Asuh

Jangan Panik! Ini Langkah Awal Ibu Bapa Boleh Buat Bila Anak Sawan Demam

13
SHARES
anak demam sawan

Ibu bapa mana yang tidak terkejut apabila melihat anak diserang demam sawan atau sawan demam sehinggakan tidak tahu apa perlu dibuat. Maka disebabkan itu, penulis kongsikan di bawah beberapa langkah awal yang boleh anda lakukan semasa anak demam sawan yang dikongsikan oleh MedTweetMY.

Paling penting, apabila anda berada dalam keadaan panik cepat-cepat tenangkan diri supaya situasi lebih terkawal dan anda dapat membuat tindakan selanjutnya dengan baik.

Baca juga: Demam Anak Cecah 39 Celcius Ibu Bapa Jangan Panik, Lakukan Cara Ini!

ANAK DEMAM SAWAN

anak demam sawan

Gambar: jcomp

LANGKAH AWAL HARUS DILAKUKAN SEMASA ANAK SEDANG SAWAN

Bantuan rawatan kecemasan perlu diberikan kepada kanak-kanak yang sedang mengalami sawan. Berikut adalah langkah awal yang boleh dilakukan seperti di bawah:

  1. Sentiasa tenang dan jangan panik.
  2. Perhatikan anak semasa sawan seperti turutan peristiwa, pergerakan badan dan anggota, dan tempoh masa sawan.
  3. Elakkan kecederaan anak. Jangan alihkan, kecuali di tempat bahaya dan jauhkan dari benda berbahaya.
  4. Pusingkan anak ke kedudukan mengiring untuk mengelakkan tercekik dengan air liur atau muntah.
  5. Elakkan mengerumuni anak.
  6. Elakkan meletak barang di mulut ketika sawan contohnya sudu.

Baca juga: Panggil 10x Si Kecil Tak Menoleh Pun, Mak Ayah Kena Risau Ini Tanda Hilang Pendengaran!

anak demam sawan

Faktor risiko untuk demam sawan berulang

Faktor risiko seperti berikut juga penting untuk difahami kerana ia meningkatkan risiko demam sawan berulang berlaku kepada kanak-kanak.

  • Usia kurang 15 bulan semasa serangan sawan pertama
  • Berlaku sebaik sahaja demam atau ketika suhu badan normal
  • Sejarah kesihatan keluarga terdekat (ibu bapa dan adik-beradik) mendapat demam sawan
  • Sejarah kesihatan keluarga terdekat mendapat penyakit epilepsi (sawan babi)

Tanda dan gejala demam sawan

Selain dua perkara penting di atas, anda juga perlu mengetahui tanda dan gejala demam sawan supaya boleh mengambil langkah segera. Menurut MedTweetMY, demam sawan merupakan perkara lazim berlaku dan sebanyak 2% hingga 5% kanak-kanak mengalami sawan ini.

Di mana, ia biasa berlaku kepada kanak-kanak lingkungan usia 6 bulan hingga 6 tahun dan khususnya anak kecil yang baru bertatih. Diagnosa sawan ini hanya boleh dibuat selepas doktor mendapati tidak ada punca-punca lain yang menyebabkan sawan selain dari suhu badan yang tinggi (biasanya melebihi 38ºC).

Terdapat beberapa tanda dan gejala demam sawan seperti mata mungkin terbeliak ke atas dan sebagainya. Justeru itu, untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenainya, jangan lupa ikuti penerangan selanjutnya di dalam artikel di bawah.

Baca juga: Awasi Tanda Dan Gejala Demam Sawan Bila Tiba-Tiba Berlaku, Mata Mungkin Terbeliak Ke Atas!

Sumber: MedTweetMYHQ

FT Image: Freepik

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×