. Muslim)

Baca juga: Manfaat Baca Surah Al-Fiil, Ikhtiar & Penawar Penyakit Manusia Terutama Kanser!

NIAT SOLAT FAJAR

Tiada lafaz khas untuk solat sunat sebelum subuh, jadi anda boleh berniat dengan pelbagai lafaz. Antaranya:

اُصَلِّى سُنَّةَ الصُبْحِ رَكْعَتَيْنِ ِ للهِ تَعَالىَ

Usolli Sunnatas-Subhi Rak’ataini Lillahi Taala

“Sahaja aku solat sunat subuh dua rakaat kerana Allah Taala.”

ATAU yang ini pun boleh…

اُصَلِّى سُنَّةَ الصُبْحِ رَكْعَتَيْنِ قَبْلِيَّةً ِللهِ تَعَالىَ

Usolli Sunnatas-Subhi Rak’ataini Qabliyyatan Lillahi Ta’ala  

“Sahaja aku solat sunat sebelum subuh dua rakaat Qablliyyah kerana Allah Taala.”

ATAU…

اُصَلِّى سُنَّةَ قبلية الفَجْرِ رَكْعَتَيْنِ ِللهِ تَعَالىَ

Usolli Sunnatal Fajri Rak’ataini Lillahi Ta’ala

“Sahaja aku solat sunat fajar dua rakaat kerana Allah Taala.”

Cara solat sunat sebelum subuh

Pergerakan melakukan solat sunat sebelum subuh ini adalah sama seperti solat fardu subuh. Cumanya, ia tidak mempunyai bacaan doa qunut pada rakaat kedua.

Bagi bacaan surah selepas surah Al-Fatihah, bacakan surah Al-Kafirun pada rakaat pertama dan surah Al-Ikhlas pada rakaat kedua.

Doa selepas solat sunat subuh

Antara doa yang boleh dibaca selepas solat sunat subuh.

solat sunat sebelum subuh

Gambar: AkuIslam

Maksudnya:

“Ya Allah, Tuhan Jibril, Israfil, Mikail dan Nabi Muhammad SAW, aku memohon perlindunganMu daripada api neraka.”

Baca juga: 5 Petua Awet Muda Cara Islam, Wajah Tetap Cantik Meski Usia Meningkat!

KELEBIHAN SOLAT SUNAT SEBELUM SUBUH

Solat sunat ini mempunyai kelebihan yang sangat besar jika dikerjakan. Antara kelebihan-kelebihan solat sunat sebelum subuh yang disebutkan oleh Nabi SAW adalah:

1. Lebih baik daripada seluruh dunia

Saidatina Aisyah r.a. melaporkan, Rasulullah SAW berkata berkenaan solat dua rakaat sebelum solat fardu subuh:

“Dua rakaat itu lebih baik bagiku daripada seluruh isi dunia.” Hadis ini direkodkan oleh Ahmad, Muslim dan at-Tirmizi

2. Lebih penting daripada nyawa sendiri

Abu Hurairah melaporkan, Rasulullah SAW berkata:

“Janganlah kamu tinggalkan solat sunat dua rakaat sebelum solat subuh, sekalipun kamu dikejar oleh kuda (walaupun kamu dikejar oleh musuh).” Hadis ini direkodkan oleh Ahmad, Abu Daud, al-Baihaqi dan at-Tahawi

3. Amalan sunat yang paling dipelihara oleh Rasulullah SAW

Saidatina Aisyah r.a. meriwayatkan:

“Rasulullah tidak menjaga amalan-amalan sunatnya lebih daripada dia menjaga dua rakaat sebelum solat subuh.” Hadis ini direkodkan oleh Bukhari, Muslim, Ahmad dan Abu Daud

TINDAKAN JIKA TERLEPAS SOLAT SUNAT SUBUH

Sekiranya tidak berkesempatan melakukan solat sunat subuh kerana terlewat atau kerana imam mengerjakan solat subuh berjemaah terlalu cepat, disunatkan untuk menggantikannya (qadha solat)

Solat sunat ini dapat digantikan dalam dua waktu:

  • Sebaik sahaja selepas selesai mengerjakan solat fardu subuh.
  • Lebih utama dilakukan selepas terbit fajar.

Kesimpulan

Solat sunat sebelum subuh tergolong dalam sunat muakkad, iaitu sangat digalakkan. Di mana, kekurangan dalam solat fardu hanya dapat diperbaiki dengan solat sunat yang dilakukan. Dan pastinya, kebaikan yang datang bersama solat sunat ini amat besar.

Baca juga: Himpunan 16 Doa Harian Mudah Hafal, Boleh Diajarkan Pada Anak-Anak!

Sumber: Siti Hailia via DOA,PETUA DAN AMALAN HARIAN / AkuIslam

FT Image: @Al__Quraan

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×