Advertorial

5 Resipi Pencuci Mulut Mudah & Sedap Anda Wajib Cuba Ramadan Ini Guna OREO

3.9K
SHARES

Bulan Ramadan memang tak lengkap tanpa pencuci mulut. Kata orang dulu-dulu hatta mak ayah kita sekalipun, mereka selalu menggalakkan kita untuk berbuka dengan makanan yang manis-manis terlebih dahulu.

Memandangkan tahun ini kita menyambut Ramadan sedikit berbeza, apa kata anda cuba hasilkan sendiri pencuci mulut di rumah. Tapi, pelbagaikan resipi dengan menambah OREO yang menjadi snek kegemaran ramai.

Baru-baru ini, OREO ada berkongsi pelbagai resipi menarik dengan sedikit kelainan. Tak kiralah hebat atau tidak di dapur, 5 resipi mudah dan sedap menggunakan OREO ini anda wajib cuba. Mesti keluarga dan anak-anak suka!

1. Puding Krim Tanpa Bakar dengan OREO

Masa penyediaan: 5 minit
Masa memasak: 30 minit
Resipi untuk: 30 keping

Bahan-bahan:
20g agar agar bertali
1200 mililiter (ml) air
20g gula batu
390ml susu sejat
250g susu pekat manis
280g Original OREO Cookies
1 sudu besar Madu CED

Cara penyediaan:
1. Rendamkan agar-agar dalam air selama 30 minit.
2. Didihkan air dan masukkan agar-agar . Kacau sehingga larut.
3. Masukkan gula batu, tuangkan susu sejat, susu pekat manis dan madu CED. Gaul sekata.
4. Tuangkan campuran ke dalam acuan. Susun Original OREO Cookies di dalam campuran secara rawak.
5. Sejukkan di dalam peti sejuk dingin sehingga pejal.

2. Milkshake dengan OREO

Masa penyediaan: 5 minit
Masa memasak: 5 minit
Resipi untuk: 4 cawan

Bahan-bahan:
1 cawan susu
2 cawan aiskrim vanila, dicairkan
1/2 cawan OREO Crumbs atau Original OREO Cookies, hancur kasar

Untuk salutan:
1/4 cawan OREO Crumbs, hancur halus

Cara penyediaan:
1. Kisar susu, ais krim dan 1/4 cawan OREO Crumbs atau Original OREO Cookies dalam mesin pengisar sehingga sebati.
2. Tuang ke dalam 4 cawan.
3. Hiaskan dengan OREO Crumbs.
4. Hidang segera

3. Kek Batik Ultimate dengan OREO dan Cadbury

Masa penyediaan: 20 minit
Masa memasak: 10 minit
Resipi untuk: 10 keping

Bahan-bahan:
150g Golden OREO Cookies, patahkan kepada 4
100g Cadbury DAIRY MILK Chocolate Neaps
30g serbuk koko
50g mentega tanpa garam
100g susu pekat
50g gula kastor
2 biji telur

Untuk hiasan:
Original OREO Cookies, patahkan kepada 4
Golden OREO Cookies, patahkan kepada 4

Cara penyediaan:
1. Cairkan CADBURY Dairy Milk Chocolate Neaps, serbuk koko, mentega, susu pekat dan gula di dalam periuk kecil dengan api sederhana perlahan.
2. Gaulkan campuran coklat berterusan sehingga cair, sempurna dan sekata. Alihkan dari api.
3. Masukkan telur dan pukul sehingga sekata. Panaskan campuran dengan api perlahan selama 3 minit. Alihkan dari api.
4. Campurkan Golden OREO Cookies dan kacau sehingga semua disalut sempurna.
5. Mampatkan campuran ke dalam tin kek dan taburkan bahan-bahan hiasan.
6. Sejukkan di dalam peti sejuk selama 20 minit atau semalaman.
7. Apabila sudah sedia, potong dan hidangkan.

4. Kuih Bahulu dengan OREO

Masa penyediaan: 5 minit
Masa memasak: 12 minit
Resipi untuk: 50 keping

Bahan-bahan:
5 biji telur
80g gula
128g tepung, diayak
70g OREO Crumbs atau Original OREO Cookies, hancur kasar
20g Madu CED

Cara penyediaan:
1. Panaskan ketuhar dan acuan kuih bahulu pada suhu 200 darjah celcius.
2. Pukul telur dan gula dengan kelajuan tinggi menggunakan mesin pengadun tangan selama 5 minit sehingga adunan menjadi sedikit pekat.
3. Masukkan tepung sedikit demi sedikit dan pukul lagi selama 2 minit. Masukkan madu CED dan gaul sekata.
4. Beruskan sedikit minyak pada acuan dan taburkan OREO Crumbs atau Original OREO Cookies yang telah dihancurkan. Tuangkan adunan sehingga hampir penuh.
5. Letakkan acuan di atas dulang rak. Letakkan dulang rak di bahagian tengah ketuhar. Bakar menggunakan api atas bawah selama 12 minit.
6. Keluarkan dari acuan dan sejukkan atas jaring penyejuk.

5. Bebola Tenaga Pistachio dengan OREO

Masa penyediaan: 15 minit
Masa memasak: 10 minit
Resipi untuk: 11 keping

Bahan-bahan:
2 cawan KELLOGG’S Honey & Nut Corn Flakes
1/4 cawan kurma tanpa biji, potong kecil
1/4 cawan pistachio panggang, potong kecil
1 cawan mentega kacang
1/4 cawan Original OREO Cookies, hancur kasar

Untuk salutan:
1/4 cawan Original OREO Cookies, hancur halus
1/4 cawan KELLOGG’S Honey & Nut Corn Flakes, hancur kasar

Cara penyediaan:
1. Di dalam mangkuk besar, campurkan semua bahan sebati.
2. Bentukkan bebola dan salutkan dengan Original OREO Cookies diikuti KELLOGG’S Honey & Nut Corn Flakes.
3. Sejukkan selama 10 minit di dalam peti sejuk.

Pelbagaikan resipi menggunakan GOLDEN OREO hari ini

Menarikkan resipi dari OREO yang admin kongsikan kali ini? Jom cuba kesemua resipi mudah dan sedap di atas dengan menggunakan OREO perisa edisi terhad, GOLDEN OREO yang hanya boleh didapati pada bulan Mei sahaja.

Malah, perisa GOLDEN OREO juga boleh ditambah dalam pelbagai lagi resipi menarik. Nak tau resipi apa? Semuanya ada dalam buku e-recipe dari OREO, muat turun sekarang di SINI.

Pastikan anda cuba kesemua resipi yang ada dalam buku e-recipe OREO Ramadan kali ini dan kongsikan hasilnya di akaun media sosial masing-masing. Selamat mencuba!

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×