Suami Isteri

Tiang Rumah Tangga Boleh Retak, Bila Suami Lepas Pandang 9 Nafkah Batin Isteri!

45
SHARES
nafkah batin isteri

Berbicara mengenai topik nafkah batin isteri, perkara pertama yang terlintas di fikiran anda kemungkinannya adalah melaksanakan hubungan kelamin di ranjang. Namun, nafkah batin isteri bukan sekadar itu kerana ia meliputi hal-hal lain seperti bertanya keadaan isteri, mengucapkan terima kasih dan sebagainya.

Mungkin hal batin sebegini dipandang kecil, menyebabkan kadang-kadang suami terlepas pandang. Tetapi perkara sekecil ini juga sebenarnya mampu meretakkan tiang keharmonian dan kebahagiaan rumah tangga suami isteri. Justeru itu, mari lihat 9 perkara nafkah batin isteri yang suami terlepas pandang di bawah.

Baca juga: Elak Tergelincir Semasa Mandi Bersama, Mama Papa Ini 7 Tips ‘Shower S*x’ Selamat!

NAFKAH BATIN ISTERI YANG SUAMI TERLEPAS PANDANG

nafkah batin isteri

Gambar: mego-studio

1. Kucup kening atau dahi isteri

Nafkah batin isteri yang suami terlepas pandang yang pertama adalah melakukan kucupan kening atau dahi. Kalau papa nak tahu, mama sering dambakan kucupan di kawasan tersebut.

Hal ini kerana, kucupan yang tidak keterlaluan ini boleh membahagiakan mama biarpun detiknya cuma sebentar. Jadi, papa jangan buang masa rajinkan diri mengucup wajah isterimu.

2. Berpimpin tangan

Selain itu, nafkah batin isteri yang suami terlepas pandang adalah berpimpin tangan. Wahai papa, berpimpin tangan bukan hanya di awal perkahwinan sahaja, malah kena lah konsisten selagi nyawa tidak bercerai badan.

Apabila papa dan mama pergi ke mana-mana jangan segan untuk berpegangan tangan. Mama pasti gembira dan akan tersenyum sepanjang masa.

Selain itu, inilah masanya papa hendak tayangkan kepada dunia bahawa dia adalah anda yang punya. Sudah halal, bukan? Apa yang nak ditahankan.

3. Cium tangan

Perbuatan mencium tangan papa, sudah acap kali mama lakukan. Apa kata, papa juga mencium tangan mama dan menjadikan ia sebagai rutin.

Mencium tangan mama bukan menandakan papa ‘menyembah ratu’, tetapi lebih kepada menghargai dirinya. Di mana, tangan mama lah yang banyak bergerak untuk menyediakan segala-galanya buat keperluan seisi keluarga di rumah.

Ciuman tangan boleh menjadi penawar kepada keletihan yang dirasai mama setelah melakukan tugasan rumah sepanjang hari.

4. Buat kejutan

Sekiranya sepanjang hidup bersama, papa tidak pernah atau jarang membuat kejutan kepada mama, jangan risau anda belum terlambat untuk melakukannya. Biar lambat jangan tidak buat langsung, betul tak?

Terdapat pelbagai jenis kejutan yang papa boleh berikan. Malah, kejutan tidak semestinya membeli barangan mewah kepada mama, papa juga kena lah ukur baju di badan sendiri.

Memberikan kejutan yang sederhana seperti memasak hidangan kegemaran mama pun sudah cukup buat dia menangis gembira. Paling penting, keikhlasan yang papa curahkan!

5. Puji kecantikan

Kalau bukan papa, siapa lagi mahu memuji kecantikan tulang rusukmu? Tidak kurang wang di saku, sekiranya papa memuji kecantikan mama. Malah, bertambah pahala lagi kerana menggembirakan hati mama.

Kecantikan juga bukan sekadar paras rupa, malah peribadi mama juga wajar diberikan pujian. Papa hanya perlu lafazkan dengan ikhlas sahaja, mudah bukan?

Baca juga: Ini 5+ Topik Perbincangan Bakal Pengantin Perlu Lakukan Bersama, Bukan Syok Naik Pelamin Saja!

6. Bangga dengan kelebihan isteri

nafkah batin isteri

Gambar: teksomolika

Seterusnya, nafkah batin isteri yang suami terlepas pandang adalah berasa bangga dengan kelebihan pasangan. Bangga dengan kelebihan mama seperti pandai menjahit atau memasak wajar ditunjukkan. Baru lah mama lebih bersemangat dan rajin!

Papa boleh menceritakan kelebihan mama kepada ahli keluarga atau kenalan apabila duduk berborak. Tapi, kalau papa ada duit lebih boleh juga menggunakan kelebihan mama itu dengan menjalankan perniagaan.

7. Ucapan terima kasih

Jangan kedekut mengucapkan terima kasih kepada mama. ‘Terima kasih’ adalah ayat ringkas yang tidak makan masa papa lebih 2 saat pun. Bahkan, ayat ringkas ini boleh menjadi sumber kekuatan kepada mama apabila diri rasa dihargai.

Ucapkan ayat magis ini sekerap mungkin, biarpun mama sekadar melakukan perkara yang kecil.

8. Peluk isteri

Memberi sebuah pelukan dapat membangkitkan rasa ketenangan dalam diri mama dan juga papa. Oleh sebab itu, apabila seseorang sedang marah dan apabila dipeluk dia akan berasa tenang dan emosinya akan sedikit terkawal.

Jadi, papa jangan malas-malas nak memeluk mama. Duduk di atas sofa sambil menonton televisyen berdua pun boleh buat sentuhan magis ini. Biarpun sentuhan ini dilihat agak kecil dan mudah, tetapi memberikan banyak manfaat yang sukar ditafsirkan.

9. Sering bertanya keadaan isteri dan bergurau senda

Papa jangan berat mulut untuk bertanyakan keadaan mama seperti:

“Sayang okay tak?”, “Sayang buat apa dekat rumah hari ini?”, “Awak makan apa tadi?”

Soalan-soalan mudah ini sudah tentu akan menyentuh perasaan mama kerana papa yang tulus mengambil berat pasal dirinya. Kadang-kadang mama tidak tahu ingin mulakan cerita apabila ditimpa kesulitan.

Selain itu, bergurau senda antara papa mama juga dapat membangkitkan nikmat kebahagiaan dalam hidup berumah tangga. Stres pun dapat dikurangkan!

Baca juga: 5 Jenis Perceraian Popular, Sampai Kena Bayar Semula Mas Kahwin Jangan Buat Main!

Sumber: Tiktok Rahsia Perempuan

FT Image: kmpzzz

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×