Dapur

Resepi Ayam Goreng Honey Garlic Ala-Ala KyoChon, Rangup Dan Manisnya Memang Padu!

19
SHARES
ayam goreng madu

Siapa sahaja yang tidak menggemari menu ayam goreng bukan? Tidak kira kanak-kanak atau orang dewasa, makan ayam goreng bersama nasi pun dah cukup untuk membahagiakan perut. Namun selain ayam goreng biasa, ayam goreng madu ala-ala restoran Korea KyoChon dan Kfry turut menjadi kegilaan.

Disebabkan harganya yang sedikit mahal, anda jangan risau kalau tak dapat merasainya di restoran itu sendiri kerana boleh sahaja buat di rumah. Ada perkongsian resepi dari Facebook Yasmin Dayanti tentang cara untuk anda buat ayam goreng Honey Garlic ala-ala KyoChon dan Kfry.

Baca juga: 5 Petua Orang Dulu-Dulu Guna Limau Kasturi Jadi Ubat Mujarab, Tak Sangka Semudah Ini!

RESEPI AYAM GORENG MADU ALA KYOCHON ATAU KFRY

ayam goreng madu

Foto: Sayalday

Pertama kali cuba masak Honey Garlic chicken ala-ala Kyochon atau Kfry. Sedap rasa dia. Rangup and manis rasa dia.

Bahan-Bahan Ayam Goreng

-Ayam part apa-apa yang anda suka

-2 cawan tepung jagung

-1 sudu kecil soda bikabonat

-Garam secukup rasa

-1 sudu serbuk bawang putih

-Gaul sebati bahan-bahan di atas dan masak guna api yang kuat. Masak dalam masa 6-8 minit. Pastu angkat.

Untuk sos

-5 ulas bawang putih diblend kasar

-Butter untuk menumis

-1 sudu brown sugar

-2 sudu madu

-4 sudu kicap cair

-Masukkan butter dalam kuali. Bila dah cair, masukkan bawang putih. Goreng sampai naik bau.

-Pastu masukkan gula, madu dan kicap cair. Kacau sampai naik buih.

-Lepas tu baru masukkan ayam dan gaul sebati.

Dah siap. Boleh makan macam itu sahaja ataupun makan dengan nasi panas-panas!

*Kalau buat dekat rumah, boleh banyakkan ‘portion’ dan lebih puas kan?

Baca juga: Cara Pilih Jenis Sotong Segar Di Pasar Ramai Tak Tahu, Manis Bila Dimasak Lain Macam!

Sumber: Yasmin Dayanti Fami

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×