Pilihan sayur untuk ibu berpantang memainkan peranan penting kerana risau akan memudaratkan kesihatan terutamanya jika bersalin secara czer.
Antara sayur yang digalakkan untuk makan adalah lobak putih, carrot dan lain-lain. Untuk mengetahui senarai penuh sayur untuk ibu berpantang, ikuti penjelasan lanjut di bawah.
Baca juga: Cara Buat Jus Homemade Untuk Kesihatan, Sedap Dan Boleh Turunkan Bacaan Kolesterol!
SENARAI SAYUR UNTUK IBU BERPANTANG YANG SESUAI DIMAKAN
1. Bawang
Bawang antara makanan popular yang diamalkan oleh ibu selepas melahirkan. Antara manfaat bawang adalah membantu menguatkan sistem imunisasi, merawat sistem pencernaan, mencegah diabetes dan lain-lain.
2. Halia
Kandungan gingerol yang ada di dalam halia sangat terkenal dengan sifat anti radang. Ini bermakna ibu yang mengalami kesakitan boleh diredakan dengan pengambilan halia.
Selain itu, pengaliran darah juga semakin lancar dan nutrisi dapat disalurkan ke sel-sel badan. Halia juga boleh ditambah ke dalam teh untuk mengurangkan keadaan stres dan melawan bakteria di dalam badan.
3. Kailan
Sayur untuk ibu berpantang yang sesuai dimakan seterusnya adalah kailan. Sayur ini kaya dengan pelbagai vitamin dan membantu meningkatkan kesihatan tulang.
Kailan juga membantu sistem penghadaman untuk memudahkan pembuangan air besar. Ia juga secara tidak langsung membekalkan bakteria baik kepada usus.
4. Kucai
Ibu selepas berpantang dinasihatkan untuk makan sayur kucai dan lebih sesuai sekiranya anda bersalin secara pembedahan. Ini kerana ia mampu melegakan sakit perut, mencegah penyakit, strok, mencegah sembelit dan menghindarkan pembekuaan darah.
5. Asparagus
Sayur untuk ibu berpantang disarankan untuk makan adalah asparagus. Asparagus mengandungi vitamin B9, vitamin K, vitamin B2 dan Vitamin B1.
6. Sayur brokoli
Sayur brokoli membantu masalah sembelit dan dalam masa yang sama dapat mengurangkan rasa lapar. Kajian juga mendapati bahawa brokoli boleh mengurangkan inflamasi.
7. Carrot
Carrot atau lobak merah mempunyai banyak nutrien untuk tubuh antaranya adalah dapat mengurangkan risiko kanser, mencantikkan kulit dan cegah kerosakan gigi.
8. Lobak putih
Lobak putih sememangnya antara sayur popular untuk ibu berpantang. Hal ini kerana ia boleh meningkat sistem ketahanan badan, meningkatkan penghasilan susu badan, melegakan sakit perut dan mencegah masalah kencing tak lawas.
9. Bokcoy
Sayur untuk ibu berpantang terakhir sekali adalah pakcoy. Sayur ini bebas lemak, gula dan rendah kalori. Sesuai untuk ibu-ibu.
Semoga bermanfaat dan jangan makan sayur yang tidak sesuai kerana risau akan memudaratkan kesihatan.
Baca juga: Banyak Manfaat Minum Jus Epal Hijau Campur Saderi, Rugi Kalau Tak Pernah Cuba!
Sumber: Kelab Mama