Famili

5 Koleksi Petua Kesihatan Dapat Dari Dinding Rumah Ustaz, Cara Nak Dapatkan Zuriat Pun Ada!

28
SHARES
petua sihat

Selain dari menggunakan ubat-ubatan secara medikal untuk mengekalkan tahap kesihatan yang bagus, terdapat juga petua menggunakan bahan-bahan natural. Malah, petua sihat ini juga dikatakan lebih ‘menjadi’ jika datang dari seorang pengamal perubatan tradisional Islam atau ustaz.

Jadi, berikut merupakan perkongsian petua kesihatan yang dapat dari dinding rumah seorang ustaz dan boleh diamalkan semua. Jom kita cuba!

Baca juga: 7 Nasihat Pernikahan Dari Ustaz Abdul Somad, Lahirkan Rumah Tangga Penuh Masam Masam Manis!

KOLEKSI PETUA SIHAT DARI USTAZ, BOLEH CUBA!

petua sihat

Foto: Freepik

1.PETUA HILANGKAN CIRIT BIRIT

-Goreng beras tanpa minyak hingga kekuningan.
-Beras berkenaan dimasukkan air secawan, dimasak selama 15 minit.
-Kemudian minum air tersebut.

2.PETUA NAK DAPATKAN ANAK

Bahan-bahan: Kurma, susu kambing

Hari pertama: Ambil segenggam kurma dan kisarkan bersama susu kambing
Hari kedua hingga setahun: Amalkan makan 7 biji kurma dan minum susu kambing setiap hari.

3.PETUA BILA ADA MASALAH GOUT

Bahan-bahan: 1 biji nanas yang masak, lobak putih 250g, 3 biji buah keras.

Cara-caranya: Kisarkan semua nanas, lobak putih dan tumbuk dulu buah keras sebelum masukkan dalam pengisar.
:Campurkan dengan air kosong dan selawat ke atas Nabi Muhammad SAW sebelum minum.

4.PETUA TENANG HATI

-Banyakkan berselawat dan beristighfar
-Baca surah Yasin setiap hari.
-Banyakkan sebut ‘La ila halilla hil azim’

5.PETUA HILANGKAN BATUK

Bahan-bahan: Limau nipis dan kapur sirih

Cara-caranya: Bakar kulit limau nipis hingga hangus
:Perah limau yang dibakar
:Air perahan limau dicampur dengan sedikit kapur
:Sapu bahagian dada dan belakang dan amalkan untuk bayi dan orang tua

petua sihat

Foto: Freepik

*Dah lebih 92ribu perkongsian di laman Facebook mengenai petua ini dan ramai ‘approved’!

Baca juga: Wanita Maut Alami Pendarahan Selepas Bersalin Sebab Doktor Pakar Pergi ‘Minum’, Pusat Bersalin Kena Bayar RM6 Juta!

Sumber: Barang best via Jamilah Jelani

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×