Kaffarah puasa atau kaffarah jimak dikenakan kepada sesiapa yang melakukan persetubuhan pada siang hari di bulan Ramadan. Melalui laman web rasmi Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri, ia hanya diwajibkan ke atas suami sebagaimana pendapat dalam mazhab Syafi‘i.
Justeru, bagi isteri yang berjimak, hanya diwajibkan untuk qadha’ (menggantikan puasa) dan tidak dikenakan kaffarah. Justeru itu, ketahui dengan lebih lanjut cara menyelesaikan kaffarah puasa dari Ustaz Faisal Rahim, yang juga merupakan Amil Zakat serta berpengalaman 10 tahun bekerja di institusi zakat.
Baca juga: Panduan & Tips Cara Khatam Al-Quran Lebih Dari SEKALI Dalam Bulan Ramadan!
KAFFARAH PUASA
Secara asasnya:
- Kaffarah Puasa dikenakan apabila berjimak di siang hari pada bulan Ramadan.
- Kaffarahnya, berpuasa berturut-turut selama 2 bulan. Jika tak mampu bagi makan 60 orang miskin.
- Kaffarah Puasa BUKAN tanggungjawab Pusat Zakat. Mereka TIDAK TERIMA BAYARAN untuk selesaikan Kaffarah.
Macam mana ingin selesaikan Kaffarah?
- Kena usaha juga berpuasa 2 bulan berturut-turut. Tak boleh terus pilih no 2.
- Cari 60 orang miskin untuk diberi makan.
- Bayar kepada Majlis Agama, kadarnya RM600 untuk SATU HARI. Kalau 5 hari maksudnya RM3000.
Bagaimana orang buka puasa dulu kemudian berjimak?
- Dosa besar buka puasa dengan sengaja dan dimurkai Allah SWT!
- Mazhab Hanafi, Makili, Hanbali: Tetap kena Kaffarah.
- Mazhab Syafie: Tidak dikenakan Kaffarah. Helah itu tetap berdosa.
Info lanjut layari portal ini.
Baca juga: Cara Solat Tarawih Di Rumah, Khas Buat Wanita Ada Kekangan Ke Masjid!
Kesimpulannya:
- Berjaga-jaga.
- Pusat Zakat memang TIDAK TERIMA bayaran Kaffarah Puasa.
Mungkin sebab itu, ramai orang dulu-dulu tak bagi berkahwin bila nak hampir Ramadan. Benda ini nampak macam remeh dan lawak. Tapi setiap tahun, BERATUS orang datang nak bayar Kaffarah dekat zakat.
Dan Ramai fikir SIANG HARI BULAN RAMADAN?! Biar betul. Takkanlah. Tapi sebenarnya, ramai yang bersama itu ketika waktu Subuh dan ada juga yang lepas sahur.
Baca juga: Apakah Berdosa Tak Mahu Kahwin? Ini Hukumnya & Penjelasan Daripada UAI
Sumber: X – Faisal Rahim
FT Image: Getty Images/iStockphoto/Prostock-Studio