Asuh

Awasi Tanda Dan Gejala Demam Sawan Bila Tiba-Tiba Berlaku, Mata Mungkin Terbeliak Ke Atas!

31
SHARES
sawan demam

Demam sawan atau dipanggil juga sebagai sawan demam adalah situasi yang akan berlaku kepada anak-anak yang mempunyai bacaan suhu panas yang tinggi. Dua hingga lima peratus kanak-kanak boleh mengalami sawan ini dan ini adalah sawan yang agak lazim berlaku. Ia biasanya berlaku kepada kanak-kanak berumur 6 bulan hingga 6 tahun dan khususnya anak kecil yang baru bertatih.

Sudah pasti ramai dalam kalangan mak ayah yang risau apabila melihat pergerakan anak-anak menjadi tidak tentu dan panik. Sebagai langkah berjaga-jaga dan pendedahan awal, ini merupakan beberapa informasi mengenai demam sawan yang anda kena tahu.

Baca juga: Petua Hilangkan Batuk Berlarutan Dari Pakar Di Kala ‘Musim Demam’ Guna Buah Oren

Tanda dan gejala sawan demam

sawan demam

Diagnosa sawan ini hanya boleh dibuat selepas doktor mendapati tidak ada punca-punca lain yang menyebabkan sawan selain dari suhu badan yang tinggi (biasanya melebihi 38ºC). Berikut adalah tanda dan gejala yang harus diberikan perhatian.

-Anak akan tidak sedar diri atau tidak menunjukkan tindakbalas bila dipanggil.

-Kedua-dua kaki dan tangan kejang atau tersentak-sentak.

-Mata mungkin terbeliak ke atas.

-Kadang-kala kekejangan atau sentakan hanya berlaku pada sebahagian anggota badan sahaja, seperti satu tangan atau satu kaki.

-Sawan biasanya berhenti dengan sendiri selepas 2-3 minit atau kurang, dan jarang melebihi 10 minit. Bagaimanapun dalam kes di mana sawan melebihi 5 minit, kanak-kanak tersebut perlu di bawa ke klinik berdekatan secepat mungkin.

-Semasa sawan, kanak-kanak mungkin tercedera (akibat jatuh) atau mungkin tercekik makanan/air liur di dalam mulut.

-Kebanyakan kanak-kanak dengan sawan demam mengalami suhu badan tinggi melebihi 38.5oC.

-Kanak-kanak dengan sawan demam tidak semestinya mendapat epilepsi (epilepsi atau “sawan babi” adalah kejadian sawan yang berulang-ulang dan tidak dicetuskan oleh demam).

-Kebanyakan sawan demam berlaku pada hari pertama kanak-kanak demam.

Kesan jangka masa panjang sawan demam:

-Majoriti besar sawan demam adalah tidak membahayakan.

-Tidak ada bukti kukuh yang mengatakan bahawa sawan demam boleh menyebabkan kerosakan otak.

-Kajian perubatan mendapati kanak-kanak yang sawan demam memperolehi pencapaian yang normal di sekolah dan mempunyai tahap kecerdasan yang sama seperti adik-beradik lain yang tidak mengalami masalah sawan demam.

-Malah dalam kes-kes yang jarang berlaku di mana sawan berlarutan sangat lama melebihi satu jam, didapati kanak-kanak tersebut juga pulih sepenuhnya.

-Kira-kira 3% daripada kanak-kanak mengalami sawan demam akan mendapat epilepsi.

Ini termasuk kanak-kanak dengan:

-Sawan demam yang panjang, melibatkan satu bahagian badan sahaja atau berulang dalam masa 24 jam.

-Perkembangan yang lambat.

-Ahli keluarga lain yang mengidap epilepsi.

-Dalam kalangan kanak-kanak tanpa sebarang faktor seperti di atas, hanya 1% akan mengidap epilepsi selepas sawan demam (risiko yang sama seperti orang lain).

sawan demam

*Sudah pasti mak ayah akan risau apabila melihat keadaan anak ketika mengalami sawan ini. Mana tidaknya, situasi tersebut seperti anda sedang menonton filem seram The Conjuring! Jadi dapatkan rawatan segera dari pakar ya!

Sumber: Twitter @MedTweetMY

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×