Sepertiga malam merupakan antara malam yang mustajab untuk berdoa dan beribadah. Namun, ada orang yang masih keliru dan tidak tahu bilakah waktu yang dikira sebagai sepertiga malam ini.
Nak tahu lebih lanjut mengenai cara kiraan sepertiga malam, mari ikuti penjelasan di bawah.
Baca juga: Hebatnya Al-Kauthar, Disifatkan Surah Penghibur Hati Nabi Muhammad SAW Kala Sedih
SEPERTIGA MALAM
Cara kiraan sepertiga malam
Malam bermaksud apabila masuknya waktu maghrib, maka itulah malam. Bermulanya malam apabila masuknya waktu Maghrib. Penghujung malam pula apabila masuknya waktu subuh, itulah penghujung malam.
Kiraan 1/3 malam ni penting kerana, untuk mengetahui bilakah waktu yang tepat masuknya 1/3 malam terakhir.
Daripada Abu Hurairah RA, sabda Rasulullah:
“Tuhan yang Maha Berkat dan Maha Tinggi turun setiap malam ke langit dunia sewaktu masa berbaki sepertiga malam terakhir dan berfirman:
Barangsiapa yang berdoa kepada-Ku, nescaya Aku perkenankan baginya. Barangsiapa yang meminta kepada-Ku nescaya aku akan memberikan (apa yang dipinta) kepadanya. Barangsiapa yang meminta pengampunan daripada-Ku, nescaya Aku akan mengampuninya.” Hadis riwayat Imam al-Bukhari (1145) dalam Sahih-nya.
Ini kerana ia adalah di antara waktu yang mustajab untuk berdoa dan beribadah.
Baca juga: Doa Untuk Anak Dilindungi, Beza Cara Baca Untuk Anak Kecil & Dewasa, Moga Mustajab!
Baca juga: Panduan Mengerjakan Solat Sunat Sebelum Subuh, Nilainya Lebih Dari Seisi Dunia!
Allah berfirman dalam Surah Al-Muzammil ayat 1-4 yang bermaksud:
“Wahai orang yang berselimut! Bangunlah solat tahajud pada waktu malam, selain dari sedikit masa (yang tak dapat tidak untuk berehat) iaitu separuh dari waktu malam atau kurangkan sedikit dari separuh itu, ataupun lebihkan (sedikit) daripadanya; dan bacalah al-Quran dengan ‘tartil’.”
Firman Allah dalam Surah Azzariyat ayat 18 bermaksud:
“Sesungguhnya mereka (iaitu mereka yang di dalam syurga) sebelum itu di dunia adalah orang yang berbuat baik. Mereka sedikit sekali tidur di waktu malam. Dan di akhir-akhir malam mereka memohon ampun kepada Allah. Dan pada harta mereka ada hak untuk orang miskin yang meminta dan orang miskin yang tidak mendapat kebahagiaan.”
Dan banyak lagi keterangan tentang ibadah di penghujung malam ini, sama ada di dalam Al-Quran mahupun Hadis. Semoga Allah perkenankan doa di sepertiga malam, luahkanlah segalanya.
Baca juga: 5 Doa Suami Isteri Ketika Bersetubuh, Ingat Keluar Air Mani Kena Baca Doa No. 3!
Sumber asal: Siti Aminah Salleh
Sumber: Siti Hailia via DOA,PETUA DAN AMALAN HARIAN
FT Image: Siti Hailia / Pinterest