Sihat

Makan Banyak Tapi Maintain Kurus, Rupanya Lemak Tengah ‘Sembunyi’!

122
SHARES

“Jealousnya makan banyak tapi tak gemuk!”

Mesti kita ada kawan-kawan yang badannya kelihatan kurus tapi mempunyai nafsu makan yang besar bukan? Makanlah apa pun masih berat tetap sama dan kekal langsing. Cemburu dibuatnya!

Namun, tahukah anda bahawa perkara ini sebenarnya tidak boleh dipandang remeh kerana tidak semestinya anda kurus, anda sihat. Hal ini kerana, badan anda mungkin sedang mengumpul lemak-lemak secara tersembunyi dan boleh mengundang risiko penyakit berbahaya!

Baca juga: Turun Hampir 10kg, Wanita Kongsi Koleksi Menu Diet & Perut Sentiasa Kenyang!

MAKAN BANYAK TAPI BADAN MAINTAIN KURUS

Anda pasti kenal mana mana individu yang makan dengan banyak, suka makanan segera dan minuman manis.. tetapi badan mereka sentiasa maintain kurus.

Tidak perlu cemburu kerana tubuh yang kurus itu, tidak semestinya SIHAT. Walaupun memiliki berat badan ideal, tanpa disedari, akibat pemakanan dan gaya hidup, lemak mereka tersembunyi bersama organ orang penting di abdomen. Situasi ini dikenali sebagai TOFI. “Thin Outside, Fat Inside”.

Hal ini, menjelaskan persoalan mengapa individu yang kurus turut menghidap penyakit penyakit metabolik seperti:

– Kencing Manis

– Darah Tinggi

– Tinggi Kolesterol

– Penyakit jantung dan strok

MUDAH LETIH DAN PUCAT

Jika anda perasan, individu TOFI ini tidak cergas, cepat penat dan kadang kala nampak pucat. Situasi stress dan kurang tidur menyebabkan paras kortisol meningkat dan seterusnya meningkatkan lagi pengumpulan lemak di organ.

TOFI sukar dikesan. Lemak tersembunyi itu hanya boleh dilihat menerusi ujian imbasan MRI atau ujian darah untuk mengesan paras kolesterol, gula dan fungsi organ. Lebih bahaya, akibat sentiasa langsing, mereka tidak mengawal pemakanan dan tidak menjaga kesihatan. Mereka juga tidak pergi menjalani ujian saringan kesihatan seperti orang lain.

Kesimpulannya, tubuh kurus tidak bermakna anda lolos dari risiko penyakit metabolik. Makanlah dengan kadar sederhana.. kurus bukan lesen untuk tidak menjaga kesihatan.

Sumber: Public Health

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×