DIY & Kraf

Cara Hilangkan Kuning Lesung Batu Dengan Guna Bahan Di Dapur, Macam Baru Beli!

12
SHARES
Lesung Batu

Lesung batu digunakan untuk menumbuk ramuan masakan. Kalau anda perasan, selepas menumbuk kunyit pasti lesung batu akan bertukar warna kuning.

Memang tidak mendatangkan bahaya tapi kalau nak lesung batu kekal bersih dan berkilat, anda kena guna beberapa cara di bawah untuk menghilangkan kesan yang tidak diingini. Confirm menjadi!

Baca juga: 3 Bahan Saja Dah Boleh Buat Perangkap Lalat, Seminggu Confirm Penuh!

CARA HILANGKAN KESAN KUNYIT LESUNG BATU, CONFIRM MENJADI

Lesung Batu

Cara pertama:

  1. Masukan soda bikarbonat ke dalam lesung.
  2. Perahkan sedikit lemon dan biarkan sehingga keluar buih.
  3. Gunakan anak lesung untuk menyental kesan kunyit tersebut.
  4. Buat sehingga hilang kesan dan boleh dicuci.

Memang menjadi!

Cara kedua:

  1. Goreng sedikit beras.
  2. Kemudian tumbuk dalam lesung hingga halus.
  3. Kesan kunyit akan melekat pada beras.

Cara ketiga: 

  1. Ambil sedikit pes pencuci pinggan. Jangan pilih yang terlampau keras nanti susah nak menyental.
  2. Gesekkan pes tanpa letak sebarang air.
  3. Gosokkan sampai pes pencuci pinggan tadi menjadi kekuningan dan bertukar menjadi seperti inai.
  4. Kemudian, bersihkan dan boleh digunakan semula.

TIPS PENGUNAAN YANG BETUL

– Alas bawah lesung dengan menggunakan kain tebal untuk mengelakkan bunyi kuat. Kain berfungsi untuk menyerap bunyi hentakan.

– Potong bahan yang ingin ditumbuk dengan kecil supaya lebih mudah dan tidak terpelanting keluar.

– Sebelum menggunakan lesung batu yang baru dibeli, tumbuk segenggam beras untuk menghilangkan sisa debu. Bilas menggunakan air suam.

– Jangan beli lesung batu yang terlalu kecil kerana akan menyukarkan proses menumbuk.

Cara pastikan lesung tahan lama:

– Sekiranya anda inginkan mengelakkan lesung batu mudah pecah dan tahan lama, boleh rendam di dalam air selama 24 jam.

– Seterusnya, tumbuk hampas kelapa menggunakan lesung batu yang sudah direndam tadi.

Tumbuk hampas kelapa sehingga bertukar warna dan pastikan tiada sebarang habuk dan pasir melekat di dalam lesung itu.

Semoga artikel ini memberi rmanfaat kepada anda semua dan selamat mencuba!

Baca juga: Tak Sangka 7 Bahan Makanan Ini Ada Banyak Kegunaan, Boleh Cuci Peralatan Rumah!

Sumber: Facebook, Impiana & Tcer

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×