Sihat

Khasiat Kunyit Hitam Untuk Kesihatan Wanita & Lelaki, No 3 Paling Tak Sangka!

24
SHARES
KHASIAT KUNYIT HITAM

Tidak ramai mengetahui khasiat kunyit hitam untuk kesihatan kerana tiada pendedahan tentang perkara tersebut. Kunyit hitam atau nama saintifiknya Curcuma Caesia merupakan herba popular digunakan untuk kesihatan wanita dan lelaki.

Baca artikel ini sehingga habis untuk mengetahui khasiat kunyit hitam. Rugi kalau tak pernah cuba!

Baca juga: Hati-Hati Jika Kerap Ambil 5 Makanan Ini, Jadi Punca Buah Pinggang Rosak!

KHASIAT KUNYIT HITAM UNTUK KESIHATAN, BAGUS!

KHASIAT KUNYIT HITAM

Antara khasiat kunyit hitam adalah:

1. Merawat kulit gatal

Kunyit hitam boleh membantu merawat kulit gatal. Ini kerana ramuan dalam tumbuhan itu boleh memberikan sifat anti-radang.

2. Menurunkan berat badan

Manfaat lain kunyit hitam adalah boleh membantu menurunkan berat badan. Kunyit mampu memecahkan lemak dalam makanan yang masuk ke dalam badan.

Selain itu, ia juga memberi manfaat kepada fungsi pencernaan untuk bertindak dengan lebih baik.

3. Mencegah kanser

Antara khasiat kunyit hitam yang lain adalah boleh membantu mencegah pertumbuhan sel kanser. Beberapa kajian telah membuktikan gabungan kunyit hitam dan kemoterapi mampu melawan sel kanser. Oleh itu, seseorang yang menghidap kanser dinasihatkan untuk mengambil tumbuhan herba ini.

4. Mengurangkan kesakitan

Kesakitan akibat ruam, sakit gigi dan lain-lain boleh dikurangakan dengan memakan kunyit hitam. Namun, untuk mengatasi masalah di atas, pengambilan kunyit hitam mestilah mengikut sukatan yang betul. Jika berlebihan akan ada kesan sampingan.

5. Merawat penyakit paru-paru

Khasiat kunyit hitam yang lain adalah mampu merawat penyakit paru-paru. Penyakit paru-paru seperti asma, bronkitis dan radang paru-paru. Pengambilan kunyit hitam juga membantu sel imun badan meningkat.

6. Cegah pertumbuhan kulat

Sekiranya ada pertumbuhan kulat di kulit dan kuku, anda boleh cuba menggunakan minyak kulit hitam untuk menghentikan pertumbuhan supaya tiada sebarang jangkitan.

7. Kawal muntah dan mual

Bau aromatik kunyit hitam mampu mengawal muntah dan mual. Kajian mendapati kunyit hitam mendapat peratusan tertinggi dalam mencegah masalah tersebut.

8. Menguatkan fungsi otak

Kajian mendapati kunyit hitam mampu meningkatkan memori seseorang. Penyakit seperti parkinson, alzheimer dan lain-lain dapat dicegah dengan menggunakan kunyit hitam.

Jadi, boleh tambahkan kunyit hitam dalam kehidupan seharian untuk mendapatkan kesihatan yang optimum.

Semoga bermanfaat!

Baca juga: Minum Air Tenaga Homemade Ini Kalau Ibu-Ibu Kerap Sakit & Lenguh Badan, Memang Lega!

Sumber: Halodoc & Kelab Mama 

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×