Dapur

30 Idea Resepi Berbuka Atau Sahur Sepanjang Ramadan, Tak Kering Idea Nak Masak Apa

883
SHARES

Bulan Ramadhan adalah bulan yang amat ditunggu-tunggu oleh umat Islam di seluruh dunia. Ini kerana bulan mulia ini memberi seribu mukjizat terhadap semua dan juga semasa ini lah umat Islam mengejar untuk membuat pahala. Bila tiba ramadhan umat Islam diwajibkan berpuasa bermula subuh sehingga lah maghrib. Tiba waktu berbuka, ini lah waktu yang paling digemari oleh semua kerana pelbagai juadah akan dihidangkan tidak kira lah dari membeli atau memasak sendiri.

Selama 30 hari menjalani ibadah puasa ini, pastinya semua buntu untuk memasak menu berbuka puasa. Jangan risau, perkongsian resepi melalui laman facebook ini pasti buatkan anda tidak kering idea untuk memasak. 30 resepi juadah disediakan dan memudahkan semua untuk memilih resepi apa yang hendak dimasak.

1 Hari 1 Resepi

1. Resepi Siput Sedut Masak Lemak

BAHAN – BAHANNYA
1 kg siput sedut
3 batang serai, diketuk
1 helai daun kunyit, disiat
1 keping asam gelugor
1200 ml santan cair
400 ml pati santan
Garam secukup rasa

BAHAN – BAHAN KISAR HALUS
2 biji bawang besar
5 biji bawang merah kecil
4 ulas bawang putih
1 inci kunyit hidup
3 biji cili merah
10 biji cili padi (optional)

CARA MEMBUATNYA
Siput sedut dicuci bersih, kemudian kerat hujung siput (kerat pada bahagian senggan ketiga dari atas), buat hingga siap dan masukkan ke dalam bekas besar. Tuang air hingga penuh cuci sekali lagi dan toskan. Ulangi proses ini sekali lagi, tapi kali ini anda cedok siput tadi guna tangan dan masukkan dalam tapis, tujuannya untuk mengelakkan serpihan2 bahagia siput yang dikerat tadi ikut termasuk sekali. Ketepikan.

Masukkan siput sedut yang telah dibersihkan ke dalam periuk bersama serai titik, asam gelugor dan bahan2 kisar halus. Kacau rata dan masak hingga mendidih. Tuang santan cair, kacau rata dan biarkan menggelegak., Kacau perlahan.
Tuang santan pekat, masukkan daun kunyit. Masak guna api sederhana hingga mendidih dan kacau sentiasa. Tambah garam secukup rasa Masak sekejap lagi dan rasa, jika ok boleh matikan api.

2. Resepi Paru Goreng Berlada

Bahan rebus:
700 gram paru
2 hiris halia
1 batang serai – ketuk
Sedikit garam

Bahan tumbuk kasar:
9-10 tangkai cili merah – boleh guna cili kering kisar
5 ulas bawang putih
10 ulas bawang merah
1 inci halia

Bahan lain:
1 batang serai – ketuk
2 sudu besar gula atau secukupnya
Garam
1 keping asam keping

Cara cara:
Paru direbus bersama halia, serai dan garam sehingga empuk dalam 30 minit sehari sebelum dimasak. Masak sampai paru tak liat. Cucuk dengan lidi atau cake tester untuk dicucuk tengok kalau dah tak liat. Tos kan airnya.
Bila sejuk, baru dipotong nipis nipis. Paru dilumur sedikit garam jika suka dan biarkan seketika.
Panaskan minyak dengan api yang kuat dan goreng paru (pastikan tenggelam dalam minyak yang banyak). Sentiasa dibalik balikkan supaya garingnya rata. Bila sudah garing, angkat dan ketepikan.
Panaskan sedikit minyak dan tumis bahan kisar bersama dengan serai, sehingga naik bau dan sedikit garing. Masukkan gula, sedikit garam dan asam keping. Mesti ada rasa manis manis sikit, baru sedap.
Akhir sekali, masukkan paru yang telah digoreng dan gaul sebati.

p/s: guna api besar kalau nak paru kekal rangup.

3. Resepi Kerabu Sotong

Bahan-bahan
5-6 ekor sotong
1/2 biji bawang besar hiris halus
1/2 biji tomato didadu halus
1 batang bunga kantan. Hiris halus.
1 batang serai hiris halus
1/2 batang Cili merah hiris halus
5 sudu besar sos ikan
Air perahan limau
1 batang kacang panjang dihiris halus
Sedikit daun ketumbar dihiris
Garam dan gula secukup rasa

Cara-cara
Potong sotong dan celur dalam air panas. Ketepikan. Kacau rata dengan bahan2 lain..
Tambahkan sikit air celur sotong tadi untuk berkuah

4. Resepi Daging Masak Hitam

Bahan bahan:

250g daging
1/2 botol kecil kicap pekat Jalen warna merah
Gula pasir/gula Melaka
1 sudu kecil air asam jawa
Bawang besar potong gelang
Cili kisar – ikut pedas mana

Bahan Kisar:
1 batang serai
1 inci halia
3 biji bawang merah
2 biji bawang putih
2 biji buah keras

Cara cara:

Rebus daging sampai empuk. Nak cepat boleh rebus dalam pressure cooker. 15 minit dan empuk. Angkat dan ketepikan. Rebusan air daging jangan buang.

