Dapur

Selalu Ada Dalam Spageti, Rupanya Daun Lemuju (Oregano) Boleh Jadi Ubat Batuk!

8
SHARES
daun lemuju (oregano)

Daun Lemuju (Oregano) banyak digunakan dalam masakan orang Eropah seperti hidangan spageti. Namun, siapa sangka daun herba ini banyak kegunaan dan khasiatnya.

Sudah ramai menggunakan daun lemuju ini sebagai ubat batuk, merawat eczema dan masalah kesihatan lain. Kalau nak tahu lagi, di Malaysia daun lemuju juga dikenali sebagai daun bangun-bangun. Nak tahu cara penyediaan daun lemuju sebagai ubat batuk? Teruskan pembacaan anda hingga tamat!

Baca juga: Petua Turunkan Tekanan DARAH TINGGI, Hanya Guna Epal Hijau Je Sangat Mudah Resipinya!

DAUN LEMUJU (OREGANO)

daun lemuju (oregano)

Coleus Amboinicus. Pernah dengar? Tumbuhan herba ini sebenarnya ada banyak nama.

Dalam English Indian Borage, Mexican Mint, Cuban Oregano, French Thyme, Spanish Thyme and much more. Banyak sungguh nama negara yang dia claim.

Tapi dalam bahasa Melayu ada satu saja nama yang paling dikenali, Daun Lemuju. Pernah dengar kan? Rasanya ramai yang pernah tengok, tanam atau guna.

Daun Lemuju ini adalah sejenis tumbuhan herba, perennial dan juga dianggap sebagai semi-succulent. Ia dikategorikan sebagai semi-succulent kerana walaupun tumbuhan ini berisi, tebal dan menyimpan air tetapi ianya tidak tolerance dengan cuaca yang terlalu panas dan kering.

Sejenis herba yang mudah ditanam

Herba ini sangat-sangat mudah ditanam. Cucuk saja hidup la dia, memang mudah dan itulah sebabnya herba ini biasa ditanam di banyak rumah.

Walaupun ianya ada mengeluarkan bunga dan biji benih, namun ianya mengambil masa yang lama untuk berbunga. Jadi tanam secara cucuk-cucuk adalah pilihan yang paling mudah.

Baca juga: Tak Sangka Minuman Barli Campuran Lemon Boleh Atasi KOLESTEROL, Petua Melayu Lama!

KHASIAT DAUN HERBA LEMUJU

daun lemuju (oregano)

Ok! Sekarang kita dah tahu cara tanaman, mari kita lihat pula cara penggunaan serta khasiatnya.

Bahagian yang biasanya digunakan dari herba ini ialah daunnya. Jika dipetik daunnya, first thing you’ll notice is the smell. Orang putih say it’s like oregano, but to me it’s like mint but very much stronger.

1. Penawar batuk, selsema dan masalah pernafasan

Kami sekeluarga memang selalu menggunakannya sebagai ubat batuk, selsema dan masalah pernafasan. Caranya ialah:

  1. Rendamkan 4-5 helai daun di dalam secawan air panas yang baru mendidih.
  2. Minum ketika suam.

Ianya diibaratkan seperti meminum ubat batuk. Rasa sejuk, berangin dan selesa dikeseluruhan tekak anda. Biasanya, minum 2-3 kali sudah mencukupi untuk melegakan batuk.

2. Merawat masalah kulit

Lemuju ini juga sangat baik untuk masalah berkaitan kulit seperti gigitan serangga, bisa sengat, eczema dan psoriasis. Cara kami gunakannya ialah:

  1. Ramas-ramas hingga hancur.
  2. Letakkan di kawasan kulit yang terlibat.

3. Menurunkan demam kanak-kanak

Menurunkan demam kanak-kanak dengan cara letakkan daun yang dihancurkan di tengkuk, dahi dan badan.

4. Melawaskan kencing

Membantu melawaskan kencing serta mengeluarkan garam dan air yang berlebihan. Ini amat penting untuk kesihatan kidneys and lymphatic system.

Baca juga: Ini 4 Petua Rawat Keracunan Makanan Cara Orang Lama, Ikhtiar Awal Sebelum Jumpa Doktor!

Apart from the above, I’ve also found out the following:

  1. It is high in omega 6 (tinggi omega 6).
  2. Mengandungi vitamin A Dan C.
  3. Sebagai aromatherapy untuk mengurangkan stress and anxiety.

Inilah dia, khasiat daun lemuju atau juga lebih dikenali sebagai Indian Borage atau berpuluh-puluh nama lain. Senang nak tanam tetapi sangat-sangat berkhasiat. Sepatutnya setiap rumah kena ada sekurang-kurangnya sepokok. Tak payah nak beli ubat batuk dah!

Baca juga: Minuman Magik Bila Lemah BADAN Terus Jadi Segar, Guna Biji Selasih & 2 Bahan Penting Lain!

Sumber: Nazrul Azam via Kebun Bandar: Jom Tanam Sendiri

FT Image: google / benzoix

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×