Sihat

Turun Hampir 10Kg, Wanita Ini Kongsi Koleksi Menu Diet Sedap & Perut Sentiasa Kenyang!

1K
SHARES

“Orang nak diet ni katanya kena eat clean. Tapi mesti tak sedap makanan dia…”

Memang salah satu dilema yang akan dialami oleh orang yang nak diet adalah memikirkan makanan sedap yang perlu ditinggalkan. Kurang gula, kurang garam dan kurang segalanya adalah kriteria makanan yang perlu diambil oleh anda yang nak kurus dan sihat. Namun, berbeza pula dengan wanita ini apabila beliau berkongsikan koleksi menu diet yang anda masih boleh enjoy. Nampak sedap!

BERAT DARI 68KG JADI 57KG

Maaf para admin, just nak kongsikan menu diet yang kita amalkan. Sape kata orang diet kena tahan lapar. Kita enjoy-enjoy + chill-chill layan diet dari 68.9kg dah turun pi 57.6kg tapi belum capai target lagi la.

Btw, menu-menu kita idok lar “eat clean” sangat pon tapi kita lebih kepada control portion karbo + protein tapi lebihkan sayur/serat. Kiranya macam nak ajar diri sendiri ke arah “healthy food + lifestyle”. Tapi seriously perut kita tetap kenyang gituuu. Alhamdulilah.

KOLEKSI MENU SANDWICH

1. Sandwich dada ayam grill mix vege. Guna roti wholemeal Gardenia..roti tue kita grill jap atas non stick pan baru sedap time gigit.

2. Sandwich telur dadar mix vege + mayo. Roti wholemeal Gardenia tue Sis grill jap pastu telur dadar tue Sis campur bayam Brazil & goreng jap lam non stick pan pastue lipat bentuk tiga segi.

3. Sandwich telur mata kerbau tabur serbuk lada hitam. Macam biasa mix ngn extra sayur & time gigit memang bunyi keranggupan je.

4. Sandwich telur rebus mix vege tabur serbuk lada hitam. Kalau dapat telur kuning cair tue lagi “heaven”

KOLEKSI NASI PUN ADA!

Walaupun masih dalam proses diet, makanan ruji seperti nasi tidak akan ditinggalkan.

Sumber : Siti Hawa Mohd Zainuddin

Most Popular

To Top