Dapur

Selain Ubat, Ada 5 Jenis Air Rebusan Untuk Rawat Sakit Pinggang Di Rumah!

52
SHARES
rawatan sakit pinggang

Sakit pinggang sudah tentu boleh mengganggu produktiviti harian. Selain ubat-ubatan, air rebusan juga dikatakan salah satu kaedah rawatan sakit pinggang. Nak tahu 5 jenis air rebusan ini dengan lebih lanjut? Mari baca hingga ke bawah!

Baca juga: 5 Khasiat Ulam Raja Ternyata Bagus Untuk Penyakit 3 Serangkai, Luar Biasa!

RAWATAN SAKIT PINGGANG

Sakit pinggang adalah sakit yang berasal dari bahagian pinggang iaitu di kawasan tulang rusuk paling bawah hingga tulang pinggang. Sakit pinggang boleh disebabkan oleh terlalu lama duduk, terlalu banyak membongkok atau masalah saraf dan tulang.

Ia boleh berlaku kepada sesiapa sahaja, terutamanya seseorang yang berusia 30-50 tahun. Ini disebabkan oleh perubahan badan seiring bertambahnya usia. Selain itu, terdapat banyak faktor yang boleh menyebabkan sakit pinggang dan kesakitan yang terhasil adalah berbeza-beza.

Selain ubat-ubatan, sakit pinggang boleh diatasi dengan air rebusan semula jadi yang boleh dibuat sendiri di rumah. Sebelum itu, ada baiknya untuk anda berunding dengan doktor terlebih dahulu sebelum mengambilnya.

Baca juga: Ramai Kata Daging Ayam Kampung Lebih Sedap, Ini 11 Khasiatnya Perlu Tahu!

1. Daun sirih

Daun sirih mengandungi protein, iodin, natrium, vitamin A, vitamin B1, vitamin B2, asid nikotinat, flavonoid, fenol, tanin, saponin, polifenol dan minyak penting.

Rawatan tradisional dengan sirih telah terbukti berkesan dan mampu menyembuhkan penyakit atau mengurangkan kesakitan terutama di bahagian pinggang.

2. Lengkuas

Air rebusan lengkuas boleh digunakan untuk merawat sakit pinggang, kerana ia mempunyai sifat anti-radang. Teh lengkuas boleh menjadi penyelesaian untuk sakit pinggang.

  1. Tambahkan sekeping kecil akar lengkuas yang dihancurkan ke dalam teh pilihan.
  2. Rebus bersama dalam air selama beberapa minit.
  3. Kemudian, tapis teh.
  4. Tambah gula atau madu.
  5. Minum teh ini pada waktu pagi dan petang untuk melegakan sakit pinggang dengan cepat.

3. Bawang merah

Bawang merah telah lama dipercayai dapat mengurangkan kesakitan dan menyembuhkan sakit pinggang. Di mana, ia mengandungi komponen aktif yang mempunyai banyak manfaat untuk kesihatan badan seperti flavonoid, glikosida, alkaloid, fenolik, steroid dan tanin.

  1. Sediakan akar bawang merah, halia merah dan kurma cina.
  2. Kemudian masukkan air secukupnya untuk direbus hingga air mendidih dan menjadi separuh.
  3. Selepas itu, minum air rebusan itu semasa masih suam untuk melegakan sakit pinggang.

Baca juga: 5 Resipi Makanan Kucing Homemade Kaya Nutrisi Penting, Barulah Gebu Gebas Bulunya!

4. Daun binahong

Profesor Pusat Pengajian Farmasi Institut Teknologi Bandung (ITB), Elin Yulinah berkata, binahong mempunyai khasiat yang sangat pelbagai dalam merawat pelbagai penyakit.

Ini telah dibuktikan melalui beberapa ujian di Makmal Farmakologi-Toksikologi, Pusat Pengajian Farmasi ITB.

Beliau berkata, pengambilan binahong boleh dilakukan dengan merebus pokok dan meminum air rebusannya secara terus. Tumbuhan binahong mempunyai khasiat untuk merawat kegagalan buah pinggang, gout dan menyembuhkan luka.

5. Kunyit

Kunyit telah digunakan dalam perubatan tradisional selama berabad-abad. Sebatian bioaktif utama kunyit yang dipanggil curcumin mungkin mempunyai sifat anti-radang. Memetik PharmEasy, sebatian ini berguna untuk mengurangkan kesakitan dalam badan.

  1. Campurkan beberapa bahan seperti kunyit, akar halia dan pokok janggut yang telah dibersihkan terlebih dahulu dalam kuali.
  2. Lalu rebus hingga mendidih, kemudian biarkan sehingga air suam.
  3. Selepas itu, tapis airnya.
  4. Kemudian ramuan itu diminum secara teratur setiap pagi dan petang.

Baca juga: 6 Jenis Minuman PUNCA Sakit Kepala, Jus Buah & Susu Termasuk Sekali!

Sumber: CNN Indonesia

FT Image: hotwaterbags

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×