Famili

Cara Buat Air Minuman Solat Hajat Untuk Anak, InsyaAllah Hati Tenang Jawab Peperiksaan

16
SHARES
AIR MINUMAN SOLAT HAJAT

Doa seorang ibu untuk anaknya adalah paling mujarab. Selain mendoakan kesejahteraan mereka, ibu juga boleh cuba cara buat air minuman solat hajat untuk anak. Air ini boleh diberikan kepada mereka sekiranya ada sebarang peperiksaan.

Ini merupakan salah satu ikhtiar ibu ayah boleh cuba untuk memudahkan urusan anak. Niatkan di dalam hati supaya berjaya dan insyaAllah dengan izinNya doa dimakbulkan.

Baca juga: Ibu Ikhtiar Rawat Si Kecil Demam Dengan Baca Doa-Doa Ini, Suhu Anak Makin Turun!

CARA BUAT AIR MINUMAN SOLAT HAJAT UNTUK ANAK

AIR MINUMAN SOLAT HAJAT

Mulakan bacaan dengan:

  • Surah al-Fatihah sebanyak 7 kali
  • Selawat ke atas Nabi 7 kali
  • SubhanAllah sebanyak 44 kali
  • Alhamdulillah sebanyak 44 kali
  • Allahu Akbar 44 kali
  • Ya hayyu ya qoyyum sebanyak 21 kali

Kemudian teruskan dengan bacaan doa di bawah ini:

“Ya Allah. YaHayyu, Ya Qayyum, Ya Rahman, Ya Rahim, Ya Latif, Ya Jabbar, Ya Khalia. Ya Allah, permudahkaniah anakku (nama anak) di dalam urusannya menimba ilmu di atas seruan dan perintah-Mu. Tenangkanlah hatinya untuk menerima ilmu-Mu, lapangkanlah jiwanya untuk mengharungi ujian-Mu dan berkatilah dirinya dengan rahmat-Mu. Amen yra,”

Boleh dilakukan selepas solat hajat dan bacaan yasin. Berikan kepada anak air minuman ini.

Semoga artikel ini memberi manfaat.

Baca juga: Anak Degil & Tak Dengar Cakap, Ibu Ayah Amalkan Baca Dua Surah Ini Setiap Pagi

Sumber: TikTok Ahmad Syaheed 

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×