Sihat

Tanpa Sedar Rupanya Ini Makanan Boleh Jadi PUNCA Kanser Payudara, Takutnya!

5
SHARES
KANSER PAYUDARA

Kanser payudara sering berlaku dalam kalangan wanita. Antara puncanya adalah tidak menjaga pemakanan dan tidak mengamalkan gaya hidup sihat.

Terdapat beberapa makanan perlu dielakkan kerana ia boleh meningkatkan kanser payudara. Nampak macam tak ada apa tetapi bahaya sebenarnya.

Baca juga: Khasiat Kunyit Hitam Untuk Kesihatan Wanita & Lelaki, No 3 Paling Tak Sangka!

MAKANAN PUNCA KANSER PAYUDARA, KENA ELAKKAN

KANSER PAYUDARA

1. Daging merah

Kajian mendapati daging merah boleh meningkatkan risiko kanser payudara terutamanya bila dimasak menggunakan suhu yang tinggi.

Ketika daging merah dimasak, ia akan melepaskan toksin dan toksin tersebut akan menyebabkan kanser. Selain itu, daging proses yang mengandungi lemak, garam dan bahan pengawet tinggi juga perlu dielakkan.

2. Lemak trans/tepu

Lemak trans adalah sejenis lemak tepu yang boleh mengundang bahaya kepada kesihatan. Pengambilan makanan yang mengandungi lemak trans adalah tidak elok kerana boleh meningkatkan risiko kanser payudara.

Wanita yang mempunyai tahap lemak trans tinggi dalam darah, mereka berisiko 2 kali lebih tinggi untuk mendapatkan kanser payudara berbanding wanita yang mempunyai tahap lemak trans lebih rendah.

Bukan sahaja kanser payudara, masih terdapat pelbagai risiko penyakit lain sekiranya suka makan makanan mengandungi lemak trans dan lemak tepu.

Lemak trans biasanya terdapat dalam makanan yang diproses dan segera. Contoh makanan yang mengandungi lemak trans termasuk:

  • Makanan bergoreng
  • Makanan segera
  • Pizza
  • Donut

Tak salah nak makan tapi perlu berjaga-jaga ya.

3. Makanan tinggi gula

Antara makanan penyebab kanser payudara adalah makanan tinggi gula. Ini akan meningkatkan keradangan dan pertumbuhan sel kanser semakin cepat.

4. Makanan tidak organik

Bahan-bahan yang digunakan dalam sumber makanan boleh memberi kesan kepada tubuh badan. Walaupun nampak seperti tidak mendatangkan bahaya namun ia boleh menyebabkan kanser.

Jadi, pastikan anda memilih makanan organik untuk mencegah sistem endokrin terganggu. Ini boleh mengakibatkan kanser payudara berlaku.

5. Minuman alkohol

Elakkan pengambilan alkohol secara berlebihan kerana boleh meningkatkan risiko kanser payudara.

6. Pilih karbohidrat bersesuaian

Walaupun karbohidrat memberi manfaat kepada tubuh badan namun pastikan anda memilih karbohidrat lebih sihat untuk mengelakkan risiko kanser payudara.

Gantikan roti gandum putih kepada roti bijirin penuh dan pilih sayur-sayuran tinggi nutrien.

MAKANAN DIGALAKKAN UNTUK MAKAN

Antara makanan sesuai untuk mencegah kanser payudara adalah:

  • Sayur hijau berdaun
  • Bunga kubis
  • Brokoli
  • Bawang putih
  • Bawang merah
  • Daun bawang
  • Buah-buahan citrus
  • Beri
  • Buah peach
  • Epal
  • Anggur
  • Buah pear
  • Ikan tinggi lemak
  • Kekacang
  • Rempah ratus

Semoga bermanfaat dan jaga kesihatan.

Baca juga: Doktor Kongsi Makanan Kena Elak Jika Ada Gout, Bukan Hanya Seafood & Daging Sahaja

Sumber: Healthline

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×