Panaskan minyak dan masukkan daging dan dikacau rata. Kemudian masukkan bahan kisar dan semua bahan lain. Biarkan masak sehingga pecah minyak. Akhir sekali masukkan air asam jawa dan gula serta garam. Masukkan sekali bawang besar hiris sebagai hiasan. Bolehlah diangkat dan sedia untuk dihidangkan.

5. Resepi Sup Ikan Merah

Bahan bahan:
Ikan merah
4 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
Sedikit halia
Kayu manis, bunga lawang dan pelaga
Lada hitam biji – tumbuk
Tomato belah 4

Cara cara:
Tumis bawang merah dan bawang putih serta halia yang dihiris bersama kayu manis, bunga lawang dan buah pelaga sehingga wangi.

Kemudian masukkan air secukupnya. Biarkan air menggelegak sebelum dimasukkan ikan. masukkan tomato. Akhirnya masukkan lada hitam dan garam secukupnya.. tabur daun sup dan daun bawang.

6. Resepi Sambal Tumis Udang

Bahan bahan:
1 kg udang ~ gunting separuh dari kepala
2 sudu besar asam jawa campur air & jadikan jus – guna 1 sudu kecil pes asam jawa
1 – 2 sudu kecil garam halus
6 ~ 7 sudu besar gula – guna 7

Bahan Kisar:
100 gm cili kering ~ pilih jenis pedas
Sebesar 50 sen belacan – kisar dengan cili – tak guna
10 ~ 15 biji bawang merah
5 ulas bawang putih

Cara cara:
Udang digaul dengan sedikit garam kemudian digoreng hingga merah, jangan goreng lama nanti udang kecut dan keras. Bila dah merah angkat. Ketepikan.

7. Resepi Ikan Tenggiri Masak Lemak Cili Api

Bahan:
1/2kg ikan tenggiri potong 3
1 genggam cili api merah*
2 biji cili merah*
1 inci kunyit hidup*
5 ulas bawang merah*
3 batang serai dititik
1 mangkuk santan pekat
1 mangkuk air
1 keping asam keping
garam

Cara:
tumbuk bahan2 bertanda (*).. masukkan dalam periuk..
panaskan bersama semangkuk air.. bila mendidih.. masukkan ikan
masukkan juga serai.. asam keping.. garam..
bila ikan telah masak masukkan santan..
kecilkan api.. biarkan santan mendidih sekejap..
tutup api sedia untuk dihidang..

8. Resepi Sambal Sotong Kembang

BAHAN-BAHAN:

1 ekor sotong kembang
Garam , gula dan air asam jawa secukup rasa
Minyak masak untuk menumis

BAHAN DIKISAR HALUS:

15 biji cili kering
5 bawang merah
2 ulas bawang putih
2 cm belacan

CARA MEMASAK :

1)Panaskan minyak dan tumis bahan kisar sampai naik bau , kemudian masukkan gula , asam jawa , garam dan terus kacau sambal sampai masak dan pecah minyak .

2) Masukkan sotong , dan terus kacau jika terlalu kering masukkan sedikit sahaja air . Kacau lagi sehingga semua bahan menjadi mesra dan bila sudah masak boleh la tutup api.

9. Resepi Ayam Goreng Sos Plum

Bahan:
dada ayam – dipotong kecil
sedikit lada putih,
garam dan tepung jagung
3 biji kentang – potong dan goreng kejap

Bahan A :
5 ulas bawang merah – dikisar
3 ulas bawang putih – dikisar
1 inci halia – dikisar
3 biji cili merah – dikisar

Bahan B: 3 sudu besar sos plum – guna brand life
2 sudu besar sos cili thai
1 sudu besar sos tiram
garam dan gula secukup rasa
sedikit kiub ayam

Cara memasak : Gaulkan dada ayam bersama serbuk lada putih dan garam kemudian salutkan dengan tepung jagung dan goreng sekejap. Tak payah terlalu garing. Panaskan minyak dan tumis bahan2 A hingga wangi dan sedikit garing. Masukkan bahan B dan goreng lagi hingga pecah minyak. Masukkan sedikit air ( agak2 yerk nak kuah byk mana ), garam dan gula secukup rasa dan sedikit kiub ayam, sebatikan dan masukkan ayam dan kentang yang digoreng tadi, sebatikan dan biarkan sebentar. Masukkan hirisan daun bawang, kacau kejap dan terus angkat.

