Menerusi laman Facebook milik Dr Hanif Arshad, dia ada kongsikan beberapa tips jaga anak demam untuk ibu bapa di luar sana amalkan terutamanya jika berada di rumah.
Menurutnya, tips menjaga anak demam ini sangat penting kerana dapat membantu ibu bapa menguruskan keadaan dengan lebih baik.
Baca juga: 7 Jenis Krim Gatal Boleh Dibeli Di Farmasi, ‘Confirm’ Tak Menggaru Dah Nanti!
DOKTOR KONGSI TIPS JAGA ANAK DEMAM DI RUMAH

Kredit: Freepik
Bila duduk GP baru saya perasan yang ramai ibu bapa bawa anak demam waktu hari pertama ke klinik. Saya tak cakap salah, sebab kalau datang ke klinik saya, dapat berkenalan dengan pesakit baru.
Tapi sebenarnya ada juga tips untuk parents kalau nak pantau dulu anak dekat rumah. Mungkin hari pertama tengok dulu keadaan anak, hari kedua kalau demam juga boleh bawa ke klinik. Kalau ada thermometer lagi bagus sebab kita boleh tahu suhu dia menaik atau menurun.
1. Tepid sponging
Ambil kain tuala yang kecil di rumah, basahkan dan lap satu badan supaya suhu turun. Ini cara tradisional yang saya rasa semua pernah buat.
2. Minum PCM
Mana yang ada ubat demam dekat rumah, boleh cuba bagi dekat anak maximum 4 kali sehari atau setiap 6 jam. Lebih senang kira, cari PCM yang concentration dia 250mg/5ml.
Cara kira:
Berat anak: 10kg
Berapa ml: 10 x 0.3=3ml
Jadi, boleh bagi dekat anak yang berat 10kg, 3ml setiap 6jam
3. Pergi klinik
Jika nampak anak masih aktif tapi demam tak kebah, bawa mereka ke klinik untuk pemeriksaan lanjut. Pandai lah doktor nak diagnose demam tersebut viral, bakteria atau penyakit yang lagi teruk daripada itu. Kalau doktor suspek denggi, bagi kebenaran untuk ambil darah.
4. Pergi hospital
Siapa yang rasa anak dia demam panas suhu lebih 40C, sekali dengan lembik badan, boleh terus ke kecemasan di hospital. Biar doktor di hospital bagi rawatan kecemasan yang sepatutnya.
Termasuklah febrile fit jika suhu badan tak kebah-kebah. Ini pun kategori yang perlu terus ke hospital.
Memandangkan sekarang musim cuti sekolah, mak ayah pun ada bawa anak jalan-jalan. Jadi, jaga kesihatan masing-masing ya.
Baca juga: Lebih 10K Ubat Kurus Ini Sudah Terjual, Taksub Nak Langsing Sampai Nyawa Jadi Taruhan!
Sumber: Facebook Hanif Arshad