Dapur

Lobak Merah Lembik Dan Berair Jangan Dibuang, Rupanya Boleh ‘Keraskan’ Guna Cara INI

34
SHARES
khasiat lobak merah

Sudah pasti ramai dalam kalangan kita yang tahu bahawa khasiat lobak merah untuk kesihatan mata dan badan tiada tolok bandingannya. Bahkan di dalam setiap menu kanak-kanak, pasti si ibu tidak terlepas untuk masukkan lobak merah walaupun sedikit.

Tetapi, stres juga kalau setiap kali beli lobak merah mesti lepas seminggu dah mula berair dan jadi keras ibarat kayu. Macam mana nak elakkan perkara ini ya? Membazir pula kalau setiap minggu kena beli baharu…

Baca juga: Tips Paling Best Nak Pastikan Daun Kunyit Tak Jadi Kuning, Simpan Lama Pun Masih Segar!

KEKALKAN KHASIAT LOBAK MERAH DENGAN CARA INI, TAK LEMBIK DAN SEGAR

khasiat lobak merah

Berdasarkan perkongsian Tiktok dari Munirah Jamaludin, dia berkongsikan satu rahsia paling mudah supaya kesegaran dan khasiat lobak merah yang anda simpan terpelihara.

Tak perlu lagi beli baharu walaupun dah simpan lobak merah tersebut selama berminggu-minggu kerana masih segar.

Cara-caranya:

1. Buang kulit lobak merah yang dah lembik dan potong beberapa bahagian.

2. Sediakan air dalam mangkuk, kemudian rendam dalam air. Lagi bagus kalau guna air sejuk.

3. Lobak merah akan kembali segar dan keras setelah direndam dan boleh digunakan dalam masakan.

Bukan itu sahaja, menjengah ke ruangan komen, ada juga yang berkongsikan tips supaya rendam lobak merah di dalam ketulan ais.  Ada juga yang mengatakan bahawa anda pun boleh tambah cuka dan gula ke dalam rendaman air tersebut.

*Selamat mencuba dan selamat ‘menyegarkan’ semula lobak merah di dalam peti sejuk tersebut!

khasiat lobak merah

@munirahjamaludin_ carrot dah lembik? Haaa.. jangan buang. Ni cara dia nak bagi fresh balik.. #tipsdapur #greatestmakanhits #fypシ ♬ Just the Two of Us LUVRS Remix – LUVRS

Baca juga: Teknik RAHSIA Buat Cekodok Pisang Rangup, Kurang Berminyak Dan Gebu!

Sumber: Tiktok Munirah Jamaludin

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×