10. Resepi Ayam Blackpepper Cendawan Shitake

Bahan-Bahan:

7 Ketul ayam
7 biji cendawan shiitake,
3 ulas bawang putih, hiris nipis
1/2 biji bawang besar, potong 4
1 sudu kecil serbuk lada hitam
1 sudu kecil minyak bijan
1 sudu kecil kicap manis
3 sudu besar minyak masak
sedikit tepung jagung, bancuh dengan air menjadi pes
garam dan gula secukup rasa
Cara Penyediaan:

Panaskan minyak. Gaulkan ayam bersama garam dan goreng dibatas api yang besar sehingga separuh masak. Angkat dan ketepikan.
Menggunakan minyak yg sama, tumis bawang putih dan halia sehingga naik bau, kemudian masukkan serbuk lada hitam.
Masukkan ayam dan kacau seketika. Masukkan pula cendawan, minyak bijan dan kicap manis. Kacau sehingga cendawan sedikit layu.
Tuang sedikit air, anggaran 1/2 cawan dan kemudian masukkan sedikit pes tepung jagung supaya kuah menjadi pekat.
Perasakan dengan garam secukupnya.

11. Resepi Kuzi Kambing

BAHAN-BAHANNYA

1 kg daging kambing, potong kiub besar2, cuci dan toskan*
2 camca besar rempah kari daging*
1 camca besar rempah kurma*
1 inci halia, tumbuk halus*
3 ulas bawang putih, tumbuk halus*(*gaul rata dan perap sejam)
2 biji tomato, dipotong kiub
1 cawam yogurt perisa asli
1/2 camca besar gula melaka
1/2 cawan kismis
2 biji cili merah, belah 2 setiap 1
2 biji cili hijau, belah2 setiap 1
1 biji bawang besar, belah 4
1 cawan sos tomato
Air secukupnya
Garam secukup rasa

BAHAN-BAHAN KISAR HALUS

5 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
1 inci halia
15 tangkai cili kering, dibuang biji dan rendam dalam air panas 10 minit dan toskan

CARA MEMBUATNYA

Panaskan minyak dalam periuk, tumis bahan kisar halus hingga harum, masukkan sos dan kacau rata. Tambah daging kambing yang telah diperap tadi. Gaul rata dan biar hingga daging kecut. Masukkan kismis dan air (hingga daging tenggelam). Biar mendidih
Tambah tomato dan masak hingga daging empuk, masukkan yogurt dan gula melaka, kacau rata. Masuk bawang besar yang dibelah, cili hijau dan cili merah. Kacau dan biar hingga pekat. Tambah garam secukup rasa dan masak sekejap. Rasa dan jika ok boleh matikan api.

12. Resepi Lala Kam Heong

Bahan-Bahannya

300 grm lala (dicuci & ditoskan)
2 tangkai daun kari
2 sudu besar serbuk kari
8 biji cili padi (ditumbuk sedikit)
3 ulas bawang putih(ditumbuk)
8 ulas bawang merah (ditumbuk)
2 sudu besar udang kering (direndam & ditumbuk)
2 sudu besar sos tiram
1 sudu besar kicap cair
1 sudu besar kicap pekat
1 biji bawang besar (dipotong 6)
Garam dan Gula secukup rasa

Cara Membuatnya:-
Dalam satu mangkuk, campurkan serbuk kari, sos tiram, kicap cair & kicap pekat sebagai bahan perencah.
Panaskan sedikit minyak, tumiskan bawang merah & bawang putih. Dimasukkan pula udang kering hingga naik bau.
Kemudian masukkan cili padi, daun kari, dan bahan perencah. Kacau hingga sebati.
Tambahkan garam serta gula secukup rasa.
Masukkan lala bersama bawang besar. Kacau rata.Rasa dan jika ok, boleh angkat

13. Resepi Sotong Tauhu Telur Masak Kicap

Bahan-bahannya:
2 peket tauhu telur – potong 4 dan digoreng
2 ekor sotong – potong cincin
2 ulas bawang putih – diketuk
1 biji bawang besar – potong bulat
2 biji cili merah – hiris serong
4 sd mkn kicap lemak masin – (nak guna kicap lemak manis pun boleh, tapi kena tambah garam sikit)

CARA:
Panaskan 2 sd mkn minyak masak ke dalam kuali. Tumis bawang putih hingga kuning.
Masukkan kicap
Masukkan sotong, bawang besar dan cili merah. Kacau hingga sotong masak.
Masukkan tauhu telur yang sudah digoreng. Kacau rata.
Masukkan hirisan daun bawang. Kacau rata. Siap.

14. Resepi Daging Masak Paprik

Bahan-bahan

Daging 1/2 kg (ikut suka banyak mulut yang nak makan)
Bawang putih – 4 ulas
Bawang holand – 1 biji
Lobak merah + kobis bunga +
3 sudu besar cili kisar/giling
2 sudu sos cili
2 sudu sos tiram
6 biji cili padi
daun limau purut
gula dan garam secukup rasa

Cara Memasak

Rebus daging sampai empuk. nak cepat guna pressure cooker. dan jangan buang air rebusan
Tumis bawang putih dan cili giling sampai naik bau *jangan hangit ek
Masukkan sos cili dan sos tiram dan air rebusan (sukatan air ikut nak buat berkuah atau kering sikit)
Masukkan kobis bunga, lobak merah bagi empuk dan daun limau purut
Masukkan daging
masukkan cili padi
Gula dan garam secukupnya..biarkan mendidih sekejap dan masukkan bawang holland
Kacau sedikit dan angkat

15. Resepi Ikan Masak Sos Asam Jawa

Ikan..
Goreng dulu..klo nk sdap.. Guna minyak yg goreng awas2 dia tu… Boh garam ja…bila minyak panas tabur tepung beras skit dlm 1 sudu lam minyak tu.. Br msuk ikan.. Goreng smpai garing… Blh jgk klo nk gaul tpung bras kat ikan tu.. Tp jgn bnyk ye…

Bahan bahan sos..

