Dapur

Nak Masak Sendiri Tapi Tak Cukup Masa? Ini Cara Mudah Dan Pantas Sediakan Makanan Dengan Pasta Balducci!

2
SHARES

Mesti anda selalu dengar orang cakap nak jadi ibu ni bukan senang kan? Yelah semua benda nak di urusnya.

Dari pagi sampai lah ke malam ada jer kerja yang tak kan habis. Kadang-kadang tu takde masa nak masak untuk keluarga.

Tak kan hari-hari nak makan luar je, boleh botak kepala Encik Suami nanti sebab harga makan luar sekarang makin mahal.

Bukan apa, kadang-kadang para ibu ni terlampau sibuk menguruskan rumah, anak-anak lagi sampai tak terkejar masa, tu yang terlajak nak masakan untuk keluarga.

Tapi jangan risau sebab Balducci kan ada!

Tau tak apa tu Balducci? Ha.. Jom kita bagaimana Balducci ni boleh tolong para ibu di luar sana!

Dengan Balducci semua benda akan jadi mudah!

Kalau nak tau, Balducci ni ialah pasta diperbuat daripada Gandum Durum Australia yang berkualiti dan dijamin halal tau.

Mesti ibu-ibu nak sajikan hidangan yang berkualiti untuk keluarga kan? Dengan menggunakan pasta Balducci ni semuanya semudah ABC.

Yang menariknya lagi, pasta Balducci memang menjadi pilihan ibu zaman sekarang kerana ia cepat, mudah dimasak dan sedap dinikmati seisi keluarga.

Mesti ramai yang tertanya-tanya kenapa pasta Balducci ni memang jadi pilihan pertama ibu-ibu di Malaysia kan?

Hal ini kerana, pasta Balducci menawarkan lima jenis pasta, sesuai untuk pelbagai jenis hidangan. Ada banyak pilihan pasta yang anda boleh cuba seperti Spaghetti, Fettucini, Angel Hair, Maccheroni and Spiralli.

Selain itu, harganya pun murah dan mampu milik. Siapa je tak suka benda murah dan berkualiti kan!

Jadi jangan lupa dapatkan pasta Balducci ni dengan segera tau!

Jom belajar masak resepi pasta yang mudah!

Spiralli Lada Hitam

Bahan-bahan 

  • 400g pasta Balducci Spiralli 
  • 500g daging kisar
  • 3 biji bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 4 sudu besar sos tiram
  • 1 sudu besar biji lada hitam ditumbuk halus
  • 1 kiub pati ayam
  • 1 sudu kecil garam
  • 5 sudu besar minyak masak
  • 2 tangkai daun bawang atau daun sup

Cara Penyediaan:

  • Rebus Balducci Spiralli mengikut arahan yang tertera pada paket.
  • Kupas bawang dan potong kecil serta tumbuk sampai lumat.
  • Panaskan sedikit minyak dan tumis semua bawang dan kacau sehingga naik bau.
  • Masukkan daging kisar dan kacau semua bahan sambil hancur-hancurkan daging kisar kemudian masukkan sos tiram dan kiub pati ayam serta garam.
  • Masukkan kesemua pasta Spiralli tadi dan kacau semua bahan kemudian masukkan serbuk lada hitam. daun bawang atau daun sup yang diracik nipis.
  • Taburkan daun bawang atau daun sup dan siap untuk dihidangkan.

Bahan-bahan:

  • 500g Balducci Maccheroni 
  • 300g isi ayam di potong kecil
  • 1 biji bawang besar dipotong dadu
  • 5 ulas bawang putih dicincang
  • 300g cendawan shitake dihiris nipis
  • ½ biji cili capsicum di potong dadu
  • 2 biji tomato dipotong dadu
  • 3 tangkai daun limau purut
  • 5 sudu besar pes tomyam
  • 2 tangkai daun ketumbar
  • 3 biji cili padi ditumbuk halus
  • 2 sudu kecil garam dan bahan perasa

Cara Penyediaan:

  • Rebus Balducci Maccheroni mengikut arahan yang tertera pada paket.
  • Panaskan sedikit minyak dan masukkan bawang besar, bawang putih dan cili padi. Masak hingga layu, kemudian masukkan isi ayam dan masak hingga air ayam kering.
  • Masukkan cendawan dan pes tomyam kemudian letak sedikit air untuk elakkan tumisan menjadi kering dan hangit.
  • Masukkan cili capsicum, tomato, daun limau purut dan garam secukup rasa.
  • Masukkan Maccheroni yang telah direbus tadi. Gaul dan goreng hingga sebati dan tutup api. 
  • Taburkan daun ketumbar dan siap untuk dihidangkan.

Sebenarnya banyak lagi resepi yang anda boleh masak bergantung pada kreativiti anda atau anda boleh layari laman web rasmi Balducci untuk banyak lagi resepi yang menarik.

Mesti tak sabar nak try resepi mudah ni kan? Tunggu apa lagi, jom dapatkan pasta Balducci sekarang di Lazada dan Shopee. Selamat mencuba!

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×