Dapur

9 Khasiat Labu Kuning Yang Luar Biasa, Terutama Pada Wanita Hamil!

12
SHARES
khasiat labu kuning

Labu kuning bukan sahaja enak dimasak, tetapi ia juga memiliki pelbagai manfaat pada kesihatan. Antara khasiat labu kuning ialah mengandungi asid folik yang baik dimakan semasa hamil bagi mencegah kecacatan bayi sejak lahir.

Maka, tidak hairan juga labu kuning sering digunakan sebagai makanan pelengkap susu ibu. Malah, rasanya yang lazat membuatkan ia diproses dengan pelbagai cara seperti dikukus, dijadikan campuran kek, pengat dan lauk-pauk. Jadi, mari lihat khasiat labu kuning yang lain supaya boleh dimanfaatkan.

Baca juga: Ibu Kongsi 10 Menu Sumber Karbohidrat Berbeza, Tarik Selera Anak Tak Suka Makan Nasi!

KHASIAT LABU KUNING

khasiat labu kuning

Gambar: medium

1. Banyak kandungan nutrisi

Memetik dari Food Data Central U.S. Department of Agriculture (USDA), dalam 100 gram kandungan nutrisi labu kuning terdiri daripada:

  • Tenaga: 35 kalori
  • Protein: 1.18 gram
  • Karbohidrat: 8.24 gram
  • Serat: 1.2 gram
  • Gula: 3.53 gram
  • Kalsium: 24 mg
  • Kalium: 412 mg
  • Vitamin C: 10,6 mg
  • Selain khasiat di atas, terdapat beberapa vitamin dan mineral lain yang terkandung dalam labu. Berkat kandungan labu kuning, sayur ini dapat memenuhi keperluan nutrisi harian.

2. Menurunkan risiko kanser

Apabila anda makan labu kuning, beta-karoten atau fitokimia dalam buah tersebut akan diubah menjadi vitamin A. Kandungan ini boleh membantu mencegah perkembangan beberapa jenis kanser, menurut Dr. Muhammad Anwar Irzan.

Dipetik daripada Maturitas, makanan yang kaya dengan fitokimia telah dikaitkan dengan pengurangan risiko kanser, termasuk kanser payudara dan prostat.

3. Menyihatkan mata

Sememangnya, tubuh memerlukan vitamin A untuk menyokong kesihatan mata. Mengambil labu kuning yang kaya dengan vitamin A, adalah pilihan terbaik bagi seseorang yang berisiko mengalami degenerasi makula yang berkaitan dengan usia.

Malah, labu kuning juga kaya dengan vitamin C. Apabila seseorang mendapat vitamin C daripada makanan, ini boleh mengurangkan risiko terkena katarak.

Baca juga: Jus Kunyit Resepi Turun-Temurun, Rahsia Penjagaan Dalaman Wanita Zaman Dulu!

4. Mencegah GERD

Khasiat labu kuning untuk perut juga boleh membantu mencegah refluks asid atau GERD kerana mengandungi serat. Serat yang tidak larut dalam labu boleh mempercepatkan kadar makanan dari perut ke usus dan sekali gus, mengurangkan kejadian GERD.

5. Indeks glisemik rendah

Khasiat labu sangat bagus untuk penghidap diabetes. Hal ini kerana, labu kuning mempunyai kalori dan indeks glikemik yang rendah, jadi membantu mengekalkan paras gula dalam darah daripada melonjak.

6. Menurunkan berat badan

Biarpun kalori labu cenderung rendah, makanan ini kaya dengan nutrien. Oleh itu, ramai orang manfaatkan labu kuning untuk menurunkan berat badan. Kandungan serat dalam buah-buahan ini boleh membuatkan berasa kenyang lebih lama, seterusnya menghalang peningkatan selera makan.

Baca juga: Air Nabeez Minuman Kegemaran Rasulullah Kaya Khasiatnya & Ada Resepi Juga!

7. Meningkatkan kesihatan kulit

Kandungan antioksidan seperti beta-karoten dan lutein dalam labu kuning juga terbukti bermanfaat untuk kesihatan kulit. Ini kerana antioksidan berperanan dalam mencegah pengoksidaan dan keradangan sel kulit.

Ia sudah tentu boleh melindungi kulit daripada kerosakan, tanda-tanda penuaan dan pertumbuhan kanser kulit.

8. Mencegah kecacatan tiub neural

Spina Bifida (dalam bahasa Latin bermaksud tulang belakang terbelah), adalah salah satu kecacatan sejak lahir dikenali sebagai kecacatan di tiub neural.

Labu kuning mengandungi asid folik yang baik untuk dimakan semasa hamil. Folat adalah nutrien yang terlibat dalam pembahagian sel dan sintesis DNA.

Ini boleh membantu mencegah kecacatan tiub saraf pada bayi yang baru lahir. Oleh itu, adalah disyorkan untuk mengambil labu untuk wanita hamil.

9. Sumber vitamin C

Pengambilan vitamin C yang mencukupi terbukti dapat meningkatkan pengeluaran sel darah putih. Ia boleh membantu sel-sel imun berfungsi dengan lebih berkesan.

Di mana, labu kuning mengandungi banyak vitamin C, yang membantu mengekalkan imuniti dan kesihatan badan.

Baca juga: Resepi 7 Air ‘Ajaib’ Buang Toksin Dalam Tubuh, Guna Bahan Natural Je Kesan Luar Biasa!

Sumber: Klik Dokter

FT Image: apichart609

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×