Sihat

Ghairah Pada Area Bukan Alat Kelamin? Fantasi Sek* Seksa Batin Sendiri & Pasangan!

16
SHARES
fetish seks

Fetish seks merupakan sebahagian daripada fantasi seks. Di mana, fetish adalah satu keadaan seseorang itu cenderung untuk menyukai sesuatu yang sangat spesifik sama ada objek tidak bernyawa atau bahagian tubuh.

Ia boleh dikategorikan sebagai salah satu daripada perilaku seks yang normal. Namun, apabila fetish menjadi punca ketidakselesaan atau penderitaan emosi kepada diri sendiri, ia mungkin dianggap sebagai fetishistic disorder. Jadi, mari ikuti penerangan di bawah berkenaan fetish, jenis, simptom dan rawatan.

Baca juga: “Tak sampai 5 minit 2 atau 3 pad saya kena tukar”- Ini Antara 3 Punca Ketulan Haid Terlampau Banyak!

FETISH SEKS

fetish seks

Gambar: wirestock

Apakah fetishistic disorder?

Melalui portal PsychCentral, fetish boleh diklasifikasikan sebagai gangguan seksual apabila ia menyebabkan penderitaan emosi yang ketara dalam hidup anda. Fetishistic disorder ialah kekerapan dan berterusan menggunakan bahagian badan bukan seksual atau objek tidak bernyawa untuk mencapai rangsangan seksual sehingga mengganggu cara berfungsi dalam kehidupan seharian.

1 daripada 8 paraphilic disorders adalah fetishistic disorder. Di mana, semuanya melibatkan fantasi atau desakan seksual yang menjejaskan kehidupan sosial dan kerja anda bersama-sama dengan fungsi harian. Sesetengahnya melibatkan tanpa persetujuan pasangan, mencederakan diri sendiri atau mencederakan orang lain.

Jenis-jenis paraphilic disorders

Selain daripada fetishistic disorder, 7 paraphilic disorders yang lain adalah:

  1. Exhibitionistic disorder – Tingkah laku tentang mendedahkan alat kelamin kepada orang tidak dikenali.
  2. Frotteuristic disorder – Tingkah laku yang melibatkan sentuhan dan gosokan terhadap orang yang tidak memberikan persetujuan.
  3. Pedophilic disorder – Perasaan terangsang terhadap kanak-kanak.
  4. Sexual masochism disorder – Tingkah laku yang melibatkan penderitaan fizikal yang membangkitkan seksual seperti dipukul, diikat dan sebagainya.
  5. Sexual sadism disorder – Keinginan membangkitkan seks secara berterusan tentang menimbulkan kesakitan fizikal atau psikologi kepada orang lain.
  6. Transvestic disorder – Berpakaian silang untuk rangsangan seksual, menyebabkan penderitaan emosi atau lemah.
  7. Voyeuristic disorder – Individu yang sangat terangsang dengan memerhati orang yang berbogel secara rahsia, menanggalkan pakaian atau terlibat dalam aktiviti seksual.

Anda harus mengalami tanda-tanda dan gejala gangguan ini dengan kerap, sekurang-kurangnya 6 bulan untuk didiagnosis sebagai mengalami paraphilic disorder. Menurut Diagnostic and Statistical Manual of Mental Disorders, Fifth Edition, (DSM-5), jika anda mempunyai satu paraphilic disorder, anda mungkin mengalami gangguan lain pada masa yang sama.

Baca juga: Nak ‘Bersama’ Tapi Takut, Ini 7 Posisi Intim Ikut Trimester Kehamilan, Haruslah Cuba Malam Ini

Simptom-simptom fetishistic disorder

Kebanyakan orang yang mempunyai fetish tidak akan diklasifikasikan sebagai mengalami gangguan. Ciri-ciri spesifik yang mempunyai kesan negatif terhadap kesejahteraan hidup anda mesti berlaku dalam jangka masa tertentu untuk anda menerima diagnosis ini.

Anda mungkin mengalami fetishistic disorder jika:

  • Rangsangan seksual yang kuat berpunca daripada bahagian badan yang bukan alat kelamin, atau daripada objek tidak bernyawa
  • Desakan dan angan-angan berulang yang berlangsung lebih dari 6 bulan
  • Kebimbangan yang berkaitan dengan fetish
  • Gangguan dalam kehidupan seharian di rumah, tempat kerja dan dalam perhubungan anda

Pilihan rawatan untuk fetishistic disorder

Bagi kebanyakan orang yang mengalami fetishistic disorder, pelan rawatan terbaik ialah gabungan terapi dan ubat. Antara terapi dan ubat yang disediakan untuk merawat fetishistic disorder adalah:

  1. Terapi seks – terapi bercakap jenis ini memberi tumpuan kepada seks dan kesihatan seksual, tanpa rasa malu atau dihakimi. Ia diketuai oleh ahli terapi seks bertauliah.
  2. Cognitive behavioral therapy (CBT) – CBT amat berkesan untuk merawat paraphilic disorders. Anda akan bekerjasama dengan profesional kesihatan mental untuk mengenal pasti punca asas dan menggunakan teknik penstrukturan semula, selain aversion therapy untuk membantu mengubah perkaitan antara fetish dan tingkah laku seksual anda.
  3. Selective serotonin reuptake inhibitors (SSRIs) – sejenis antidepresan, boleh membantu anda menguruskan gejala fetishistic disorder, serta beberapa paraphilic disorders yang lain.

Baca juga: Tidur Cukup 7 Jam Tapi Bila Bangun Masih Penat, Amalkan 5 Tips Ini!

Sumber: psychcentral

FT Image: freepik

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×