Nur

Cara Solat Tarawih Di Rumah, Khas Buat Wanita Ada Kekangan Ke Masjid!

53
SHARES
cara solat tarawih perempuan

Panduan dan cara solat tarawih perempuan di rumah ini, khusus buat kaum wanita yang mempunyai kekangan untuk ke masjid. Jadi, anda jangan bersedih kalau tidak dapat buat tarawih berjemaah.

Hal ini kerana, Islam adalah agama yang mudah dalam pelaksanaan ibadat dan tidak menyusah serta memberatkan penganutnya. Mari ikuti panduan dan cara solat tarawih perempuan yang dilakukan di rumah seperti di bawah.

Baca juga: Apakah Berdosa Tak Mahu Kahwin? Ini Hukumnya & Penjelasan Daripada UAI

CARA SOLAT TARAWIH PEREMPUAN DI RUMAH

cara solat tarawih perempuan

Gambar: elemen envato

Solat Tarawih bererti solat dengan rasa senang dan kelapangan hati selepas solat fardhu Isya’.

Khas untuk kaum wanita yang ada kekangan untuk ke masjid. Mudahnya nak beribadah, jangan sedih kalau tak dapat ikut buat terawih di masjid.

  • Mungkin kita ada anak yang masih kecil, jadi agak sukar nak bawak si kecil bersama ke masjid.
  • Mungkin kita ibu bekerja yang sudah seharian bekerja di pejabat dan pulang menyambung tanggungjawab di rumah pula.
  • Solat Tarawih dikerjakan setelah mengerjakan solat Isya’ dan waktunya berpanjangan sehingga akhir malam. Jadi bolehlah ibu berehat atau menunggu si kecil tidur dahulu, sangat bersesuaian dengan diri mereka yang sudah keletihan menguruskan rumah dan keluarga.

Cara Solat Terawih wanita di rumah

Bilangan rakaat buatlah yang termampu. Paling ringkas buat 11 rakaat iaitu 8 terawih dan 3 witir.

  • Lakukan setiap 2 rakaat satu salam dan seterusnya untuk tarawih
  • Witir 2 rakaat 1 salam dan witir 1 rakaat 1 salam.

Baca juga: 7 Tanda Syaitan Khanzab Ganggu Ketika Solat, Itu Sebabnya Tak Khusyuk Sampai Terlupa Rakaat!

PANDUAN SOLAT SUNAT TERAWIH

Bagi yang baru nak berjinak solat tarawih di rumah, boleh rujuk gambar di bawah:

cara solat tarawih perempuan

  1. Niat (Rujuk gambar).
  2. Lakukan solat 2 rakaat 1 salam, dan diakhiri dengan solat sunat witir.
  3. Baca surah Al- Fatihah dan ayat pilihan.

Segala bacaan di luar solat seperti salawat, doa dan periwayatan khalifah tidak termasuk amalan solat tarawih, tetapi hanya selingan antara solat.

Tidak ada larangan untuk bersalawat atau berdoa, jika cara dan adab melakukannya baik. Dan ia tidak menjejaskan solat tarawih jika ditinggalkan.

Baca juga: Doa Di AWAL HAID Buat Wanita Jadikan Amalan, Baca Pada Hari Pertama ‘Period’!

PANDUAN SOLAT SUNAT WITIR

solat tarawih sendiri

Solat Witir adalah salah satu solat sunat yang sangat dituntut untuk dikerjakan dan hukumnya adalah Sunnat Muakkad. Jumlah maksima solat witir itu ialah 11 rakaat (6 salam), sebaik-baiknya 3 rakaat (2 salam) dan sekurang-kurangnya satu rakaat sahaja.

Jika berniat hendak melakukan qiyamullail, boleh tangguhkan solat witir selepas selesai qiyamullail tersebut kerana solat witir adalah penutup kepada solat-solat sunat yang lain.

  1. Niat (Rujuk gambar).
  2. Lakukan 3 rakaat 2 salam iaitu 2 rakaat 1 salam dan 1 rakaat 1 salam.
  3. Zikir selepas witir (Rujuk gambar).
  4. Doa Solat Witir

“Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung dengan keredhaanMu daripada kemurkaanMu, dan aku berlindung dengan kemaafanMu daripada balasanMu, dan aku berlindung denganMu seperti pujiMu sendiri ke atas diriMu. Maka segala pujian dan sanjungan sehingga Engkau redhai.”

solat tarawih sendiri

Baca juga: Hebatnya Al-Kauthar, Disifatkan Surah Penghibur Hati Nabi Muhammad SAW Kala Sedih

Kesimpulan

Sangatlah mudah. Tiada alasan untuk tidak dapat buat solat tarawih kerana tidak dapat ke masjid. Selepas anak-anak dah tidur dan selepas berehat, bolehlah kita mulakan.

Jom sama-sama berubah ke arah yang lebih baik. Kalau tahun lepas langsung tak dapat buat solat tarawih, tahun ini kita usaha buat.

Semoga bermanfaat, sahabat hijrah anda.

Baca juga: Cara Kiraan Sepertiga Malam, Orang Ramai Kena Tahu ‘Timing’ Mustajab Untuk Pohon Doa!

Sumber: Auni Page via Doa, Petua & Amalan Harian

FT Image: Seekers Guidance

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×