Kebiasaannya dalam bulan Ramadhan ini, mesti hidangan berbuka akan memenuhi satu meja. Tetapi, sering kali kita kekeringan idea untuk pencuci mulut. Mungkin kali ini, anda boleh cuba resepi ekspres agar-agar milo dalam kotak ini!
“Ada ke orang yang tak suka Milo? Mustahil lah!”
Sebut sahaja Milo, pasti ada peminatnya sendiri. Tetapi kali ini, daripada hanya minum airnya, apa kata cuba buat agar-agar milo tetapi dalam kotak itu sendiri. Menarik, kan?
Itulah seronoknya dunia masakan, macam-macam boleh cipta. Disinilah tempat untuk kita meluahkan segala kekreatifan diri ini. Bukan setakat rasa sahaja yang sedap, mata pun seronok memandang hidangan unik itu.
Jadi, tunggu apa lagi? Jom ikuti perkongsian penulis mengenai resepi mudah dan pantas agar-agar milo dalam kotak ini. Boleh lah cuba untuk hidangan berbuka pencuci mulut anda pada hari ini!
Baca juga: Resepi Agar-Agar Santan Klasik, Makan Sejuk-Sejuk Sedap!
RESEPI AGAR-AGAR MILO DALAM KOTAK, HIDANGAN PENCUCI MULUT BERBUKA NANTI!
BAHAN-BAHAN:
- 2 kotak air Milo
- 1/2 sudu besar (4 gm) serbuk agar-agar
- Serbuk milo (untuk hiasan)
CARA-CARA PENYEDIAAN:
1. Masukkan air kotak Milo dan serbuk agar-agar dalam periuk. Kemudian, kacau rata sehingga serbuk agar-agar larut sepenuhnya.
2. Panaskan campuran tersebut dengan api sederhana hingga mendidih.
3. Setelah mendidih, tutupkan api dan tuangkan campuran agar-agar ke dalam kotak air Milo yang telah dikosongkan.
4. Gunakan kotak air Milo sebagai acuan untuk bentuk agar-agar.
5. Simpan dalam peti ais selama 3-4 jam atau sehingga keras.
6. Keluarkan agar-agar dari kotak dan potong kecil-kecil. Akhir sekali, sajikan agar-agar dengan serbuk Milo sebagai hiasan.
7. Agar-agar milo dalam kotak pun siap dihidang!
Tips: Pastikan agar-agar benar-benar keras sebelum dipotong untuk menghasilkan bentuk yang cantik dan padat.
Haa, ‘simple’ kan resipi agar-agar milo dalam kotak ini! Bahan-bahan pun sangat ringkas, boleh dapatkan di mana-mana pasaran.
Malah, bukan ketika Ramadhan sahaja, waktu raya atau sebarang majlis pun sesuai untuk dihidangkan makanan ini. Cuba resepi ini, dijamin makan tak henti!
Selamat Mencuba.
Sumber: Facebook Buat Orang Lapo