Air asam jawa.. Perah pkat2… Hakak guna adabi jer…
Gula siam (somtam).. Klo x der guna gula perang pun blh..
Garam..
Minyak skit..guna minyak goreng bawang ngan halia..
Cara buat..
Boh minyak skit lam koli.. Ltak gula. Air asam.. Tambah air.. Boh garam.. Masak smpai mendidih.. Rasa.. Kuah mesti masam lbh skit.. Masin n manis tu bg balance…

Bahan bahan nak goreng garing.. Goreng asing2 ye.. Sbb benda2 ni masa utk garing tu x sama…

Halia.. Hiris nipis2 n halus2
Bawang putih…
Bawang merah..
Cili api…
Cili kering klo suka..

Goreng smua bg garing n tabur atas ikan…
Klo x nk letak pun blh benda ni..

16. Resepi Sup Ikan Siakap Lada Hitam

Bahan-bahan:
1 ekor ikan siakap sederhana besar (potong/bersihkan/gaul dgn sedikit garam)
1 inci halia di belah2 sahaja
1 keping asam gelugur (asam keping)
1 sudu besar thai fish oil
1 sudu teh perencah sup
1 btg serai (ketuk)
Garam & perisa lain ikut suka

Bahan tumbuk:
3 biji bawang putih
3 biji bawang merah (sederhana)
1 inci halia
1/2 sudu teh biji ketumbar
1/2 sudu teh jintan putih
1/2 sudu teh jintan manis
1 sudu teh lada hitam
& sedikit je lengkuas (taknak pun takpe)
(Semua bahan ini tumbuk lumat ok)

Rempah penumis:
1 batang kulit kayu manis
2 biji cengkih
2 kuntum bunga lawang

Bahan hiasan:
Tomato belah 4, sedikit hirisan bawang holland, bendi, hirisan daun sup, daun bawang
& bawang goreng.

Cara:
1. Panaskan sedikit minyak masukkan rempah tumis
(Kayu manis,cengkih,bunga lawang)

2. Masukkan bahan tumbuk & serai (diketuk) goreng hingga naik bau

3. Tambahkan air (agak2 ok) & masukkan sedikit perencah sup & asam keping, masukkan garam, perasa lain & thai fish oil juga & hirisan halia & hirisan bawang holland..biar mendidih lama sedikit & rasa ok.

4. Masukkan bendi sekali dgn ikan siakap dan tomato last sekali & biarkan masak di antara 3/4 minit sahaja ( tak boleh lama nanti ikan cepat hancur) rasa ok sup tadi ape yg kurang.

5. Padamkan api dapur.

7. taburkan daun bawang daun sup & bawang goreng. (Jika nak masam2 sket perahkan limau)
Ok done!

17. Resepi Ikan Percik

Ikan Kembung 5 ekor
( basuh bersih dan kelar ikan)

– 2 batang serai
– 5 ulas bawang putih
– 1 inci halia
– 1 1/2 inci kunyit hidup
( Semua bahan di hiris nipis)

Masukkan dalam tabung pengisar. Tambahkan 3/4 sudu besar garam ( jangan penuh tinggi) dan secubit serbuk perasa
Kisar hingga lumat.
Lumur rata bahan kisar pada ikan.
Perap selama 20 minit.

Bahan untuk kuah percik
– 5 biji bawang merah saiz syiling 20 sen
– 2 ulas bawang putih
– 1/2 hiris nipis halia
– Secubit belacan
– 1/2 sudu besar serbuk ketumbar (disangai dan dikisar halus)
Kisar semua bahan hingga lumat.
Masukkan 6 senduk santan segera
Tambahkan 1 senduk air kosong.
Masukkan 1 1/2 sudu besar cili kisar
( kisar sendiri)
Letak periuk atas dapur. Sebelum buka api,
perahkan sehiris limau nipis. Kulit jangan letak sekali tau.
Kacau rata.
Buka api sederhana besar.
Masukkan 1/2 sudu besar garam, 2 1/2 sudu besar gula dan secubit perencah Hilal.
* kuantiti rasa terpulang pada citarasa sendiri
Kacau kuah sentiasa supaya tidak berketul-ketul.
Tutup api setelah kuah berbuih mendidih.
Siap untuk kuah percik lazat tak terkata.

