Sihat

Anak Sakit Tekak & Tonsil, Perlu Atau Tak Jalani Pembedahan? Ini Jawapan Pakar

164
SHARES

Kanak-kanak memang sinonim dengan sakit tekak dan tonsil. Kalau anak demam, salah satu yang kita risaukan adalah bengkak tonsil. Menurut MyHealth, tonsil adalah gumpalan tisu limfoid (sub-epitelium) yang terletak di bahagian tekak (orofarinks). Selain sakit tekak dan sukar menelan, radang atau bengkak tonsil biasanya disertai dengan gejala demam panas yang agak lama berbanding biasa, sakit telinga, sembelit, sakit kepala, lemah tubuh, dan hilang selera makan.

Tapi, apakah perlu untuk anak-anak yang mengalami sakit tekak yang teruk dan mengakibatkan tonsil menjalani rawatan pembedahan? Ini jawapan pakar.

Baca juga: 7 Jenis Minuman Ini Bantu Untuk Turunkan Berat, Confirm Menjadi!

DOKTOR KONGSI CARA RAWAT ANAK SELALU DEMAM DAN SAKIT TONSIL

Ramai sebenarnya yang bertanya saya, bagaimana nak merawat anak mereka yang selalu sangat demam dan sakit tekak tonsil?
Sebenarnya, apabila anak anda mengadu mengalami sakit tekak, apa beberapa kemungkinan.

1. Acute Tonsillitis. Sakit ini disebabkan oleh jangkitan pada tonsil.

2. Acute pharyngitis. Ini biasanya tak semestinya disebabkan oleh tonsil. Kadang hanya jangkitan biasa pada tekak dan bukan spesifik pada tonsil. Masalah pada sinus dan hidung juga boleh menyebabkan sering sakit tekak.

Jadi, perlu kah anak anda lakukan pembedahan membuang tonsil?

Jawapannya ialah YA jika anak anda mengalami masalah pada tonsil seperti berikut :

1. Berulang kali demam dan sakit tekak disebabkan tonsil sekurang-kurangnya 7 kali dalam setahun.

2. Komplikasi tonsil yang mengakibatkan pengumpulan nanah di sekitar tonsil. Dipanggil peritonsillar abscess

3. Masalah tonsil sehingga menyebabkan pesakit kerap mengalami serangan sawan

4. Saiz tonsil terlalu besar sehingga pesakit sangat sukar bernafas.

5. Saiz tonsil besar sebelah sahaja. Di sini kami perlu buang tonsil untuk dihantar ke makmal untuk memastikan ia bukan sejenis kanser.

6. Sesetengah kes, pembedahan tonsillectomy perlu dilakukan juga kepada pesakit yang sering mengalami gejala apnea dan OSA. Ini bergantung kepada hasil pemeriksaan doktor.

Semoga perkongsian kali ini memberi ilmu baru buat kalian.

Sumber: Dr Ezairy M.Sallih, Pakar Bedah Telinga, Hidung & Tekak

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×