Dapur

Petua Buat Cendawan Goreng Tepung Jadi Rangup Krup Krap, Campur 3 Tepung Ini

2.5K
SHARES
cendawan goreng tepung

Setiap kali berkunjung ke negeri Pantai Timur, menu bertepung semestinya menjadi kegilaan ramai kerana rasanya yang enak dan sudah pasti ‘crispy’! Salah satu sayur-sayuran yang menjadi pilihan ramai untuk masak menu berasaskan tepung ini adalah cendawan. Sedap betul kalau makan cendawan goreng tepung di restoran bukan?

Jadi, untuk memberi peluang kepada anda buat sendiri cendawan goreng tepung crispy ini di rumah, ada perkongsian resepi yang boleh dicuba. Menu cendawan goreng tepung ini nak dibuat sebagai kudap-kudapan pun sedap juga!

Baca juga: Cara Rebus Telur Separuh Masak Jadi 100% Macam Di Kopitiam, Tak Cair & Tak Keras Sangat!

CARA BUAT CENDAWAN GORENG TEPUNG CRISPY

cendawan goreng tepung

Bahan-bahan yang diperlukan:

– 2 sudu besar tepung jagung
– 1/2 cawan tepung gandum
– 1/2 cawan tepung beras
– 1/2 teh ramuan istimewa
– 1 biji telur
– Garam secukupnya
– Campur dan kacau sehingga sebati

Cara-caranya:

1.Cendawan yang telah dicuci.

2.Masukkan satu sudu teh garam dan rendam selama 15 minit

3.Selepas direndam, keringkan cendawan dan celup ke dalam adunan tadi

4.Pastikan minyak betul-betul panas dan goreng cendawan 1-2 minit

5.Cendawan yang telah ditos tadi digoreng semula untuk memastikan cendawan kekal rangup. Goreng sehingga warna keperangan.

6.Ini menjadi pilihan sama ada hendak tabur serbuk parsley ataupun tidak.

*Buat sendiri cendawan goreng tepung ini di rumah lagi memuaskan dan mengenyangkan!

cendawan goreng tepung

Baca juga: Lobak Merah Lembik Dan Berair Jangan Dibuang, Rupanya Boleh ‘Keraskan’ Guna Cara INI

Sumber: Fara Zamri

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×