PETUA HILANGKAN BATUK
Setiap kali demam, selalunya pasti akan datang ‘pakej’ bersama batuk dan selsema. Biasanya bila dah mula batuk, ada sesetengah orang akan jadi batuk berpanjangan yang susah nak hilang. Mula lah rasa tak selesa!
Oleh itu, seorang pengguna laman sosial Facebook ada berkongsikan satu petua dari pakar ubat China dan Taiwan iaitu jus untuk mengurangkan batuk yang berlarutan dengan hanya mengguakan bahan utama iaitu buah oren. Jom lihat cara-cara membuat jus oren asli bagi merawat batuk tersebut.
Baca juga: Doktor Kongsi Petua Hilangkan Batuk & Kahak Guna 2 Bahan, Tak Payah Minum Ubat Batuk!
PETUA HILANGKAN BATUK BERLARUTAN GUNA BUAH OREN
Ni dia saya nak share petua ni dari pakar pakar ubat China dan Taiwan. Jus ni untuk mengurangkan batuk yang berlarutan (persistence cough) terutamanya musim batuk sekarang. Sesuai untuk kanak kanak dan dewasa.
Cara memasak :
1.Potong bahagian atas dan bawah. Seperti gambar di bawah.
2.Add secubit garam di bahagian atas dan sapu rata. Kalau boleh cucuk dengan garfu atau chopsticks sebelum add garam supaya garam dapat meresap dengan cepat ke dalam oren tersebut.
3.Kukus selama 2 jam. (Masa nak kurangkan pun boleh tapi jus oren tak banyak)
4. Minum jus tersebut. Rasa ia sedikit masin dan pahit yaa.. kalau boleh makan isinya sekali.
5.Buat dan minum sampai batuk berhenti. Jus ni juga boleh mengurangkan kahak pada masa yang sama.
Effective atau tidak terpulang kepada individual. Sharing is Caring ..Selamat mencuba. Silakan share .. Stay home stay save.
Sumber: Jes Tham