Dapur

Tak Sangka KUNYIT HITAM Spesis ‘Rare’ Ini Kaya Dengan 11 Khasiat Untuk Tubuh!

22
SHARES
kebaikan kunyit hitam

Kunyit hitam merupakan tumbuhan yang sangat sukar didapati, selain mempunyai bau menyengat dan rasa pahit. Maka, tidak hairan kebaikan kunyit hitam yang terkandung dapat merawat pelbagai masalah kesihatan dan kecantikan.

Justeru itu, ikuti 11 perkongsian kebaikan kunyit hitam seperti dipetik dari laman Story Motherhood.

Baca juga: Selain Ubat, Ada 5 Jenis Air Rebusan Untuk Rawat Sakit Pinggang Di Rumah!

KEBAIKAN KUNYIT HITAM

kebaikan kunyit hitam

Gambar: SoiledProduct

1. Antioksidan

Kandungan cucumin di dalam kunyit hitam sangat berguna bagi meneutralkan radikal bebas dalam badan.

2. Merawat gout

Hasil kajian MARDI mendapati kunyit hitam yang telah diproses dapat mengeluarkan asid urik secara berkesan. Selain itu, ia dapat membantu menghalang keradangan dan mencegah asid urik dari berkumpul dalam badan.

Baca juga: 5 Khasiat Ulam Raja Ternyata Bagus Untuk Penyakit 3 Serangkai, Luar Biasa!

3. Atasi masalah berat badan

Khasiat kunyit hitam yang lain ialah ia dipercayai mengatasi masalah berat badan. Di mana, kunyit hitam membantu dalam proses memecahkan lemak dalam badan dengan cara mencampurkannya sedikit ke dalam makanan.

4. Masalah kulit

Kalau nak tahu, kebanyakan produk di pasaran menggunakan kunyit hitam sebagai bahan asas. Ia berfungsi untuk mengatasi masalah kulit gatal, kulit berminyak, pigmentasi dan mengurangkan kedutan.

5. Melancarkan haid

Pengambilan kunyit hitam dapat membantu mengatasi beberapa masalah kepada wanita yang sedang haid seperti:

  • Menstabilkan semula kitaran haid
  • Mendapat haid yang normal
  • Mencegah warna haid yang tidak normal
  • Masalah perut kembung

Baca juga: Ramai Kata Daging Ayam Kampung Lebih Sedap, Ini 11 Khasiatnya Perlu Tahu!

6. Mencegah risiko kanser

Seterusnya, kandungan anti-karsinogenik dalam kunyit hitam menjadikan ia sebagai agen anti-kanser. Kajian mengesahkan bahawa curcumin dalam kunyit  bertindak mematikan sel barah bagi menghalang ia terus berkembang.

Malah, tidak menyebabkan kesan sampingan pada tubuh.

7. Meningkatkan keinginan seksual

Sekiranya lelaki mengambil kunyit hitam setiap hari, ia dapat membantu merangsang keinginan seksualnya.

8. Wajah kelihatan lebih muda

Sifat anti-penuaan yang tinggi dalam kunyit hitam membantu:

  • Menanggalkan sel-sel mati
  • Merawat parut
  • Memelihara kedutan dan bintik hitam
  • Meremajakan wajah dari usia sebenar

Baca juga: 6 Jenis Minuman PUNCA Sakit Kepala, Jus Buah & Susu Termasuk Sekali!

9. Memelihara kesihatan jantung

Sifat anti-radang dan antipasmodik yang terkandung dalam kunyit hitam dapat membantu merendahkan risiko masalah jantung.

10. Menambah tenaga

Terdapat atlet sukan mengambil suplimen berasakan kunyit hitam sebagai alternatif bagi mengekalkan kecergasan tubuh mereka semasa bersukan. Di mana, mengambil kurang 500 mg kunyit hitam sehari dapat membantu tubuh mendapat booster semula jadi.

11. Ubat tahan sakit

Pengambilan kunyit hitam dalam jumlah yang betul dan berdasarkan beberapa jenis penyakit dipercayai bertindak sebagai ubat tahan sakit yang berkesan. Antaranya adalah penyakit:

  • Osteoartritis
  • Sakit gigi
  • Sakit perut
  • Ruam

Baca juga: Resepi PATI LEMON MADU Bantu Reda Batuk Tak Henti & Gatal Tekak, Barulah Lega!

Sumber: Story Motherhood

FT Image: NurseryNisarga

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×