Asuh

Ibu Ikhtiar Rawat Si Kecil Demam Dengan Baca Doa-Doa Ini, Suhu Anak Makin Turun!

2
SHARES
DOA ANAK DEMAM

Artikel kali ini penulis ingin kongsikan doa anak demam yang selalu diamalkan oleh Puan Fazlina Kamarazaman. Jelasnya, doa tersebut ternyata mampu membantu menurunkan suhu badan si kecil ketika demam.

Ini adalah antara ikhtiar boleh dicuba selain memberi ubat. Niatkan kepada Allah dan insyaAllah dengan izinNya akan kembali pulih.

Baca juga: Penawar Anak Degil Dan Keras Kepala Guna Nasi, Ramai Yang Tak Pernah Cuba

DOA ANAK DEMAM YANG IBU INI SELALU AMALKAN

DOA ANAK DEMAM

Hari tu Umar demam. Tiba-tiba badan panas tanpa tanda selesema atau batuk. Petangnya, makin panas. Cek suhu 37.9. Dah bersedia nak bawa hospital tiba-tiba ada kawan share ilmu ini. Faz buat dan bergantung sepenuhnya kepada Allah. Dalam masa yang sama tetap pantau jika patut bawa ke hospital.

Tipsnya adalah baca:

  • Alfatihah (11x)
  • Al ikhlas (3x)
  • Al Falaq (3x)
  • An Nas (3x)
  • Ayatul Qursi (1x)
  • Yasin ayat 9 (1x)
  • Penutup Bismillah 5 (1x)

1. Bismillahir Rahmanir Rahiim
2. Bismillahi Shafi
3. Bismillahi Kaafii
4. Bismillahi Mu’aafii
5. Bismillahil ladzhi laa ya dhurru ma’as mihi syai un fil ardhi wala fis sama’i wa huwas samii’un ‘alim

Hembus di ubun-ubun, pusar kepala dan seluruh tubuh anak dengan niat kerana Allah Taala. Sambil tu mandi dan jerlumkan juga seperti biasa.

Alhamdulillah lepas baca semua doa di atas Umar berak beberapa kali dan suhu dia semakin turun. Saya tetap kerap menyusukan anak supaya dia kekal bertenega dan tak lemah.

Sungguh doa seorang ibu tiada hijab tapi jangan salah faham. Kena ada usaha sebelum berdoa. Pastikan bagi ubat dekat anak dan bawa pergi klinik sekiranya semakin teruk.

Ini hanya perkongsian sahaja. Selebihnya Allah yang menentukan. Mungkin juga kebetulan. Wallahualam.

Semoga bermanfaat.

Baca juga: Doa Anak Menangis Waktu Malam, Bantu Si Kecil Lebih Tenang Semasa Tidur

Sumber: Facebook Fazlina Kamarazaman

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×