Dapur

Inilah 15 Senarai Barang Makanan Untuk Anda Yang Nak Diet, Barulah Menjadi!

452
SHARES

Kenapalah diet aku tak pernah menjadi, silap pilih barang makanan ke?”

Sepanjang proses berdiet bukan sahaja kuantiti makanan yang perlu diambil berat namun jenis makanan yang anda makan pun sebenarnya amat penting. Jenis makanan dan kuantiti gula atau garam dalam makanan tersebut perlulah diberi perhatian lebih kerana ini mungkin penyebab kepada diet anda yang terganggu. Oleh itu, buat anda yang mahu mengamalkan diet yang sihat, ini adalah antara 15 barangan dapur yang wajib ada di rumah supaya impian nak kurus anda boleh tercapai dengan cepat!

15 BARANG MAKANAN WAJIB ADA DI DAPUR KALAU NAK DIET

1.BROKOLI

Ini antara sayur yang elok nutriennya. Sangat sesuai untuk diamalkan kepada yang sedang berdiet. Anda boleh cuba masak menu brokoli daging grilled.

2.UBI KELEDEK

Ubi keledek atau bahasa kampungnya adalah ubi stello. Sesuai dimakan ketika snacking. Jenis Jepun ni mahal sikit. Tapi sedap sangat.

3.SANTAN RENDAH LEMAK

Kalau rasa nak sangat makan makanan yang bersantan, boleh lah masak satu kali seminggu. Tapi pastikan guna santan yang rendah lemak ye. Barulah diet tak tension.

4.LEMON

Kalau ada promosi memang murah lemon ni. Macam-macam resepi yang kita boleh buat dengan lemon. Antaranya ialah ayam masak lemon. Lemon ini lebih baik disesuaikan dalam diet harian dan sangat baik digunakan.

4.BLUEBERRIES

Kecil yang bernilai. Selain sesuai untuk diet, nak cantikkan kulit blueberries antara buah terbaik untuk diamalkan.

5. GULA PERANG

Gula perang ini sangat sesuai untuk individu atau orang yang sedang mengamalkan diet. Gula putih mesti dijauhkan terus dalam diet okay. Barulah cepat berat badan turun.

6. STEVIA

Paling baik untuk menggantikan gula boleh guna stevia. Kosong kalori. Cuma mungkin ada yang rasa manisnya pelik. Terpulang kepada pilihan sendiri okay?

7. GARAM BUKIT

Ini dia cadangan atau garam yang paling penting bagi menggantikan garam biasa. Cuma pengambilannya juga hanya sekadar wujud rasa masin yang sedikit sahaja.

8. PEANUT BUTTER

Mungkin anda jarang jumpa atau agak sukar untuk cari jenama lain yang lagi rendah kalori. Macam Yogood, Steffis ke. Jadi perlu pandai-pandai sendiri kurangkan kuantiti. Dan jenis peanut butter yang berjenama ‘chunky’ ini sesuai dimakan ketika diet kerana rasanya yang sedap (boleh rasa kacang tu masa gigit).

9. EPAL HIJAU

Antara buah yang efektif untuk waktu snacking. Hindarkan buah yang terlalu manis seperti mangga masak kerana gula dalam buah agak tinggi.

10. SALAD

Wajib ada dan antara bahan terpenting juga untuk diet. Nak khasiat yang berlainan, pilih macam-macam jenis salad yang segar.

11. TELUR OMEGA

Gabungan yang terbaik dalam sarapan pagi anda.

12. CAPSICUM

Kunyah macam tu pun sedap dalam salad. Warna kuning paling banyak vitamin.

13. TOMATO CERI

Tomato ceri ini memang sedap dimakan begitu sahaja atau dimasukkan dalam air asam atau dimakan bersama dengan salad.

14. MAYONIS

Kalau diet cikgu, kena jugak ada. Yang penting pengambilan mayonis ada had tertentu.

15. ROTI SERAT

Haa inilah barang diet yang disukai ramai orang. Nak dapat roti Gardenia plastik ungu tu susah sikit. Jadi kalau tak jumpa yang Gardenia boleh bertukar kepada jenis ini. Sedap. Penuh bijirin dan bijian dalam sekeping roti ini. Pastinya kenyang! Itulah antara bahan-bahan yang sesuai untuk orang diet. Sebenarnya ada lagi bahan lain. Semoga bermanfaat buat semua!

Sumber: Cikgu Afy Al Habibi

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×