Dapur

9 Makanan Terbaik Untuk Buah Pinggang, Termasuk Lada Benggala Merah!

31
SHARES
makanan untuk buah pinggang

Pemakanan dan gaya hidup boleh menjadi punca utama kepada sakit buah pinggang. Justeru itu, penting untuk memastikan apa yang dimakan tidak memudaratkan kesihatan buah pinggang anda. Berikut merupakan beberapa contoh makanan untuk buah pinggang yang terbaik boleh diambil.

Baca juga: 7 Makanan Sihat Boleh Bantu Atasi Sakit Kepala, No.3 ‘Berkafein’ Paling Tak Sangka!

MAKANAN UNTUK BUAH PINGGANG

makanan untuk buah pinggang

Gambar: gpointstudio

1. Avokado

Avokado merupakan makanan untuk buah pinggang yang mempunyai sumber lemak menyihatkan jantung, vitamin dan mineral penting. Sebiji avokado mengandungi lebih kurang 690 mg kalium.

2. Ikan berlemak

Selain itu, makanan baik untuk buah pinggang ialah ikan berlemak. Di mana, ikan adalah sumber yang kaya dengan protein dan asid lemak tak tepu.

Dua sumber tersebut berfungsi sebagai perisai pelindung untuk buah pinggang dan melindunginya daripada sebarang kerosakan.

3. Biji labu

Siapa sangka biji labu juga adalah makanan untuk buah pinggang. Biji labu kaya dengan serat, vitamin E, zink, protein, tembaga dan zat besi.

Di mana, mereka dapat mengurangkan risiko batu karang pundi kencing dan melindungi buah pinggang daripada sebarang kerosakan luaran.

Baca juga: Hilang Nafsu Untuk ‘Bersama’ Pasangan? Ambil 6 Buah Ini Untuk Hubungan Kembali Hangat!

4. Lada benggala merah

Menariknya, lada benggala merah kaya dengan vitamin A dan C serta antioksidan lain tetapi rendah kalium. Nutrien ini penting untuk fungsi imun iaitu berkait rapat dengan penyakit buah pinggang.

Satu lada merah sederhana (100g) mengandungi:

  • natrium: kurang daripada 2.5 mg
  • kalium: 213 mg
  • fosforus: 27 mg
  • protein: 1 g

5. Putih telur

Putih telur adalah pilihan yang lebih baik daripada kuning telur untuk orang yang menjalani diet buah pinggang kerana ia rendah fosforus. Manakala, kuning telur tinggi dengan fosforus.

Dua putih telur mentah yang besar (66 g) mengandungi:

  • natrium: 110 mg
  • kalium: 108 mg
  • fosforus: 10 mg
  • protein: 7 g

6. Bawang putih

Bawang putih merupakan sumber mangan dan vitamin B6 yang baik. Ia juga mengandungi sebatian sulfur dengan sifat anti-radang.

Tiga ulas (9 g) bawang putih mengandungi:

  • natrium: 1.5 mg
  • kalium: 36 mg
  • fosforus: 14 mg
  • protein: 0.5 g

Baca juga: 7 Jenis Makanan & Minuman Tak Boleh Makan Sekali Dengan Durian, Undang Mudarat!

7. Air kosong

Mengehadkan pengambilan cecair jika menghidap penyakit buah pinggang adalah perlu. Namun, hakikatnya air itu sendiri membantu buah pinggang mengeluarkan bahan buangan daripada darah dan membantu memastikan saluran darah terbuka supaya darah sampai ke buah pinggang anda.

Jika ia kering, sistem penghantaran ini lebih sukar untuk berfungsi malah boleh menyebabkan lebih banyak kerosakan buah pinggang. Ia juga mengurangkan peluang anda mendapat batu karang atau jangkitan saluran kencing, kedua-duanya boleh membahayakan buah pinggang

8. Ceri

Seterusnya, buah ceri adalah sumber yang kaya dengan fitokimia yang membantu melindungi jantung dan buah pinggang. Menurut pakar, pengambilan ceri secara berkala membantu mengurangkan keradangan, terutamanya buah pinggang.

9. Bawang besar

Bawang adalah salah satu cara untuk menyediakan rasa bebas natrium kepada hidangan diet buah pinggang. Menumis bawang dengan bawang putih, minyak zaitun dan herba boleh menambah rasa pada hidangan tanpa menjejaskan kesihatan buah pinggang.

Bawang mengandungi vitamin C, mangan, dan vitamin B, termasuk folat. Ia juga mengandungi gentian prebiotik yang membantu memastikan sistem pencernaan lancar.

Satu bawang kecil (70 g) mengandungi:

  • natrium: 3 mg
  • kalium: 102 mg
  • fosforus: 20 mg
  • protein: 0.8 g

Baca juga: 9 Khasiat Labu Kuning Yang Luar Biasa, Terutama Pada Wanita Hamil!

Sumber: eCentral

FT Image: pvproductions

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×