18. Resepi Fillet Fish Masak Kung Pao

Bahan2 utk ikan:-

Isi ikan(dipotong kiub)
garam, lada putih dan tepung jagung, telur (digaul)
pastu goreng hingga garing.

Bahan-bahan kuah:-

50 gram kacang gajus (digoreng terdahulu)
10 biji cili kering (dipotang lebar – lebar)
1 biji cili bangala (dipotong dadu)
1 biji bawang besar (dipotong dadu)
4 ulas bawang putih (ditumbuk halus)
3 cm halia (ditumbuk halus)
2 sudu sos cili,sos tiram, kicap

Cara-cara

Tumis bawang besar, bawang putih, halia, cili kering.

Masukkan cili bangala, sos tiram, sos cili, kicap & sedikit air sekiranya terlalu kering. Tambah air jika suke berkuah. Kalau terlebih air letak tepung jagung sikit.

Bila semuanya sudah sebati bolehlah masukkan kacang gajus, isi ikan kacau seketika & siap untuk dihidang.
(Letak bijan utk hiasan -optional)

19. Resepi Nasi Daging

Bahan-Bahan:

4 cawan beras basmathi, rendam selama 30 minit dan tos
500 gram daging, potong kiub besar anggaran 3″x4″
5 cawan air rebusan daging
1 cawan sudu cair
1 helai daun pandan, carik dan simpul
2 1/2 sudu besar rempah kurma
1 batang serai, dititik
3 sudu besar minyak sapi
1 -2 sudu besar minyak sayuran
1/2 cawan tomato sup ATAU 1/4 cawan tomato puri
Sedikit kismis hitam

Bahan untuk rebusan daging:

1 sudu besar rempah kurma
2 inci halia, hiris nipis
Air dalam anggaran 7 cawan lebih

Bahan untuk ditumis:

1 biji bawang besar, hiris nipis
5 ulas bawang putih, hiris nipis
3 kuntum bunga lawang
2 batang kayu manis
4 kuntum bunga cengkih
6 biji buah pelaga

Bahan untuk air asam:

1 biji bawang besar, hiris nipis
2 biji tomato, potong kecil
6 biji cili merah, potong kecil
1 inci belacan, dibakar di atas api sehingga wangi
1 mangkuk kecil air perahan asam jawa yang pekat
2 sudu besar sos ikan Thai
3 sudu besar gula
1-2 sudu kecil garam
1 sudu besar kerisik
Sedikit perahan jus limau nipis

Cara untuk memasak:

Rebus daging bersama air, halia dan rempah kurma sehingga empuk. Angkat dan ketepikan.
Panaskan minyak sapi dan minyak sayuran di dalam periuk. Tumis bahan tumis bersama 3 sudu besar serbuk kurma, serai dan daun pandan. Kacau sehingga naik bau dan kemudian masukkan beras yang telah ditos. Kacau lagi beras selama 1-2 minit.
Masukkan air rebusan daging bersama susu cair, tomato sup, kismis, daging yang direbus tadi dan juga garam secukup rasa. Kacau sedikit supaya sebati dan tutup. Masak di atas api sederhana. Kaedah yang sama jika anda menggunakan periuk nasi. Pindah ke tapak periuk elektrik pada tahap ini dan biarkan nasi masak.
Setelah masak, gemburkan nasi dengan lembit supaya tidak berketul.

Cara untuk air asam:

Gaulkan kesemua bahan air asam. Biarkan seketika supaya semua bahan air asam sebati.

Tips: Kalau nak dapatkan nasi yang cantik, gunalah beras basmathi yang panjang

20. Resepi Nasi Kerabu

Nasi:

3 cawan beras
4 cawan air @ bergantung pada beras yg kita guna
1 batang serai dketuk
10 kuntum bunga talang – ditumbuk dan dperah airnya.
sedikit pewarna biru

> Beras dbersihkan dan dimasak seperti biasa bersama2 serai, air bunga talang dan pewarna biru.

Sambal Kelapa/Ikan:

1/2 biji kelapa parut – ditumbuk sedikit
2-3 ikan kembung/selayang – dipanggang
4 ulas bawang merah
1.5cm halia
1 batang serai – hiris
1 sudu kecil lada hitam
garam dan gula secukup rasa

> tumbuk bawang merah,halia,serai dan lada hitam.kemudian masukkan isi ikan dan tumbuk sampai lumat.
> kemudian campurkan ngan kelapa parut dan disangai ngan api yg kecil sehingga agak kering dan berderai.

Kuah Sambal:

*5 batang cili kering
*5 ulas bawang merah
*2 ulas bawang putih
*2 inci belacan- bakar dulu
*1.5 inci halia
1 batang serai – titik
gula merah n serbuk perasa jika suka
2 cawan santan
asam keping
garam

> tumbuk bahan yg bertanda *.
> didihkan santan hingga pecah minyak n pekat.
> masukkan bhn tumbuk, serai, gula merah dan asam keping.
> didihkan lagik hingga kuah agak2 pekat n kering.
> suaikan rasa dan angkat.

