Nur

Senarai Doa Solat Witir Dalam Rumi Boleh Amal Sepanjang Ramadan, Sunnah Rasulullah SAW

14
SHARES
doa solat witir rumi

Bila sebut mengenai Solat Witir , ia merupakan solat yang sangat lazim di bulan Ramadan dan ditunaikan selepas selesai Solat Tarawih. Namun begitu ia sebenarnya sunnah baginda Rasulullah SAW di bulan-bulan lainnya dan mempunyai doa-doa yang boleh diamalkan. Paling mudah sekali adalah, Sirap Limau senaraikan doa solat witir rumi iaitu dalam Bahasa Melayu supaya anda boleh amalkan sepanjang Ramadan.

Doa-doa ini boleh dibaca bagi menutup solat-solat malam, sama ada ia dilakukan pada awal malam, pertengahan, atau pengakhiran malam . Dalam kata lain, solat witir ialah pelengkap untuk solat fardhu dan solat sunat.

Baca juga: Hukum Pakai Lipstik Semasa Puasa, Akan Terbatal Puasa Kalau Anda Buat Macam INI..

DOA SOLAT WITIR RUMI YANG BOLEH DIBACA SEPANJANG RAMADAN

doa solat witir rumi

Foto: Tawqa

Tahukah anda, solat witir adalah merupakan antara ibadah yang sangat dianjurkan untuk dilakukan. Terdapat beberapa riwayat yang menceritakan tentang anjuran dan galakan melakukan solat ini. Antaranya ialah sebuah hadis yang diriwayatkan daripada Abu Hurairah R.A:

أَوْصَانِي خَلِيلِي صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بِثَلاَثٍ: صِيَامِ ثَلاَثَةِ أَيَّامٍ مِنْ كُلِّ شَهْرٍ، وَرَكْعَتَيِ الضُّحَى، وَأَنْ أُوتِرَ قَبْلَ أَنْ أَنَامَ

Maksudnya: Kekasihku (Rasulullah S.A.W) berwasiat kepadaku supaya melakukan tiga perkara iaitu: Berpuasa tiga hari pada setiap bulan, dua rakaat Dhuha dan melakukan solat sunat ini sebelum tidur.

Solat sunat ini ditunaikan dalam bilangan rakaat yang ganjil, iaitu satu, tiga, lima, tujuh, sembilan atau sebelas rakaat. Sekurang-kurangnya satu rakaat dan sebanyak-banyaknya sebelas rakaat. Ia boleh ditunaikan pada waktu malam bila-bila masa selepas menunaikan solat isyak sehingga sebelum masuk waktu Subuh sebagai penutup solat.

Senarai doa-doa yang anda boleh baca dalam Bahasa Melayu (rumi):

1.Ya Allah…Ya Rahman…Ya Rahim…

Dalam dakapan Ramadan yang suci ini, Dengan rasa rendah diri, Kami yang kerdil dan hina ini memohon doa dengan penuh pengharapan kepadaMu ya Allah… semoga Engkau sudi mendengar permintaan kami, kerana sesungguhnya Engkaulah Tuhan yg Maha Mendengar.

2.Ya Fattahu Ya ‘alim…

Ajarkanlah kami yang lemah ini untuk melihat jalan keluar dari semua masalah yang membelenggu kami, bukakanlah hijab kepada kami yang tak mampu melihat setiap kebaikan pada kejadian dan takdirmu. Ya Allah..takdirkanlah yang baik-baik untuk diri kami, Janganlah kau menguji kami pada apa yang tidak mampu kami lalui.. Bukakanlah pintu-pintu rahmatMu untuk kami ya Allah…

3.Ya Allah Rabbul Jalil….

Sejahterakanlah untuk kami dengan kesihatan yang baik..supaya dengannya kami dapat beribadah kepadaMu. Ya Allah..ampunkanlah segala dosa kami, kerana kami terlalu banyak dosa kepadaMu Ya Allah…Kami lupa akan Engkau ketika sihat, kami ingat padaMu bila ditimpa sakit, Kami lupa kepadaMu ketika senang, kami ingat kepadaMu bila datang kesusahan. Kami lupa kepadaMu disaat kami gembira, Kami ingat kepadaMu ketika sedih dan kecewa, Kami habiskan usia muda dengan keseronokan dunia, kami mula mengingatiMu ketika usia sudah tua, ..justeru ya Allah…ampunilah semua dosa kami..berilah kekuatan kepada kami untuk melawan hawa nafsu dan dunia yang sentiasa melalaikan kami daripada mengingatimu ya Allah…

4.Ya Allah…Ya Rahman..Ya Rahim…

Ampunkanlah dosa kedua ibu bapa kami,. setiap titik susu ibu yang mengalir dalam diri kami…kau gantilah dengan kebajikan untuknya yang boleh membawanya ke syurgaMu ya Allah…ya Rahman…pada setiap keringat yang mengalir pada tubuh ayah kami dalam mencari rezki kepada keluarga kami…kau gantikanlah dengan keampunan yang membawa ke syurgaMu ya Allah. Sesungguhnya pengorbanan mereka tidak akan mampu kami membalasnya. Bahkan terkadang mereka hidup dalam kesusahan dan kesempitan, sedangkan kami berada dalam kesenangan dan kemewahan…Justeru kurniakanlah kepada kedua ibubapa kami tempat yang istimewa di syurgaMu ya Allah…..

