Sihat

Anak Kongsi Guna 5 Kaedah Rawat Ayah Sakit Di Rumah, Dah Boleh Jalan & Tak Mengesot!

33
SHARES
AMALAN GAYA HIDUP SIHAT

Amalan gaya hidup sihat memainkan peranan penting dalam kehidupan seharian. Hal ini sama seperti dilakukan oleh Albark Yunus Bat ketika menjaga ayahnya yang sedang sakit.

Jelasnya, lima kaedah perubatan alternatif tersebut ternyata sangat berkesan dan si bapa mula menunjukkan perubahan positif seperti selera makan makin bertambah.

Baca juga: Tak Sangka Air Rendaman Bendi Banyak Khasiatnya, Umur 86 Tahun Pun Masih Kuat Lagi!

AMALAN GAYA HIDUP SIHAT, BOLEH CUBA KAEDAH INI

AMALAN GAYA HIDUP SIHAT

Dapat info daripada adik bulan lepas “Ayah nazak dan telah hantar ke hospital. Pihak hospital menyarankan adik beradik untuk menjaga ayah di akhir usia di rumah.” 

Jadi saya mengambil keputusan untuk menjaga dan merawat ayah. Alhamdulillah, selepas sebulan kesihatan ayah semakin baik. Dahulunya jalan mengesot dan tak larat nak bergerak. Kini dah boleh jalan tegak. Selera baik, deria rasa bagus dan sistem pencernaan pun ok.

5 kaedah perubatan alternatif yang saya amalkan adalah:

1. Earthing: 1 jam aktiviti di kebun tanpa kasut.
2. Memorizing: 4 jam baca al-Quran (selang seli)
3. Diet seimbang: 2x soft diet / 1x fruit
4. Cakap-cakap: 1 jam ajak borak (selang seli)
5. Jalan-jalan: 1 jam jalan-jalan naik kereta

Sebenarnya kunci dia 1 sahaja iaitu enjoy dengan apa yang kita buat. Pagi hantar isteri pergi kerja dan nak pergi sekolah. Tengah hari hantar anak pergi sekolah, petang ambil semua.

Malam kalau larat masak, kalau tak larat isteri tolong masak. Kerja kita boleh susunkan sebab kerja sendiri fleksibel.

Terjemahan bahasa Melayu surah AlBaqarah ayat 286: “Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kemampuannya.” 

Peganglah ayat ini, untuk kita terus semangat memikul amanah. Hadapi dengan senyuman, insyaAllah kita boleh.

Semoga bermanfaat!

Baca juga: Tanpa Sedar Rupanya Ini Makanan Boleh Jadi PUNCA Kanser Payudara, Takutnya!

Sumber: Facebook Albark Yunus Bat

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×