Solok Lada:

10 biji lada hijau – potong jgn putus n buang biji
1/2 biji kelapa parut putih
4 ulas bawang merah
1.5 cm halia
lada itam skit
2-3 ekor ikan kembung – ambil isi sahaja
sedikit garam,gula dan perasa

> Tumbuk bawang,lada itam dan halia hingga lumat dan masukkan garam,gula dan isi ikan.
> tumbuk lagik hingga lumat.
> campurkan ngan kelapa parut dan sebatikan.
> sumbatkan ke dalam lada hijau. susun ke dalam periuk kukus.
> kukus hingga masak.

Daging Panggang – bleh buat juga ikan goreng tepung, ayam panggang jika suka

daging lembu gred A @ daging btg pinang
garam
lada hitam

> gaulkan daging dengan garam n lada hitam
> panggang ngan suhu 200 selama 45minit atau hingga daging masak. jgn lama sgt nnti tak juicy!

Ulam-ulaman & bhn lain:
kacang panjang
taugeh
timun
daun kesum
kubis
bunga kantan
telur masin
keropok ikan
sambal belacan

21. Resepi Nasi Jagung

Bahan-bahannya:

4 cawan beras basmati
3 ½ cawan air
1 cawan susu cair
2 biji bawang besar, dihiris
1 tin jagung, ditoskan airnya
3 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga
3cm kulit kayu manis
1 senduk minyak sapi/ mentega
Garam secukup rasa
Bawang goreng, untuk hiasan

Bahan untuk dikisar:

6 ulas bawang putih
3 cm halia

Cara Menyediakan:

1. Basuh beras dan toskan. Panaskan minyak sapi/mentega di dalam periuk.
2. Masukkan bunga cengkih, buah pelaga, kulit kayu manis dan bawang merah yang telah dihiris. Tumis sehingga naik bau.
3. Masukkan bawang putih dan halia yang telah dikisar dan tumis sehingga garing.
4. Masukkan air, susu cair dan garam secukup rasa. Masukkan beras dan gaul rata.
5. Bila airnya hampir kering, masukkan jagung dan gaul rata. Setelah airnya kering, alihkan ke rice cooker dan biarkan nasi tanak sehingga masak.
6. Sewaktu nasi dihidang, taburkan bawang goreng atau jika anda suka gajus yang telah digoreng.

Nota: Jika anda tidak suka menggunakan minyak sapi, boleh gunakan minyak masak yang dicampurkan dengan mentega. Minyak sapi/ mentega inilah yang membuat bau nasi tersebut bangkit. Manakala susu cair yang digunakan, akan memberi rasa lemak pada nasi membuatnya sedap.

22. Resepi Masak Lemak Sayur Lodeh

Bahan untuk kuah lemak :
2 kotak kecik santan kara
2biji santan kelapa segar
3 batang serai
3 labu bawang besar
6 ulas bawang putih
Sedikit halia
1 1/2 inci kunyit hidup
Air secukupnya
Minyak untuk menumis
Garam/kiub ikan bilis
Udang

Bahan sayuran :
Kubis
Kacang panjang
Lobak merah
Cili merah
Tauhu digoreng
Tempe digoreng
Suhun/fucuk

Caranya sngt mudah…
Kisar bawang merah, putih, halia, kunyit hidup ..tumis dia bersama serai …lepas tu masukkan air, tambah santan masak dgn api perlahan. Jgn kuat nanti santan pecah …lepas tu masukkan semua jenis sayuran termasuk tempe dan tauhu goreng …masak sehingga semuanya sebati dan mesra ..last sekali msukkan fucuk, suhun dan garam secukupnya ..still msak dgn api yg sederhana dan perlahan sahaja. Biar dia masak dgn sempurna ….okay siap… (Bila pekat boleh tmbh air)

23. Resepi Sup Suhun Telur

BAHAN-BAHAN
============
6 biji ubi kentang [dipotong 4]
3 biji telur ayam
1 peket suhun [direndam terlebih dahulu]
2 peket pucuk tauhu [direndam terlebih dahulu, dan dipotong
sederhana]
1 s.b. udang kering
3 ulas bawang kecil [dimayang]
2 ulas bawang putih [dimayang]
Sedikit garam (secukup rasa)
3 liter (secukupnya)
3 s.b. minyak masak

CARA PENYEDIAAN
================
– Tumis bawang² yang dimayang sehingga kekuningan.
– Masukkan udang kering, tumis sehingga naik bau.
– Masukkan kentang, tumis bersama bawang & udang kering.
– Masukkan garam (dan serbuk perasa sekiranya perlu).
– Masukkan air, biarkan sehingga mendidih. Pastikan ubi telah
hampir empuk.
– Masukkan suhun & pucuk tauhu (ditos terlebih dahulu).
– Biarkan seketika sup masak.
– Pastikan ubi telah empuk, kecilkan api.
– Pecahkan telur, masukkan satu persatu di dalam sup (jangan
mengacau sup tersebut).
– Biarkan seketika sehingga telur masak.
– Tutup api, sedia untuk dihidangkan.

