Serangan ‘human metapneumovirus’ virus hMPV dilaporkan mudah terdedah kepada kanak-kanak berusia bawah 12 tahun. Hal ini kerana ia tergolong dalam kumpulan ‘respiratory syncytial virus’ (RSV) atau virus yang menyebabkan jangkitan pada saluran pernafasan yang kerap menyasarkan kanak-kanak.
Baca juga: Contoh Soalan Untuk Jawab Ujian Lesen Memandu, Confirm Tak Gagal & Tak Payah Ulang
VIRUS HMPV MUDAH SERANG BUDAK BAWAH 12 TAHUN
Menurut Saintis Virologi Institut Perubatan dan Pergigian Termaju (IPPT), Universiti Sains Malaysia (USM), Dr Muhammad Amir Yunus, berkata virus hMPV ini boleh menyebabkan jangkitan paru-paru dan saluran pernafasan.
Difahamkan genetik hMPV ini memiliki asid ribonukleik (RNA) di mana lebih kurang sama dengan virus COVID-19. Kesan virus hMPV ini adalah bergantung kepada tindak balas imunisasi seseorang yang mana antara gejala boleh dilihat adalah bronkitis atau pneumonia.
“Walau bagaimanapun, sehingga kini, masih belum ada kata putus sama ada virus ini boleh mengancam negara, namun setiap orang disarankan untuk sentiasa berjaga-jaga dengan penyakit bawaan udara ini. Sama seperti COVID-19 dulu, tiada siapa menyangka ia sampai boleh menjadi pandemik,” jelasnya.
Sebelum ini, Kementerian Kesihatan (KKM) mengesahkan bahawa hMPV bukanlah suatu penyakit baharu dan di negara ini jangkitan itu tidak wajib dilaporkan mengikut Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342).
Seramai 327 sampel positif virus hMPV iaitu satu jangkitan saluran pernafasan disebabkan virus dalam keluarga Pneumoviridae sepanjang 2024, meningkat berbanding 225 pada 2023.
Terbaharu, di China penularan virus hMPV berada pada tahap membimbangkan sehingga menjejaskan beberapa negara Asia lain.
Dr Muhammad Amir menjelaskan bahawa ini adalah satu perkara membimbangkan dan orang ramai dinasihatkan tidak berada di kawasan sesak dengan pelancong selain kerap memakai pelitup muka dan menggunakan pembersih tangan.
Baca juga: 5 Berita Insiden Kapal Terbang Yang Menggemparkan Dunia, Penutup Duka 2024 Industri Penerbangan…
Sumber: BH Online