Bagi anda yang gemar agar agar milo dan ingin mencuba membuatnya sendiri di rumah, boleh ikut perkongsian resepi di bawah ini.
Resepi agar agar milo susu homemade ini pastinya akan menjadi kegemaran seluruh ahli keluarga terutama anak kerana gabungan manis dan berlemak.
Baca juga: Resepi Agar-Agar Soya Cincau Lembut ‘Tergedik-Gedik’, Gabungan 2 Bahan Paling Sedap
RESEPI AGAR AGAR MILO SUSU HOMEMADE, LEMAK BERKRIM
Bahan-Bahannya:
- 1 liter air
- 1 paket agar-agar
- 1/2 tin susu pekat
- 7 sudu besar serbuk milo
- 1 cawan air panas
- Gula secukup rasa
Cara membuat agar agar milo:
1. Campurkan milo dan susu bersama air panas. Kacau sebati dan asingkan. Ketepikan dahulu.
2. Kemudian, rebus agar-agar bersama 1.5 liter air sehingga mendidih dan masak.
3. Seterusnya, masukkan bancuhan milo dan susu yang diasingkan tadi ke dalam agar-agar, kacau sebati.
4. Boleh tambahkan gula ke dalam agar-agar mengikut sukatan manis yang anda inginkan.
5. Kacau rata sehingga mendidih.
6. Setelah agar-agar masak, tutup api dan masukkan ke dalam bekas atau acuan.
7. Biarkan sehingga 30minit sebelum dibekukan di dalam peti sejuk.
8. Setelah sejuk, agar agar milo sedia untuk dihidangkan. Selamat mencuba!
Baca juga: Cara Buat Kek Batik Magnum Bersalut Coklat & Penuh Kacang, Sekali Cuba Anak Pasti Nak Lagi
Sumber: Facebook Koleksi Resepi Lazat