Suami Isteri

Tidur Bawah Ketiak & Kentut Depan Pasangan Antara Tarikan Bermanja Hidup Suami Isteri!

24
SHARES
tips bermanja suami isteri

Ia tidak mustahil, sekiranya masih ada lagi individu yang kekok untuk menunjukkan kelakuan yang mungkin dianggap memalukan, namun sebenarnya terselit manfaat apabila dikongsikan bersama pasangan. Ini termasuklah tidur bawah ketiak dan menahan kentut, yang merupakan antara tips bermanja suami isteri seperti terkandung di bawah.

Manisnya hidup dalam perkahwinan, tiada perkara yang perlu dimalukan lagi, oleh kerana pada dasarnya sudah ada rasa percaya dan jujur setelah akad dilafazkan. Walaupun begitu, masih ada yang bersikap sedemikian kerana prinsip setiap individu itu berbeza.

Baca juga: Ghairah Pada Area Bukan Alat Kelamin? Fantasi Sek* Seksa Batin Sendiri & Pasangan!

TIPS BERMANJA SUAMI ISTERI

tips bermanja suami isteri

Gambar: pressfoto

Sebagaimana perkongsian bermanfaat dari sebuah page ini, mengenai layanan yang baik dari suami terhadap isteri, dapat menarik pintu rezeki dalam rumah tangga. Ditambah pula, pelbagai tips bermanja suami isteri yang bermanfaat untuk dicuba bersama.

Suami layanlah isteri macam RATU, barulah rezeki yang datang macam RAJA. Setiap pagi bagi isteri anda ketenangan, kekuatan dan semangat dengan pelukan dan ciuman di pipi mereka.

Jangan terkejut lepas ini isteri jadi SUPERGIRL di rumah, confirm lepas itu rezeki yang datang pun macam SUPERMAN.

TIPS SUAMI ISTERI BERMANJA

1. Isteri salam dan cium tangan suami

Isteri yang salam, cium dan peluk suami selama 10 saat setiap pagi menghasilkan banyak hormon endorfin. Hormon endorfin ini dapat membantu isteri turun berat badan dan mengurangkan keresahan.

Tak perlu ubat atau tahan lapar kalau nak kurus, beri suami sentuh anda dah cekup. Lebih kerap lebih baik, kurus dapat pahala pun dapat.

2. Tidur bawah ketiak suami

Isteri yang ada masalah tidur boleh cuba cara ini. Ini kerana tidur di bawah ketiak suami boleh beri anda tidur yang lena dan tenang kerana adanya hormon bau feromon (pheromone) semula jadi.

Bukan itu sahaja, bau feromon suami dapat meredakan stres anda sepanjang hari buat kerja rumah. Cubalah!

Baca juga: Nak ‘Bersama’ Tapi Takut, Ini 7 Posisi Intim Ikut Trimester Kehamilan, Haruslah Cuba Malam Ini

3. Jangan malu mandi bersama

Mandi bersama suami isteri yang sah adalah sunnah dan dapat pahala. Selain itu, proses mandi yang mesra dan intim dapat mengurangkan stres isteri dan suami.

Bukan sahaja dapat dibersihkan bahagian belakang badan, malah, dari segi saintifik proses mandi bersama akan membuat jantung lebih sihat.

4. Jangan tahan kentut depan pasangan

tips bermanja suami isteri

Gambar: our-team

Suami jadi yakin dan setia bersama isteri apabila pertama kali nampak dia kentut. Suami yakin berkompromi dengan ‘bencana’ apa pun bersama isterinya selepas ini.

Suami isteri berasa lebih bebas melakukan apa pun. Hal ini kerana, hubungan yang sihat dalam keluarga asasnya adalah ketulusan dan kepercayaan.

Wanita selalu ingin tampil cantik. Lelaki selalu ingin tampil gagah. Satu kentut tidak akan mengubah keadaan itu menjadi sebaliknya.

5. Suami peluk dan cium isteri

Ramai suami yang tidak tahu, tapi setiap pelukan mesra suami dapat mengeluarkan hormon oxytocin. Ia mampu membuatkan isteri rasa bersemangat dan bertenaga.

Setiap sentuhan suami di pipi, pinggang, peha dan punggung dapat buat isteri kembali bertenaga walaupun setelah seharian bekerja.

6. Solat berjemaah selalu

Lakukan solat berjemaah bersama sekerap yang boleh. Hal ini kerana, satu jaminan yang anda boleh beri pada isteri iaitu mahu bawa dia ke syurga bersama.

Solat berjemaah juga mengeratkan silaturrahim dan buat isteri lebih taat dan setia pada suami yang memimpin mereka ke jalan Allah SWT.

Baca juga: 15 Jenis Baju Tidur Bikin Suami Tergoda, ‘Senjata’ Isteri Paling Halus!

Sumber: Saya Sayang Suami Saya

FT Image: tirachardz

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×