5.Ya Allah….

Kami juga memohon ampun untuk kaum kerabat kami, sahabat-sahabat kami dan guru-guru kami yang terlebih dahulu pergi meninggalkan kami ke alam barzakh…golongkanlah mereka dalam golongan orang-orang yang Engkau redhai…apabila tiba pula giliran kami menuju barzakhMU..maka Kau ambillah kami dlm keadaan yang baik-baik…dalam keampunan dan rahmatMu Ya Allah…

6.Ya Allah Ya Azizz…

Kurniakanlah kepada kami jiwa yang tenang dan tenteram…hiasilah hati kami dengan sifat syukur, redha, sabar, ikhlas, amanah dan bertanggungjawab…Kau jauhkanlah daripada kami sifat ujub, riak, takabbur, fitnah, mengadu domba, sangka buruk dan khianah.

7.Ya Rashid…Ya Rahman…Ya Rahim..

Jika ada dalam kalangan kami mereka yang diuji dengan kesusahan, maka kau bantulah mereka, permudahkanlah urusan mereka, jika ada dalam kalangan kami mereka yang bersedih hati, berikanlah ketenangan dan jalan keluar kepada mereka, jika ada dalam kalangan kami sedang berhajat dengan keperluannya, maka tunaikanlah hajat mereka, dan cukupkanlah keperluan mereka, jika ada dalam kalangan kami mereka yang diuji dengan sakit, maka kau sembuhkanlah mereka Ya Allah…agar dapat beribadah bersama kami. Jika ada dalam kalangan kami mereka yang derhaka kepada ibu bapa atau terkurang dalam melayani mereka, maka kau ampunilah mereka, jadikanlah kami anak-anak yang taat dan berbakti..sesungguhnya Engkaulah Tuhan yang Maha Mendengar dan Mengasihi…

8.Ya Allah Ya Malikal Mulk…Ya Razak..Ya Fattahu Ya ‘Alim…

Kurniakan kepada kami rezeki yang halal lagi diberkati dan jadikanlah dengan rezeki itu kami semakin dekat denganMu.. sebaliknya, janganlah kau jadikan kami daripada golongan yang lupa diri setelah mendapat kurniaannMu.

9.Ya Allah….

Bantukanlah kami dalam menjalankan urusan agama kami, elokkanlah urusan dunia kami, yang padanya tempat kami mencari kehidupan, Elokkanlah urusan akhirat kami, yang padanya tempat kami akan kembali untuk selama-lamanya.. jadikanlah kehidupan kami ini sebagai tambahan segala kebaikan kepada kami, dan jadikanlah kematian sebagai ketenangan kepada kami dari segala kejahatan, Sesungguhnya kami ingin kembali kepadaMu dengan jiwa yang tenang….

10.Ya Allah Ya Zal Jalali Wal Ikram…

Ya Allah….Janganlah kau jadikan Ramadan ini sebagai yang terakhir buat kami, temukanlah kami dengan Ramadan yang akan datang…

Tapi, Andai ini Ramadhan terakhir buat kami, jadikankanlah puasa kami sebagai puasa yang Kau rahmati, jadikanlah Ramadan ini paling bererti, penuh dengan cahaya iman, menerangi kegelapan hati kami menuju redha serta kasih sayangmu ya Allah…Jadikanlah Ramadan ini sebagai penghapus dosa-dosa kami.. Ya Allah…temukanlah kami dengan Lailatul qadr…pilihlah kami dalam kalangan hambaMu yang dapat beramal di malam al-Qadr….Ya Allah..terimalah amalan kami..terimalah taubat kami..ampunkanlah segala dosa kami…amankanlah kehidupan kami di sana nanti yang kekal abadi… kurniakanlah kepada kami syurgamu yang maha luas nikmatnya… Aamiin…

doa solat witir rumi

Foto: UCare Indonesia

*Selamat beramal!

Baca juga: Senarai Masjid Yang Dekat Dengan MRT Laluan Kajang & Putrajaya, Jalan 10 Minit Je Sampai!

Sumber: eCentral

Foto: Pasundan Ekspres

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×