Musim peperiksaan telah pun tiba dan adik-adik boleh ikut 4 waktu terbaik untuk belajar agar ilmu lebih mudah masuk kepala. Sesetengah orang belajar sehingga lebih waktu tetapi tindakan ini tidak sesuai kerana ia boleh mengganggu emosi dan mental.
Jadi, bagi memastikan peperiksaan mudah untuk dijawab, boleh cuba 4 waktu terbaik untuk belajar seperti perkongsian di bawah. Paling penting sekali, pastikan anda mendapatkan tidur yang cukup untuk otak kekal cerdas.
Baca juga: Cara Buat Air Minuman Solat Hajat Untuk Anak, InsyaAllah Hati Tenang Jawab Peperiksaan
4 WAKTU TERBAIK UNTUK BELAJAR, BARU SENANG NAK JAWAB
1. Sebelum subuh (3 hingga 5 pagi)
Pada waktu ini otak lebih senang proses kerana suasana tenang dan sunyi. Selain itu, boleh juga buat solat tahajud sebelum belajar dan pada waktu ini sesuai untuk subjek hafalan.
2. Pagi (8 hingga 10 pagi)
Pada waktu ini, badan dalam keadaan segar dan pastikan anda sarapan terlebih dahulu sebelum memulakan pembelajaran. Hal ini bertujuan agar minda dalam keadaan cerdas.
Waktu pagi sesuai untuk subjek yang perlu pemikiran tinggi.
3. Petang (3 hingga 5 petang)
Biasanya, sebelah petang diri sudah mula lemau dan mengantuk. Jadi, waktu ini sesuai digunakan untuk belajar subjek mengira. Anda juga boleh ulangkaji semula topik yang diajar dan elakkan belajar sehingga lebih dari pukul 5 petang.
4. Malam (8 hingga 10 malam)
Pada waktu ini, boleh siapkan kerja sekolah yang diberikan dan belajar subjek untuk keesokannya. Ingat semula segala ilmu yang sudah diajar oleh guru.
Ambil berat 4 waktu ini agar pembelajaran lebih efektif. Baru lebih senang nak jawab peperiksaan.
Semoga artikel ini memberi manfaat buat adik-adik di luar sana.
Baca juga: Bapa Amal 5 Bacaan Doa Ini Setiap Kali Hantar Anak Ke Pengasuh, InsyaAllah Akan ‘Dijaga’…
Sumber: Google