Sihat

Lebih 10K Ubat Kurus Ini Sudah Terjual, Taksub Nak Langsing Sampai Nyawa Jadi Taruhan!

5
SHARES
bahaya ubat kurus

Masih ramai lagi dalam kalangan kita yang tidak sedar mengenai bahaya ubat kurus dalam kehidupan seharian kerana terlalu taksub ingin kelihatan langsing terutamanya di musim perayaan akan datang.

Penggunaan bahan yang tidak diluluskan atau berlebihan boleh menyebabkan kesan sampingan serius seperti kerosakan hati, gangguan jantung, dan ketidakseimbangan hormon.

Baca juga: Polis Serbu Kilang Sosej Kotor & Proses Atas Lantai, Kembang Tekak Bila Tengok!

BAHAYA UBAT KURUS, NYAWA BOLEH JADI TARUHAN

BAHAYA UBAT KURUS

Menerusi perkongsian di laman Facebook Public Health Malaysia, produk gula-gula Apple S yang dijual secara atas talian itu sebenarnya adalah ‘racun’ untuk kesihatan diri.

Hal ini kerana kandungan di dalam ubat kurus itu boleh mengakibat kerosakkan jantung selain meningkatkan bacaan tekanan darah.

“Gula-gula Apple S yang dijual sebagai ‘ubat kurus’ sebenarnya adalah racun yang menyamar. Produk ini mengandungi sibutramine iaitu bahan terlarang yang boleh mengancam nyawa anda.

“Anda mungkin hanya ingin kelihatan cantik tetapi produk ini sebenarnya boleh merosakkan jantung anda! Pengambilan ubat ini akan membuatkan degupan jantung laju, tekanan darah meningkat, risiko serangan jantung,” jelasnya.

Selain itu, lebih membimbangkan apabila ubat kurus ini membuatkan diri anda ketagih untuk mengambilnya setiap masa.

“Bahaya ubat kurus yang lain adalah risiko ketagihan dan masalah pencernaan. Pastikan sentiasa mendapatkan pandangan pakar sebelum mencuba sebarang produk.

“Sekiranya anda telah mengambil produk ini, sila berhenti pengambilan serta merta dan berjumpa doktor untuk pemeriksaan. Kesihatan anda jauh lebih penting daripada angka pada penimbang,” ujarnya.

Bagi anda yang ingin kurus tanpa mendatangkan bahaya kepada kesihatan diri, berikut penulis kongsikan beberapa cara:

  • Amalkan pemakanan seimbang
  • Kawal saiz hidangan makanan
  • Kurangkan makanan proses
  • Minum air kosong secukupnya
  • Pilih makanan rendah kalori
  • Kurangkan minuman/makanan bergula
  • Kurangkan makanan bergoreng
  • Konsisten dan kuatkan semangat

Semoga berjaya kurus dan mencapai berat badan yang diingini.

Baca juga: Cara Cuci Lesung Batu Baru Beli Sebelum Guna, Tumbuk Dulu Satu Bahan Ini Sampai Lumat

Sumber: Facebook Public Health Malaysia

Kredit imej: Freepik

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×