Sihat

Doktor Sakit Puan Kongsi 2 Benda Kaum Wanita Jangan Biasakan Pakai, Bahaya!

6
SHARES
INFO KESIHATAN WANITA

Menerusi laman media sosial milik Dr Izzat, beliau ada kongsikan info kesihatan wanita yang perlu diambil berat. Jelasnya dua benda ini tidak perlu diguna oleh kaum wanita.

Penggunaan dua benda seperti penerangan di bawah ini boleh mengakibatkan masalah keputihan dan iritasi kulit. Nak tahu apa? Kena baca artikel ini sampai habis.

Baca juga: Selain Kencing Lepas Bersama, Ada 3 Lagi Cara Nak Elak Hamil, Betul Berkesan Ke?

DOKTOR KONGSI INFO KESIHATAN WANITA, TINGGALKAN 2 BENDA INI

INFO KESIHATAN WANITA

 

Dua benda tersebut adalah:

1. Pencuci wanita

Menurut Dr Izzat, pencuci wanita boleh mengubah pH dalam vagina dan mengganggu keseimbangan bakteria baik dalam ekosistem faraj.

Apabila bakteria baik ‘dimatikan’ dengan cara menggunakan pencuci wanita, ini akan menyebabkan anda mengalami masalah keputihan yang banyak dan kegatalan di kawasan tersebut.

Selain itu, bahan di dalam pencuci wanita juga boleh mengakibatkan iritasi pada kulit vulva yang halus. Anda hanya perlu membasub vagina seperti biasa menggunakan air paip. Jangan tambah apa-apa ya.

2. Panty liners

Seterusnya, wanita di luar sana perlu berhenti memakai panty liners. Hal ini kerana ia boleh menyebabkan geseran pada kulit vagina sehingga kegatalan.

Panty liners juga boleh mengganggu pengudaraan bahagian alat kelamin di mana anda akan berpeluh dan jangkitan kuman di faraj akibat lembap.

Sekiranya anda mengalami masalah keputihan yang teruk, segara dapatkan rawatak doktor kerana ia bukan satu perkara normal. Jangan dibiarkan.

Jadi, para wanita di luar sana, tinggalkan dua barang di atas dan jangan pakai dah ya. Semoga bermanfaat!

VIDEO PENUH:

@drizzatgynae

♬ original sound – DrIzzatObGyn – DrIzzat

Baca juga: Cara Buat Air Selusuh Agar Proses Bersalin Lebih Mudah, Bakal Ibu Take Note!

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×