24. Resepi Puding Peach

Bahan bahan

1 bungkus agar bertali tu (50grm)
2 biji telur
1 tin buah peach (saya guna tin besaaaa)
1 tin susu cair
Gula secukupnya ikut kemanisan yang anda suka
Air secukupnya

* Note: Bila guna agar agar tali saya selalu guna petua mak, sukat air ikut saiz plastik agar2 dan lebihkan sedikit. Dalam kes terpencil ni saya guna 1 1/4 air yg disukat dari plastik agar2 tu.InsyaAllah…sedang2 je air tu..

Cara cara

Basuh agar2 tali, potong2 dan rebus hingga hancur. Tapis ,, masukkan balik dalam periuk, masak dan masukkan gula.masak hingga gula hancur

Blend buah peach, telur & susu cair

Masukkan dalam agar agar yg dah masak tu. cedok sikit sikit buih2 kat atas hingga xde buih.

Sentiasa kacau dan masak hingga mendidih

Letak la dalam acuan kecil2 or loyang kegemaran..biar sejuk..or bole terus masuk peti ais

Selepas 2-3 jam..letak dalam peti ais..bole la makan..

25. Resepi Jelly Puding Susu

Bahan Puding Susu:
1 bungkus agar-agar plain – 8 gm
120 gram gula pasir – sesuai rasa
4 cawan susu cair
1/2 cawan air

Bahan Jelly:
1 bungkus jelly serbuk Konnyaku
200 gm gula pasir
1000 ml air
pewarna hijau, oren, ungu dan biru

Cara-cara :

1. Sediakan acuan yang sesuai dan basahkan sedikit dengan air dan ketepikan.

2. Masak jelly serbuk seperti yang disaran dalam bungkusan dan kacau sehingga mendidih. Bahagikan kepada 4 bahagian dan letak pewarna yang digemari. Biarkan sejuk dan dipotong kiub, ketepikan.

3. Masak pula puding susu dengan api sederhana dan kacau sentiasa sehingga mendidih. Angkat.

4. Letak sebahagian potongan jelly kiub didalam acuan, sendukkan perlahan-lahan adunan puding susu diatasnya, biarkan sekejap hingga permukaan puding susu berkulit sedikit.

5. Letak lagi potongan jelly di atas puding susu dan tuangkan perlahan-lahan lagi puding susu dan ulang proses tersebut sehingga adunan puding susu yang terakhir menutupi keseluruhan jelly. Tunggu hingga pudding suam sebelum dimasukkan dalam peti sejuk. Hidangkan ketika dingin.

26. Resepi Agar Agar Buah Mangga

Bahan-bahan :

10 gm serbuk agar-agar
5 biji buah mangga – dihiris nipis
1 cawan susu cair
500 ml air
200 gm gula

Cara Membuatnya:

1- Kisar mangga hingga hancur,masukkan gula,serbuk agar2 dan air kedalam periuk.

2- Masak hingga gula hancur,masukkan mangga dan susu cair,kacau sebati diatas api perlahan.

3- Apabila masak dan pekat,sepera masukkan kedalam bekas acuan.

4- Sejukkan didalam peti ais sebelum dihidangkan.

27. Resepi Puding Aiskrim

37 gram agar agar strip – direndam sebentar
7 mug air
Gula ikut kemanisan masing masing
6 biji kuning telur – dipukul sedikit
6 biji putih telur – dipukul sedikit sampai putih
1 cawan susu cair
1 cawan santan pekat
Sedikit esen vanila
Pewarna kuning n merah
1 tin buah coktail – separuh buah dan air digunakan untuk membuat sos puding
½ buah cocktail tadi diblend separuh halus bersama airnya

Sos Puding
1 tin susu cair
1 tin air
Gula melaka – guna gula pasir kurang sedap
Sedikit tepung kastard (bancuh dengan sedikit air)
Vanilla
½ tin air coktail diblend bersama ½ buah coktal tadi .. sedikit garam

Cara membuat pudding

1.Masak agar agar bersama dengan 7 mug air

2.Bila dah hancur masukkan gula dan masak sebentar

3.Bahagikan agar agar kepada 2 bahagian, 1 bahagian diwarnakan warna merah dan satu bahagian lagi diwarna kuning

4.Bahagian berwarna kuning dimasak semula bersama santan, susu cair, vanilla, kuning telur dan campuran buah koktail yang dimesin tadi. Masak sehingga mendidih.

5.Masukkan agar agar ini dalam bekas or loyang 4 segi.

6.Masak semula bahagian yang berwarna merah bila mendidih masukkan agar agar ini ke dalam putih telur yang dipukul tadi.

7.Masukkan bahagian merah bersama putih telur tadi sedikit sedikit ke dalam agar agar yang berwarna kuning. Tuang ke setiap bahagian ( telur tu seakan akan berbuih macam aiskrim) jangan dikacau

8.Kalau guna bekas kaca kita akan nampak 2 lapisan terbentuk…kuning di bawah dan merah di atas.

