Sihat

7 Jenis Minuman Ini Bantu Untuk Turunkan Berat, Confirm Menjadi!

165
SHARES
cara kurus

Sebut tentang kurus, sudah pasti ramai dalam kalangan kita yang telah mencuba pelbagai cara untuk menurunkan berat badan. Ada yang menjadi dan ada yang tidak. Kata orang, minuman yang kita minum sebenarnya menjadi faktor kepada penurunan badan seseorang itu dan kita perlu mengelakkan minuman manis. Tapi, bosan juga kalau asyik minum air kosong sahaja kan?

Jadi, ini antara 7 jenis minuman yang anda boleh minum bagi membantu anda kurus atau turunkan berat badan secara sihat. Yang mana satu kegemaran anda?

Baca juga: Makan Banyak Tapi Maintain Kurus, Rupanya Lemak Tengah ‘Sembunyi’!

7 JENIS MINUMAN BOLEH BANTU ANDA TURUNKAN BERAT

Seorang pengguna Tiktok bernama @sir.farrellj atau Sir Farrell telah berkongsi tujuh minuman sihat yang membantu seseorang mengurangkan berat badan. Menurut Sir Farrell, minuman yang kelima merupakan minuman yang ramai suka minum. Jom tengok apa tujuh minuman yang membantu seseorang mengurangkan berat badan.

1. Air kosong

Seperti sedia maklum, air kosong sememangnya air yang paling baik untuk mengurangkan berat badan. Air kosong ini tiada kalori sama ada minum dalam keadaan panas, sejuk ataupun suam. Zero kalori!

2. Air Teh Hijau

Air teh hijau yang kosong mengandungi antioksidan yang sangat tinggi untuk membantu seseorang meningkatkan metabolisma dan membakar lebih banyak kalori dalam badan.

3. Air Lemon

Air lemon tinggi dengan vitamin c yang membantu menambah perisa bagi seseorang yang sukar untuk minum air kosong. Khasiat air lemon adalah untuk membantu meningkatkan imuniti badan dan juga penyerapan zat besi dalam badan seseorang.

4. Air Kopi

Menurut kajian, minum 4 cawan air kopi kosong sehari akan membantu bakar lemak dalam badan seseorang sebanyak 4 peratus! Buat penggemar kopi, inilah masanya!

5. Teh hitam

Teh hitam sama sahaja seperti teh hijau, namun teh hitam lebih istimewa kerana ianya mempunyai bahan modafinil yang membantu seseorang mengurangkan rasa mengidam. Teh hitam juga meningkatkan bakteria baik dalam perut.

6. Air Kelapa

Hal ini dikatakan demikian kerana terdapat lima elektronik utama seperti sodium, potassium, calcium, magnesium serta fosforus yang memastikan badan seseorang itu kekal hidrat selepas bersukan.

7. Air protein

Membantu seseorang untuk kenyang dengan lebih cepat dalam tempoh yang lebih lama. Oleh itu, pilihlah protein yang mempunyai kadar gula yang lebih rendah.

Video penuh:

Sumber: TikTok @sir.farrellj

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×