Sihat

Amalkan Jus Ini Setiap Hari Untuk Kesihatan Jantung, Nak Pergi Klinik Pun Tak Takut Dah!

13
SHARES
minuman untuk jantung

Minuman untuk jantung memainkan peranan penting dalam menyokong fungsi kardiovaskular dan menjaga kesihatan keseluruhan.

Hal ini sama seperti yang dikongsikan oleh pengguna Facebook di bawah di mana minuman untuk jantung yang dilakukan sendiri ternyata sangat memberi manfaat kepada ibunya.

Baca juga: Virus hMPV Lebih Mudah Serang Budak Bawah 12 Tahun, Jangan Pergi Tempat Sesak

MINUMAN UNTUK JANTUNG, BOLEH AMALKAN SELALU

MINUMAN UNTUK JANTUNG

Hari ini saya rasa nak kongsi satu perkara yang sangat berguna untuk diamalkan setiap hari. Bulan lepas tiba-tiba mak kena serangan jantung dan hospital suspek tersumbat. 

Selepas balik dari hospital, ada seorang wanita bagi saya petua minuman untuk jantung yang diamalkan setiap hari. Mak dah amalkan selama sebulan dan Alhamdulillah doktor kata saluran darah dah berjalan dengan lancar. Jom cuba.

Bahan-bahan minuman untuk jantung:

  • 1 cawan jus lemon (2 biji lemon)
  • 1 cawan jus halia (1 ketul besar)
  • 1 cawan jus bawang putih (1 labu)
  • 1 cawan cuka epal
  • 1 cawan madu asli

Setiap bahan di atas dikisar dengan satu cawan air kecuali madu dan cuka epal, tak perlu tambah air.

Cara-cara penyediaan minuman untuk jantung:

1. Masukkan semua bahan di atas kecuali kecuali madu asli.

2. ⁠Pastikan anda masak dengan api yang kecil selama 45-50 minit.

3. ⁠Pada masa yang sama, jangan berhenti kacau ramuan tersebut supaya tidak melekat pada permukaan periuk (atau berkerak).

4. ⁠Setelah 45 minit atau sukatan menjadi 3 cawan, tutup api dan sejukkan.

5. ⁠Kemudian campurkan madu asli dan kacau sehingga sebati.

6. ⁠Setelah ramuan tersebut sebati, simpan dalam bekas yang tertutup.

Jus ini boleh disimpan selama sebulan atau lebih di dalam peti ais.

Antara kelebihan minuman untuk jantung ini adalah seperti di bawah:

  • Menurunkan kadar kolesterol dalam darah
  • Membersihkan saluran darah yang tersumbat
  • ⁠Singkirkan toksin dalam badan
  • ⁠Turun tekanan darah tingi
  • ⁠Lancarkan peredaran darah
  • ⁠Turunkan kadar gula untuk pesakit diabetes
  • ⁠Lawaskan penghadaman
  • ⁠Merawat sakit dada
  • Merawat resdung

Semoga bermanfaat!

Baca juga: Doktor Kongsi Perbezaan Antara Prebiotik Dan Probiotik, Bila Dah Tahu Baru Lebih Faham…

Sumber: Facebook

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×