Famili

Apa Itu Penyakit Lupus Yang Dialami Selena Gomez? Awasi Jika Anda Ada Tanda-Tanda Ini!

2
SHARES
apa itu penyakit lupus

Siapa yang tidak mengenali selebriti pop terkenal dunia iaitu Selena Gomez. Memulakan karier dalam bidang hiburan dari usia kanak-kanak, Selena merupakan antara idola remaja khususnya kanak-kanak perempuan kerana mempunyai wajah yang cantik. Namun, ramai yang terkejut apabila beliau disahkan menghidap penyakit lupus dan ramai tak tahu apa itu penyakit lupus atau SLE ini.

Ada juga video yang memaparkan kepala Selena Gomez yang kelihatan seperti terketar-ketar namun tidaklah seteruk penyakit Parkinson. Bukan itu sahaja, berat badannya juga kelihatan makin bertambah. Adakah semua ini akibat penyakit tersebut?

APA ITU PENYAKIT LUPUS DIALAMI SELENA GOMEZ?

apa itu penyakit lupus

Selena Gomez meraih perhatian baru baru ini kerana peningkatan berat badan dan menyebabkan rupa serta tubuhnya kelihatan berbeza. Sebagai selebriti popular antarabangsa beliau tidak terlepas dari body shamming dan kritikan netizen.

Hakikatnya, beliau merupakan seorang pejuang penyakit SLE atau Lupus dan bergantung kepada ubat ubatan untuk kekal sihat bagi mengelakkan komplikasi. Ubat ubatan yang terpaksa diambil termasuklah steroid yang menyebabkan berat badan meningkat dan lemak terkumpul di bahagian tertentu.

“Saya cuma nak beri semangat buat semua orang di luar sana yang rasa malu dengan apa juga (masalah) mereka hadapi, saya nak anda tahu bahawa awak cantik dan hebat. Memang ada hari-hari di mana kita rasa tak okay” kata beliau dalam kenyataan baru baru ini.

Pada 2017, beliau telah menjalani prosedur penerimaan organ buah pinggang dari rakan baiknya. Ia membuka mata dunia mengenai kepentingan pendermaan organ untuk menyelamatkan pesakit lain yang memerlukan.

Setiap yang berlaku ada hikmahnya, pengaruh beliau sedikit sebanyak diharap dapat memberi kesedaran kepada penyakit ini dan memberi aura positif kepada pejuang penyakit SLE di luar sana.

TANDA-TANDA PENYAKIT LUPUS

apa itu penyakit lupus

Sistemik lupus eritematosus (SLE), atau lupus, adalah penyakit kronik “autoimmune” di mana antibodi seseorang bertindakbalas dengan tisu badan seseorang pesakit itu sendiri.

Pesakit SLE hendaklah berusaha mengelakkan diri dari terkena sinaran cahaya matahari yang berlebihan. Ini kerana sinaran ultralembayung matahari akan menyebabkan terjadinya ruam pada kulit.

Ciri ciri lain bagi pesakit SLE adalah:

Demam, keletihan, dan penurunan berat badan

– Sakit dan bengkak sendi (arthritis) selama beberapa minggu

– Tompok-tompok merah menyerupai kaput-kupu di pipi dan hidung

– Tompok-tompok merah di kawasan kulit yang terdedah kepada sinaran matahari

– Ulser di mulut dan hidung berlarutan lebih sebulan

– Rambut gugur secara bertompok-tompok atau di sekeliling (hair line)

Masalah utama ialah kerosakan kepada buah pinggang dan sumsum tulang. Buat masa ini penyakit Lupus hanya boleh dikawal dan bukan disembuhkan sepenuhnya.

Lebih kurang 90% pengidap SLE adalah wanita sementara 10% adalah lelaki dan kanak-kanak. Di Malaysia, dianggarkan terdapat lebih 10 ribu pesakit SLE sejak 30 tahun lalu. Sokongan keluarga, rakan dan masyarakat sangat penting untuk memastikan pesakit SLE terus mendapat rawatan.

Sumber: Public Health

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×