Sihat

Miliki Badan Kurus & BMI Bawah 18.5 Boleh Undang Bahaya, Ini Cara Nak Tambah Berat

1
SHARES
KURANG BERAT BADAN

Buat anda yang belum tahu, kurang berat badan dan memiliki BMI bawah 18.5 sebenarnya boleh mengundang bahaya seperti masalah kesihatan dan mati awal.

Jika BMI anda kurang 18.5, anda dinasihatkan untuk menambah berat badan agar kekal sihat. Terdapat beberapa boleh dicuba untuk menaikkan berat badan. Ikuti penjelasan lanjut di bawah.

Baca juga: Cara Legakan Batuk Berpanjangan Guna Air Kembang Semangkuk, Macam Ini Caranya

KURANG BERAT BADAN BOLEH UNDANG BAHAYA, INI CARA NAIKKANNYA

KURANG BERAT BADAN

Kurang berat badan boleh menjejaskan kesihatan anda secara negatif. Orang yang kurang berat badan berisiko mendapat osteoporosis, jangkitan akibat rendah imuniti, masalah kesuburan, dan kematian awal.

Mereka juga ada risiko dibuli dengan gelaran gelaran yang memalukan, lebih-lebih lagi jika memakai tshirt hitam. Ada risiko kesihatan mental.

Seseorang individu dikatakan kurang berat badan jika BMI mereka kurang dari 18.5. Sekiranya ingin menambah berat badan, pastikan makan sekurang-kurangnya tiga kali sehari dan menambah karbohidrat serta protein. Makan lebih kerap dengan kuantiti yang tidak terlalu banyak.

Selain itu, anda perlu makan lebih banyak kalori daripada yang dibakar. Sasaran untuk tambahan 300-500 kalori setiap hari
Dengan mengambil 500 kalori tambahan sehari, seseorang mungkin boleh menambah berat badan kira-kira 6.8 kg selama 6 bulan.

Senaman untuk menguatkan kekuatan otot sangat membantu untuk menambah berat badan. Pastikan anda cukup tidur kerana otot dibina semasa anda sedang berehat.

Elakkan makan banyak makanan tinggi gula untuk menaikkan berat badan. Nanti penyakit lain pula yang datang.

Semoga bermanfaat!

Baca juga: Minum Air Asam Jawa Boleh Bantu Masalah Sukar Bernafas, Ramai Yang Belum Tahu!

Sumber: Facebook Public Health Malaysia

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×