9.Sejukkan dan masukkan dalam freeze

Sosnya

1 Masak susu cair bersama 1 tin air (kalau pekat tambah sedikit air)

2. Masukkan gula melaka dan kacau hingga gula cair.

3. Kemudian masukkan kastard , vanila n garam dan coktail tadi

4. Masak sehingga mendidih – sentiasa dikacau kalau tak mudah hangit.

28. Resepi Puding Koktail Kastard

Bahan-bahan:

Bahan Untuk Kastard :
1/3 cawan susu sejat Ideal
200 gm tepung kastard
2 liter air
1/4 cawan gula

Bahan Untuk Kuah Kastard :
1 1/2 tin susu sejat Ideal
3/4 tin air – sukat guna tin susu sejat
1 cawan gula
2 biji kuning telur – pukul2 sikit
1 sudu kecil esen vanila
1 tin koktail

Cara Menyediakan Kastard :

1. Campurkan semua bahan2 kecuali susu sejat ke dalam periuk.

2. Kacau atas api yang perlahan sehingga kelihatan berkilat dan likat.

3. Akhir sekali tuangkan susu sejat.

4. Kacau sebentar hingga rata.

5. Tuangkan ke dalam loyang atau bekas-bekas kecil mengikut citarasa
masing2.

6. Sejukkan kastard dalam peti ais.

7. Keluarkan dar acuannya.

Cara Menyediakan Kuah Kastard :

1. Campurkan kesemua bahan dalam periuk dan masak hingga mendidih sekejap.

2. Sejukkan sebentar sebelum dimasukkan dalam peti sejuk.

3. Cara Hidangan :

4. Potong atau keluarkan kastard dari acuan.

5. Tuangkan kuah atas kastard tadi.

6. Hiaskan dengan buah ceri atau mengikut citarasa masing2

29. Resepi Puding Roti Pandan Kismis Sos Kastad

Bahan2.

10 keping roti slice. ( sy guna bun kfc dlm 7 biji…di hiris 3,setiap 1 )
1/2 cwn gula pasir
1 cawan santan pekat KARA (200 mls ) dicampurkan air = jadikan 2 cawan santan.
1 cawan jus pandan (daripada 5-6 helai daun pandan )
Kismis hitam dan kismis kuning utk hiasan
3 biji telur .
Pewarna hijau &Kuning jika suka.- sy hanya titis setitis shja.pewarna kuning….warna hijau original warna pandan.
Secubit garam.

Sos kastad
1 cawan susu cair
1/4 tin air masak -sukat pakai tin susu je
1 penutup essen vanila
2 sudu besar gula
2 sudu besar tepung kastad
1 biji telur **jika suka.( sy tak letak )

Cara2 :-
-Campurkan kesemua bahan.kacau tepung dan susu td sehingga larut
-Didihkan diatas api…..
-Kacau sehingga sedikit pekat (kepekatan agak2 je )
Padam api …sejukkan dlm peti ais.
Cara penyediaan puding :
Pukul telur dan gula sehingga hancur.
Masukkan santan dan jus pandan serta secubit garam.
Kacau lagi sehingga sebati.
Titiskan pewarna hijau & kuning jika perlu.
Celupkan roti satu persatu.
Kemudian masukkan didalam loyang.
Lapiskan…tabur kismis…Ulangi langkah sehingga abis.
Lebihan adunan ..tuang kedalam loyang.
Biar seketika utk serapan.
Kukus selama 30 min atau sehingga masak.
Angkat dan sejukkan.
Sedap dimakan sejuk2 bersama kastad sos.

30. Resepi Puding Cendol Melaka

Bahan :
√ 10gram serbuk agar agar
√ 150-200gram cendol
√ 4cawan air
√ 1cawan gula
√ 1kotak santan brand KARA
√ 1st garam
.
Step 1: Bahan A
.
Cara Penyediaan :
.
1. Didihkan 4cawan air. masak agar agar. kemudian masukkan 1cawan gula, masak hingga agar & gula menjadi larut (mendidih) sudah mendidih, masukkan cendol yg sudah ditapis air nya. tunggu mendidih sat . . tutup api.
.
2. Masukkan santan kotak, kacau rata. kemudian masukkan garam. kacau rata sehingga semua sebati.
.
3. Masukkan dlm acuan, sejukkan. selepas puding beku, Corak carik kan dgn garpu permukaan atas. sbb kat atas ni nk letak adunan gula melaka.
.
Step 2: Bahan B
√ 10gram serbuk agar agar
√ 5cawan air
√ 200g gula melaka *potong kecik
√ 3helai daun pandan
.
1. Masukkan semua bahan step 2 dalam periuk . . masak dgn api yang perlahan, supaya daun pandan sempat kuar bau dan aroma nya.
.
2. Selepas mendidih . . TAPIS dan tuang kedalam bekas Puding cendol tadi. sejukkan normal dalam 30minit. selepas tu boleh lah masuk peti ais
.
Tips untuk acuan :
Basahkan dengan sedikit air. supaya mudah keluarkan dari acuan nanti untuk dipotong

Sumber : Resepi Berbuka Puasa Untuk 30 Hari

 

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×