Sihat

“Tak sampai 5 minit 2 atau 3 pad saya kena tukar”- Ini Antara 3 Punca Ketulan Haid Terlampau Banyak!

9
SHARES
ketulan haid

Kebiasaannya, ketulan haid yang keluar selama menstruasi adalah perkara yang normal dan tidak perlu dirisaukan. Namun, anda masih perlu waspada apabila ketulan haid menjadi terlalu banyak lebih daripada normal.

Sebagaimana, persoalan yang diajukan seorang ibu di halaman Doctor On Call berkenaan dirinya yang menghadapi ketulan haid terlampau banyak sehingga selepas 5 minit perlu menukar pad berulang-kali. Lantaran itu, mari ikuti penjelasan di bawah!

Baca juga: Cara Guna Air Garam Untuk Jaga Kebersihan Faraj & Kelebihannya!

KETULAN HAID & PENDARAHAN TERLAMPAU BANYAK

ketulan haid

Gambar: rawpixel.com

Soalan:

“Ketulan darah terlampau banyak. Tak sampai 5 minit, 2 atau 3 pad saya kena tukar. Adakah normal atau bahaya doktor?

Saya berumur 30 tahun. Baru melahirkn anak baru-baru ini pada bulan 4. Sekarang masuk 3 bulan, saya datang haid. Tapi yang peliknya, haid saya berketul dan saya terpaksa tarik keluar ketul-ketul keluar dari vagina saya. Adakah normal atau bahaya doktor, ketulan-ketulan ini? Terima kasih doktor sudi jawab soalan saya.”

Berdasarkan kegusaran yang dizahirkan ini, Doktor Nur Syuhada Zulkifli yang merupakan General Practitioner (GP) telah memberikan maklum balas seperti di bawah.

Jawapan:

“Salam Sejahtera, terima kasih kerana mengajukan soalan anda. Berdasarkan penerangan anda, kami memahami anda mengalami masalah haid berlebihan dan berketul. Kami akan cuba membantu anda.

“Untuk makluman anda, pengeluaran ketulan darah semasa haid adalah satu perkara yang normal. Namun, anda memaklumkan bahawa anda perlu menukar pad selepas 5 minit dan ini bukanlah sesuatu perkara yang normal.

“Haid berlebihan bersertakan ketulan darah boleh disebabkan oleh fibroid atau polip rahim, penggunaan alat perancang IUCD, ketumbuhan dalam serviks ataupun faraj. Anda dinasihatkan untuk merujuk perkara ini kepada doktor pakar sakit puan kerana jika masalah ini berpanjangan, ia boleh menyebabkan komplikasi anemia.

Baca juga: Tidur Cukup 7 Jam Tapi Bila Bangun Masih Penat, Amalkan 5 Tips Ini!

PUNCA KETULAN HAID TERLALU BANYAK

ketulan haid

Gambar: freepik

1. Polip dan Fibroid

Menerusi portal Advanced Gynecology, ketumbuhan seperti polip dan fibroid boleh menetap di dalam rahim dan lapisannya. Di mana, ia boleh menyebabkan haid menjadi lebih banyak dan lebih lama daripada biasa.

Terdapat banyak jenis fibroid benigna, tetapi fibroid submukosa (fibroid yang tumbuh di dalam rongga rahim) adalah yang paling mungkin menyebabkan pendarahan banyak dan ketulan darah berlaku.

Polip rahim yang tumbuh pada serviks atau dalam lapisan rahim juga boleh menjadi faktor darah berketul. Jika anda mengalami pendarahan dan darah beku yang banyak semasa haid atau sakit pinggang, ia boleh menjadi halangan rahim seperti fibroid.

2. Penggunaan alat perancang IUCD

Jika anda baru-baru ini memulakan kaedah kawalan kelahiran dan mengalami pembekuan darah yang terlampau banyak semasa haid, kaedah kawalan kelahiran tersebut boleh menjadi faktor penyumbangnya.

Sesetengah bentuk kawalan kelahiran, seperti IUD atau IUCD bukan hormon, boleh menyebabkan haid yang lebih banyak daripada biasa dan pembekuan pada sesetengah wanita.

Jika anda mempunyai IUD dan mengalami pendarahan dan pembekuan darah terlampau banyak, berbincang dengan doktor tentang gejala diri untuk mengetahui sama ada ini adalah bentuk kawalan kelahiran yang sesuai untuk anda.

3. Ketumbuhan dalam serviks ataupun faraj (kanser serviks)

Melalui portal Prevention, dalam sesetengah kes, darah beku semasa haid boleh menjadi tanda kanser rahim atau serviks, tetapi ia sangat jarang berlaku.

Gejala kanser serviks adalah samar-samar dan boleh ada pelbagai tanda. Namun, pendarahan di antara haid, pendarahan selepas persetubuhan atau selepas menopaus semuanya boleh menjadi tanda kanser serviks.

Ini juga termasuk pendarahan haid yang lebih banyak daripada biasa, pendarahan selepas pemeriksaan pelvis, pendarahan selepas douching atau tempoh haid yang lebih lama daripada biasa.

Kesimpulan

Sekiranya anda menghadapi tanda seperti di atas iaitu mengalami ketulan haid yang terlampau banyak melebihi kadar haid normal anda, maka segera lah berjumpa doktor untuk mendapatkan keputusan lebih lanjut. Lebih baik bertindak lebih awal daripada menyesal di kemudian hari.

Baca juga: Buang Air Besar Pun Bawa ‘Handphone’, Ada Risikonya Tau Jadi Jangan Buat!

Sumber: doctoroncall / prevention / advancedgynecology

FT Image: stockking / metropolis

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×