Dapur

Cara Cuci Lesung Batu Baru Beli Sebelum Guna, Tumbuk Dulu Satu Bahan Ini Sampai Lumat

1
SHARES
CUCI LESUNG BATU

Cuci lesung batu baharu sebelum anda menggunakannya adalah penting untuk memastikan ia bersih dan selamat untuk digunakan dalam penyediaan makanan.

Terdapat beberapa cara cuci lesung batu anda boleh cuba tetapi di bawah ini penulis sediakan teknik paling mudah kerana hanya menggunakan satu bahan sahaja.

Baca juga: [TERKINI] Jadual Rasmi Peperiksaan SPM 2024 Untuk Rujukan Calon Pelajar & Ibu Bapa

CARA CUCI LESUNG BATU YANG BARU DIBELI SEBELUM PAKAI

CUCI LESUNG BATU

Cara-caranya:

1. Rendamkan lesung batu semalaman di dalam air tanpa meletakkan sabun.

2. Kemudian, keesokan harinya angkat dan dalam keadaan yang masih basah, masukkan sedikit beras.

3. Seterusnya, tumbuk beras tersebut sehingga hancur dan pastikan ia merata di seluruh permukaan lesung batu.

4. Tumbuk sehingga beras bertukar warna kelabu sama seperti warna lesung batu tersebut.

5. Perubahan warna itu menunjukkan bahawa permukaan lesung tersebut sudah bersih dan boleh digunakan dengan selamat.

6. Selanjutnya, bilas dengan air paip hingga bersih.

Kepentingan cuci batu lesung

Cuci lesung batu baharu sebelum digunakan penting kerana:

– Lesung batu mungkin mengandungi habuk, serpihan batu, atau sisa bahan kimia daripada proses pembuatan.

– Kadangkala, lesung batu baharu mempunyai bau atau rasa yang boleh menjejaskan makanan jika tidak dibersihkan.

– Cuci lesung batu kerana mungkin mempunyai serpihan kecil yang boleh tercampur dalam makanan.

Semoga bermanfaat!

Baca juga: Cara Peniaga Enterprise Ambil Gaji Diri Sendiri, Kalau Silap Langkah Boleh Muflis!

Sumber: TikTok icookweeat

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×